1,147 views
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Email This Post (Hantar Kepada Rakan)
Print This Post (Pastikan Set A4 Pada Setting Printer)
Seks Ketika Haid: Risiko Kesihatan dan Hukum?

Seks Ketika Haid: Risiko Kesihatan dan Hukum?

Seks ketika haid, Islam mengharamkannya, perubatan moden menyanggahnya.

Apa Kata Hukum?

Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya :Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya. (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Nabi bersabda;Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad;(Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Kenali Haid

Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj. Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai.

Risiko Kesihatan :

1) Kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina. Ketika haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya jika?berlaku persetubuhan ketika itu.

2) Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.

3) Ada juga kemungkinan jangkitan merebak terus dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!

4) Menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

5) Wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda.

6) Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita.

7) Wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Jika Mahu Juga

Hubungan seksual masih boleh dilakukan ketika wanita itu kedatangan haid tetapi tanpa seks, seperti sentuhan intim di bahagian atas pusat.

Seks Dalam Haid Juga Boleh Akibatkan Hamil

Jika hubungan seksual dilakukan ketika haid berkurangan, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Justeru, pendapat mengatakan wanita tidak akan hamil jika bersetubuh ketika dalam haid adalah tidak betul.

Sumber:
— Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)
– Elak Bersama Ketika Haid, Harian Metro, Dr Ismail Thamby

*********************************************************

102 Posisi Seks Unik!!
Duit Percuma dari Survey!!
Panduan Asas CPanel dari A-Z!!
Web Hosting, From Only RM50/year!!
Hosting Murah!! RM65/Year,2GB Space,25GB Bandwidth!
Jangan Jadi Mangsa Intipan. Bertindak Sekarang!
Badan Gemuk? Nyahkan Lemak, Terbukti Berkesan!
Mahu Lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Ini Rahsianya!!
Letak Iklan Anda Di Sini



You may also like...
Cara Mengetahui Masa Subur Isteri
Cara Mengetahui Masa Subur Isteri Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid. .....
Wahai Wanita, Sayangilah Rahim Mu.
Mengenal Penyakit Fibroid Pendahuluan. Fibroid adalah sejenis ketumbuhan di dalam rahim wanita. Perlu diigatkan bahawa .....
Hikmah Berwuduk, Sembahyang Sunat, Membaca Basmallah dan Berdoa Sebelum Berjimak
Artikel ini akan menjelaskan tentang kenapa suami isteri dituntut berwuduk , membaca basmallah dan berdoa .....
Mandi Wiladah
Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked to several ladies...and setakat .....
7 Sebab Isteri Mudah Bosan Di Ranjang
7 Sebab Isteri Mudah Bosan Di Ranjang Senikmat manapun seks itu, ia akan menjadi sesuatu yang .....
Comments
There are no comments just yet, why not be the first?
Leave a Comment
Add your picture!
Join Gravatar and upload your avatar. C'mon, it's free!

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word