Koleksi Terbaik » Agama

Tazkirah Jumaat – Kehidupan dan Pilihannya
Tazkirah Jumaat – Kehidupan dan Pilihannya

1- HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

- Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.

- Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.

- Esok ~ Hari yang belum pasti.

- Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

2- HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

- Nafas Naik.

- Nafas Turun.

- Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

- Hidup dalam keredhaan ALlah.

- Hidup dalam kemurkaan ALlah.

-carilah keredhaan allah dalah kehidupan di dunia ini dan jauhilah kemurkaan allah semoga kita juga mendapat keredhaan allah di akhirat kelak.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

- Kekal di dalam neraka.

- Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya.

Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT. Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem … apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya … lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :

Dia mungkin didenda … atau, suratnya masuk tong sampah. Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita …

Sekurang-kurangnya ALlah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang … lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan ALlah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia dan sejahtera sentiasa… di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALlah s.w.t.

Amin…

sumber : kelakaryahoogroups

Wajib Baca Utk Yg Belum Kahwin : Hukum Onani (Masturbate)
3 Hukum Onani  (Masturbate)

Masturbate atau dalam Bhs. M’sia = Melancap atau Onani (Bhs. Arab = Istimna) ialah suatu perbuatan mengeluarkan sperma dengan tangan sendiri dengan tujuan mencapai kepuasan seks secara bersendirian, tanpa pasangan.

Persolan ini dirasakan amat patut dibincangkan hukumnya memandangkan ia adalah satu perkara yang sering timbul dibenak fikiran apabila seseorang itu bermusafir jauh dari pasangan hidupnya sehingga menyebabkan dia mencari sesuatu alternatif lain bagi mencari kepuasan seks dirinya. Dalam perbincangan ini perkataan onani digunakan mewakili masturbasi sebagai bahasa yang tepat mengikut Kamus Dewan.

Onani adalah suatu perbuatan yang dipandang sebagi dosa besar di sisi Islam, demikian menurut majoriti para fuqaha. Imam as-Shafie dan Imam Malik, apabila ditanya mengenai hukum onani, mereka mengharamkan perbuatan sedemikian berdasarkan firman Allah Azza waJalla dalam al-Qur’an:

Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka barangsiapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas.[Maksud surah al-Mu'minun 23 - 5,6,7]

Ayat di atas menerangkan bahawa seseorang yang menjaga kehormatan diri hanya akan memperlakukan hubungan seksual bersama isteri-isterinya atau hamba-hambanya yang sudah dinikahi. Hubungan seksual seperti ini adalah suatu perbuatan yang baik, tidak tercela di sisi agama.

Akan tetapi jikalau seseorang itu cuba mencari kepuasan seksual dengan cara-cara selain bersama pasangannya yang sah, seperti zina, pelacuran, onani atau persetubuhan dengan haiwan, maka itu dipandang sebagai sesuatu yang melampaui batas, salah lagi berdosa besar di sisi Islam. Demikian ringkas penerangan Imam as-Shafie dan Imam Malik apabila mereka ditanya mengenai hukum onani.

Kenyataan di atas disokongi oleh riwayat berikut: Di Hari Akhirat Tuhan tidak akan melihat golongan-golongan ini lantas terus berfirman: Masuklah kalian ke dalam api neraka bersama-sama mereka yang (berhak) memasukinya. Golongan-golongan tersebut ialah [1] Orang-orang homoseksual, [2] orang yang bersetubuh dengan haiwan, [3] orang yang mengahwini isteri dan juga anak perempuannya pada waktu yang sama dan [4] orang yang kerap melakukan onani, kecuali jikalau mereka semua bertaubat dan memperbetulkan diri sendiri (maka tidak lagi akan dihukum).

