591 views
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
Loading ... Loading ...

Email This Post (Hantar Kepada Rakan) Email This Post (Hantar Kepada Rakan)
Print This Post (Pastikan Set A4 Pada Setting Printer)
5 Kesilapan Kewangan
Jangan Klik !! Nanti Anda Akan Menyesal !!

Lima Kesilapan Kewangan

Hampir semua orang pernah melakukan kesilapan berhubung isu wang. Ketahuilah beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa ketika mendidik anak tentang kewangan dan cara membetulkannya. Berikut adalah antara kesilapan yang kerap dilakukan ibu bapa.

1. Menjadi mesin pengeluar wang versi manusia

Menguruskan segala urusan jual beli anak membuatkan anda kelihatan seperti menjadi mesin pengeluar wang versi manusia. Sepatutnya, berikan anak elaun dan ingatkan mereka untuk membuat pembayaran bagi apa-apa yang ingin mereka miliki. Sama ada untuk membeli buku dari kedai atau mendapatkan barangan permainan kegemaran, anak seharusnya bijak membuat pembayaran sendiri. Tindakan itu boleh mengurangkan mereka daripada merungut sekali gus membolehkan mereka mengasah kemahiran mengira atau matematik. Menerusi cara itu juga, anak-anak boleh belajar daripada kesilapan mereka. Dengan membuat pembayaran sendiri, anak-anak akan lebih menghargai barangan yang diperoleh atau dibeli.

2. Terlepas pandang pengajaran harian

Jangan lepaskan peluang untuk berbincang dengan anak tentang isu-isu berkenaan ekonomi yang ringkas dalam persekitaran berbeza setiap hari. Sewaktu membeli-belah, ibu bapa boleh menerangkan mengapa tindakan memilih bungkusan produk berkos lebih rendah lebih baik. Terangkan juga mengapa menambah stok barangan dapur ketika musim jualan murah merupakan satu tindakan yang baik. Berikan penjelasan kepada anak bahawa dengan menjimatkan RM10 setiap minggu, jumlah yang dijimat dalam tempoh sebulan boleh mencecah RM40 atau sekitar RM480 setahun. ANDAINYA terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada anak bagaimana duit itu bertambah.

3. Tidak melibatkan anak dalam matlamat jangka masa panjang

Pengurusan wang yang kukuh melibatkan dua perkara penting. Pertama, membuat perancangan awal dan kedua, membuat pilihan. Jika anda merancang sebuah percutian, beritahu anak tentang isu bajet yang melibatkan kos tiket penerbangan, hiburan dan penginapan. Andainya terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada anak bagaimana duit itu bertambah.

Tonton TV dan Dengar Radio Percumal !!

4. Terlepas peluang untuk memberi anak motivasi tentang tabiat menabung

Jika ada peluang, tunjukkan kepada anak bagaimana sesuatu pelan kewangan berfungsi dan mengapa sumbangan atau tabungan wang yang sedikit adalah penting dalam jangka masa panjang.

5. Tidak menerangkan bagaimana kad kredit berfungsi

Seorang pelajar firma pinjaman wang, Nellie Mae pernah menganggarkan, purata hutang yang ditanggung oleh seseorang pelajar universiti ialah sekitar RM5,000. Jumlah tersebut berkemungkinan besar berganda apabila mereka tamat pengajian di menara gading. Dari situlah bermulanya satu masalah sebenar. Anak remaja yang gagal memahami atau menguruskan hutang kad kredit seawal usia 18 tahun, lebih cenderung berdepan dengan masalah besar di kemudian hari. Benarkan anak berlatih menggunakan kad pra-bayar atau kad debit terlebih dahulu. Kad-kad seperti itu menawarkan kemudahan bagi menetapkan had tunai mingguan yang terhad. Ibu bapa juga boleh mendapatkan status penggunaan wang itu menerusi e-mel dan menentukan sama ada perlu atau tidak perbincangan lanjutan untuk mendidik anak agar mereka lebih berhemah ketika berbelanja.
********************************
Setiap Minit Dapat Duit !!
Web Hosting, From Only RM50/year!!
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kini DiBongkar!!
Web Hosting, From Only RM50/year!!
Hosting Murah!! RM65/Year,2GB Space,25GB Bandwidth!
Letak Iklan Anda Di Sini



You may also like...
Lawak X
Lawak XXX Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, .....
15 Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak.
15 KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan .....
Resepi Perkahwinan Bahagia
RESEPI PERKAHWINAN BAHAGIA Bahan-bahannya: 2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama kita 1 kg rasa .....
Risiko Tidak Melabur
Risiko Tidak Melabur 1. Risiko pelaburan, khasnya dalam unit trust salah satunya adalah kejatuhan harga bagi .....
Kata-Kata Semangat Saat Menghadapi Kegagalan
* Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang .....
Comments
There are no comments just yet, why not be the first?
Leave a Comment
Add your picture!
Join Gravatar and upload your avatar. C'mon, it's free!


+ 6 = 14

CommentLuv badge