596 views
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Email This Post (Hantar Kepada Rakan)
Print This Post (Pastikan Set A4 Pada Setting Printer)
Panduan Atasi Zina Hati

Tips/Panduan Atasi Zina Hati

1. Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

2. Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

3. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” – (Surah Yusuf, ayat 24)
4. Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

5. Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

6. Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

7. Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
****************************************
Web Hosting, From Only RM50/year!!
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kini DiBongkar!!
Web Hosting, From Only RM50/year!!
Hosting Murah!! RM65/Year,2GB Space,25GB Bandwidth!
Letak Iklan Anda Di Sini



You may also like...
Tangisan hati
Ya Allah, Aku bersyukur pada-Mu Bersyukur atas nikmat yang Kau berikan padaku Kau pelihara diriku,imanku dan agamaku Ketika diriku .....
Senja Pun Berlabuh
Senja Pun Berlabuh Senja pun berlabuh Tabir malam tersingkap Unggas mula belagu riang Dan insan lena dibuai mimpi Kelihatan di .....
KALAU SUAMI vs Jika Suami
KALAU SUAMI Kalau suami mula berahsia, Itu tandanya dia tak setia Kalau suami meninggi suara, Itu tandanya .....
Kalau Suami !!
KALAU SUAMI 1) Kalau suami mula berahsia.. Itu tandanya dia tak setia 2) Kalau suami meninggi suara Itu tandanya .....
Di Atas Hamparan Sejadah
Di atas Hamparan Sejadah Hadis : Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia .....
Comments
There are no comments just yet, why not be the first?
Leave a Comment
Add your picture!
Join Gravatar and upload your avatar. C'mon, it's free!

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word