Agama Alam Perkahwinan alam rumahtangga Cerita cinta Doa haram Herba iktibar info islam isteri Isu Semasa jenaka Jiwang Kesihatan khasiat koleksi terbaik Lawak lawak jenaka Lelaki malam pertama menakjubkan Motivasi NeraKa panduan peringatan perkahwinan Perubatan puisi renungan rileks sajak seks super sembahyang solat Suami suami isteri tazkirah teladan tips Tips & Petua Tips & Petua Umum Wanita Agama (177) Alam Perkahwinan (106) CoolPix (7) CoolVid (4) Gajet & IT (12) Herba (9) Hiburan (7) Iktibar & Teladan (9) Isu Pengguna (6) Isu Semasa (59) Jiwang (22) Kesihatan (35) Kewangan (3) Lawak (78) Motivasi (34) Pelik,Ajaib & Menakjubkan (11) Permotoran (2) Perubatan (12) Puisi,Sajak & Pantun (7) Rahsia Pintar (6) Resipi (4) Tips & Petua (80) Umum (103)
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Masukkan Email anda untuk dapatkan artikel yang terbaru. Ianya Percuma:
Delivered by FeedBurner
Ibarat melepaskan ‘anjing’ tersepit!
1. TINDAKAN segelintir rakyat Indonesia, ibarat ‘melepaskan‘anjing yang tersepit, sesudah lepas dia menggigit’. Walaupun ia membabitkan sebilangan kecil mereka yang ‘bodoh sombong’ namun perkara sedemikian tidak wajar berlaku apatah lagi di saat negara mereka dilanda bencana.
2. Agak melucukan melihat gelagat penduduk yang bertekad untuk berangkat ke Malaysia kononnya untuk berperang sedangkan tambang untuk ke Malaysia pun belum tentu mampu dibayar. Keluhuran dan keikhlasan Malaysia menghulurkan bantuan tidak disambut dengan hati yang terbuka, sebaliknya pesawat bantuan angkatan tentera disambut dengan balingan batu oleh sebilangan rakyat Indonesia yang tidak tahu erti berbudi, susu yang kita bagi tuba yang dibalas.
3. Rakyat Indonesia perlu membuka mata seluas-luasnya untuk menerima hakikat bahawa jangkaan beribu-ribu orang telah terbunuh manakala lebih 100,000 buah rumah musnah sama sekali akibat gempa bumi yang melanda Sumatera, Rabu minggu lalu.
4. Media Indonesia juga perlu ‘celik’ berita dan fakta bahawa Malaysia telah memainkan peranan yang amat besar dalam membantu Indonesia. Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Mercy Malaysia misalnya telah menghantar ramai anggota perubatan untuk membantu mangsa gempa bumi.
5. Kita percaya banyak pihak di Malaysia akan tampil untuk membantu rakyat di Indonesia tanpa memikirkan apa yang diperlakukan terhadap kita kerana rasa kemanusiaan mengatasi pertimbangan emosi rakyat Indonesia.
6. Walaupun terdapat hanya beberapa kerat penduduk yang ‘bodoh sombong’ kononnya ingin menyerang kedutaan Malaysia dan Malaysia, perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan Indonesia. Media Indonesia tidak harus sama sekali menyiarkan berita tersebut seolah-olah menyimbah minyak petrol ke dalam api yang kecil sedangkan sebilangan besar rakyat Indonesia di Padang amat memerlukan bantuan dari Malaysia sebagai jiran yang paling dekat dan akrab.
7. Media dan rakyat Indonesia perlu bersyukur kerana hati orang Malaysia begitu murni untuk membantu. Semua bantuan yang dihulurkan atas dasar semangat 1 rumpun, 1 rantau, semangat setiakawan dan semangat kejiranan serta berlandaskan hubungan sesama manusia. Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya.
8. Kita mungkin boleh sedikit berlapang dada dengan adanya sebilangan rakyat Indonesia yang menzahirkan ucapan terima kasih dan mengakui bahawa mereka selama ini salah tanggapan kerana dipesongkan oleh fahaman songsang tentang keluhuran rakyat Malaysia.
9. Ini bukanlah kali pertama Malaysia membantu rakyat Indonesia, mereka tidak sepatutnya lupa bencana tsunami yang melanda Aceh satu ketika dulu. Namun ibarat kacang lupakan kulit, budi yang kita tabur dilupakan walaupun di saat rakyat mereka berada dalam kesusahan.
10. Bendera Malaysia yang dibakar walaupun cetakan internet boleh menaikkan api kemarahan rakyat Malaysia. Perkara ini sepatutnya disedari oleh media, rakyat dan pemerintah Indonesia. Akal yang waras pastinya tidak dapat menerima gelagat mereka, dalam suasana sebilangan besar rakyat senegara menderita sengsara kehilangan ahli keluarga dan tempat tinggal.
11. Rakyat Indonesia perlu sedar bahawa Malaysia dan Indonesia adalah 1 rumpun dan 1 rantau serta saling memerlukan antara satu sama lain. Gagasan inilah yang direncanakan oleh Perdana Menteri untuk mencapai matlamat keamanan sejagat.
12. Dalam keadaan Sumatera masih bersedih akibat gempa bumi, mereka di Indonesia tidak seharusnya memikirkan isu remeh yang menampakkan seolah-olah mereka ‘membodohkan’ diri menolak bantuan dengan memusuhi orang yang ingin membantu kita.
13. Media Indonesia perlu melupakan sejenak agenda ‘politik peribadi’, mereka perlu mendidik segelintir rakyat yang masih berada di dalam ‘tempurung’ untuk keluar melihat kebenaran yang berlaku dan menyaksikan keikhlasan, kemurnian, ketelusan, ketabahan, keberanian, kegigihan serta pengorbanan rakyat Malaysia menggadaikan nyawa meninggalkan keluarga tercinta untuk membantu rakyat Indonesia.
14. Walaupun pemberian kita ikhlas tanpa mengharapkan balasan, cukuplah sekadar berterima kasih dan menghargai keikhlasan yang dihulurkan bukannya menyerang membuta tuli orang yang berbudi.
15. Kalau di Malaysia kita sudah tertanam dengan sikap mengenang jasa orang yang berbudi, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Di Indonesia barangkali mereka tidak punya peribahasa sebegitu sebab itulah mungkin rakyatnya bersikap kurang bahasa? – UM
Suara Politik, Taminsari
sumber:belantan.blogspot.com
***************************************** Kamasutra Bergambar Bahasa Melayu!! Rahsia Puaskan Isteri, Praktikkan Malam Ini Juga! Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!! Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kini DiBongkar!! Petua Memuaskan Isteri (Dewasa Sahaja) Letak Iklan Anda Di Sini
Anti-spam word: (Required)* To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.