165 views
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Email This Post (Hantar Kepada Rakan)
Print This Post (Pastikan Set A4 Pada Setting Printer)
Bahaya Virus Rota Untuk Kanak-Kanak

Bahana virus Rota

TAHUKAH anda, hampir setiap kanak-kanak akan dijangkiti virus Rota sekurang-kurangnya sekali sebelum mencecah usia lima tahun?

1. Sedar akan hakikat itu, satu kempen pendidikan, Operation Diaper telah dilancarkan oleh syarikat Farmaseutikal, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Malaysia (GSK) di Kuala Lumpur baru-baru ini bagi meningkatkan kesedaran tentang kadar kelaziman jangkitan virus Rota. Kempen itu juga bertujuan menekankan kepentingan pencegahan sebagai sebahagian daripada komitmen bagi memperbaiki kehidupan.

2. Operation Diaper ingin meningkatkan tahap sensitiviti ibu bapa terhadap simptom-simptom jangkitan virus Rota dan kesannya terhadap anak mereka.Virus Rota merupakan salah satu punca utama masalah cirit-birit dalam kalangan bayi dan anak-anak kecil. Menurut statistik global, kira-kira 440,000 kanak-kanak meninggal dunia akibat jangkitan virus Rota setiap hari.

rota virus3. Antara simptom jangkitan itu termasuk demam panas, muntah dan diikuti cirit-birit. Lazimnya, masalah demam panas dan muntah akan berlanjutan sehingga sembilan hari. Cirit-birit bagaimanapun boleh berterusan sehingga tiga minggu.

4. Muntah yang berlanjutan dan cirit-birit membawa kepada masalah yang lebih besar iaitu dehidrasi.”Dehidrasi adalah satu masalah besar apabila dijangkiti virus Rota. Percaya atau tidak, dehidrasi tahap serius boleh membawa maut. Satu kajian telah dijalankan di Asia iaitu melalui Rangkaian Pemantauan Virus Rota Asia oleh Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat (AS).

5. “Hasil kajian menunjukkan kira-kira 57 peratus kemasukan ke wad akibat kes cirit-birit di Malaysia berpunca daripada jangkitan virus Rota,” menurut seorang perunding dan pakar pediatrik dari Pusat Perubatan Sime Darby, Dr. Khoo Phaik Choo.

6. Sebagai penyakit yang mudah berjangkit, virus Rota boleh tersebar menerusi najis ke mulut. Penyakit ini biasanya berpindah daripada manusia kepada manusia menerusi barangan mainan serta objek-objek yang tercemar.Virus tersebut sangat lasak memandangkan ia boleh hidup selama berjam-jam di atas tangan atau sehingga lima hari dalam persekitaran biasa.

7. “Biarpun membasuh tangan sangat penting, ia tidak bermakna bilangan virus yang ada akan berkurangan. Sebabnya, sabun biasa tidak boleh membunuh virus itu.”Jadi, penting bagi ibu bapa berbincang dengan doktor tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mencegah anak mereka daripada terkena jangkitan,” tambah Dr. Phaik Choo.

8. Bayi berusia antara tiga bulan hingga 24 bulan paling cenderung terdedah kepada virus Rota. Kira-kira 71 peratus daripada kesemua kes virus Rota berlaku dalam tahun pertama kehidupan seorang bayi.Oleh itu, langkah-langkah pencegahan seperti pemberian susu ibu dan pembasmian kuman di kawasan bermain atau pada barangan mainan secara kerap harus dilakukan.Pengambilan suntikan vaksin adalah kaedah pencegahan terbaik terhadap jangkitan virus Rota, lebih-lebih lagi pada awal usia seseorang bayi.

9. “Orang ramai perlu tahu impak penyakit yang dihidapi oleh seseorang anak ke atas ibu bapanya, sama ada dalam bentuk tekanan emosi atau bebanan kewangan.”Secara puratanya, kos kemasukan ke wad untuk satu kes jangkitan virus Rota adalah sekitar RM750 di sebuah hospital bandar di Malaysia. Ini belum lagi termasuk kos lawatan pesakit luar atau perubatan serta kos-kos lain seperti lampin, penjagaan kanak-kanak dan sebagainya,” jelasnya.

10. Selain itu, masalah muntah dan cirit-birit yang serius juga akan menjurus kepada kegagalan fungsi buah pinggang, kejutan dan kerosakan otak.Anak yang telah dijangkiti virus Rota harus segera mendapatkan rawatan bagi menggantikan kehilangan air di dalam badan. Pada kebanyakan masa, penggantian air itu perlu dilakukan menerusi intravena. Apapun mencegah lebih baik daripada mengubati. Suntikan vaksin perlu diberikan kepada anak sebagai pencegahan terbaik.

11. “Virus Rota boleh berlaku kepada hampir semua kanak-kanak. Namun, apa yang dikesalkan tahap kesedaran orang ramai terhadap penyakit ini dan cara-cara mencegahnya masih di tahap rendah.

12. “Jadi, Operation Diaper ingin mengubah keadaan ini menerusi kerjasama dengan golongan profesional dalam bidang penjagaan kesihatan. Kami ingin mendidik ibu bapa tentang penyakit ini dan cara mencegahnya,” ujar Naib Presiden dan Pengarah Urusan (Serantau) GSK Pharmaceutical, Francis Del Val.
****************************************
Kamasutra Bergambar Bahasa Melayu!!
Rahsia Puaskan Isteri, Praktikkan Malam Ini Juga!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kini DiBongkar!!
Petua Memuaskan Isteri (Dewasa Sahaja)
Letak Iklan Anda Di Sini



You may also like...
Selesema Babi La Pulak !!
GENEVA - Sejenis wabak selesema babi yang menjangkiti manusia, membunuh sekurang-kurangnya 60 orang di Mexico .....
Vaksin cegah barah pangkal rahim di pasaran Malaysia
Vaksin cegah barah pangkal rahim di pasaran Malaysia Wanita digalak ambil tiga dos suntikan gardasil berharga .....
Awasi Anak-Anak Anda!!
Ni satu lagi  kelakuan mencurigakan .. lelaki ni nampak gaya tak berniat baik dengan kanak-kanak dalam .....
Rahsia Perubatan dari Lalang
Khasiat Lalang Imperata cylindrica atau nama tempatannya lalang merupakan sejenis tumbuhan liar yang terdapat banyak di .....
Khasiat Lidah Buaya
Lidah buaya (AloeVera) Aloe vera daripada famili Liliaceae ataupun lebih dikenali sebagai lidah buaya atau lidah .....
Comments
There are no comments just yet, why not be the first?
Leave a Comment
Add your picture!
Join Gravatar and upload your avatar. C'mon, it's free!

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word