Lebih dari itu onani juga hanya berupaya memberikan kepuasan sementara kepada pembuatnya dan ia tidak lain hanya akan menambahkan lagi dorongan untuk melakukan hubungan seksual yang lebih sempurna. Ini adalah kerana manusia telah dicipta oleh Allah Azza waJalla untuk memuaskan kehendak seksual masing-masing dengan pasangan masing-masing dan apabila manusia cuba mencari alternatif lain ia hanya akan menaikkan semangat, tidak pula memuaskannya. Justeru itu onani tidak akan berjaya memuaskan nafsu seksual tetapi hanya akan melahirkan nafsu yang lebih kuat dan mengarah kepada perbuatan yang lebih buruk mudaratnya seperti zina, pelacuran dan sebagainya.

Shah Waliallah Dahlawi menerangkan: Ketika air mani memancut dengan banyak, ia juga mempengaruhi fikiran manusia. Oleh itu orang muda akan mula menaruh perhatian terhadap wanita cantik dan hati mereka mula terpaut kepadanya. Faktor ini juga mempengaruhi alat jantinanya yang sering meminta disetubuhi menyebabkan desakan lebih menekan jiwa dan keinginan untuk melegakan syahwatnya menjadi kenyataan dengan berbagai-bagai aktiviti. Dalam hal ini seorang bujang akan terdorong untuk melakukan zina. Dengan perbuatan tersebut moralnya mulai rosak dan akhirnya dia akan tercebur kepada perbuatan-perbuatan yang lebih merosak.

Keterangan di atas dapat diumpamakan kepada seseorang yang selalu mengkhayal dirinya memandu kereta Ferari. Lalu di satu hari dia memperoleh peluang untuk memandunya tetapi dihadkan kepada kelajuan maksimum 80 kmsj. Sudah tentu ini hanya memberikan kepuasan sementara lalu menjadi pemankin pula untuk berkehendak memandu kereta tersebut selaju 200 kmsj atau lebih.

Melakukan onani secara kerap juga banyak membawa mudarat kepada kesihatan dan seseorang yang melazimkan diri dengan onani akan menghadapi kesan-kesan kelemahan badan, anggota yang terketar-ketar atau terkaku, penglihatan yang kabur, perasaan berdebar-debar dan kesugulan fikiran yang tidak menentu.[4]

Kajian perubatan juga membuktikan bahawa kekerapan melakukan onani akan memberi kesan negatif kepada kebolehan seseorang itu menghasilkan sprema sihat dan cukup bilangan dalam jangka masa panjang. Ini akan menghalang kebolehan seseorang itu menghasilkan zuriat-zuriat bersama pasangan hidupnya malah lebih dari itu, menghadapi ketergendalaan seksual dalam umur yang masih muda (mati pucuk).[5]

Melazimkan diri dengan onani juga menjauhkan hakikat seseorang itu daripada tujuan ciptaannya, iaitu sebagai sebaik-baik ciptaan Allah Subhanahu waTa’ala, sebaik-baik makhluk bumi dan sebagai sebaik-baik umat, iaitu umat Islam. Ia menjauhi nilai-nilai moral serta akhlak tinggi yang menjadi unsur utama kemulian umat Islam berbanding dengan yang lain-lain.

Walaubagaimanapun sesetengah ahli fiqh berpendapat bahawa onani dibolehkan jikalau seseorang itu menghadapi suasana kegentingan syahwat dan dia berkeyakinan bahawa onani dapat meredakan syahwatnya dan dapat pula menghalang dirinya daripada terjerumus ke dalam sesuatu yang lebih besar mudaratnya seperti zina atau pelacuran. Kebolehan ini bukanlah bertujuan menghalalkan perbuatan onani tetapi ia adalah didasarkan kepada kaedah usul fiqh yang menyatakan: Dibolehkan melakukan bahaya yang lebih ringan supaya dapat dihindari bahaya yang lebih berat.

Di sini perlu diwarnakan bahawa onani yang dibolehkan dari prinsip di atas hanyalah dalam suasana yang amat menekan, berbeza pula dengan onani yang dilakukan setiap hari atau setiap masa yang terlahir dari perbuatan melihat video-video, majalah-majalah atau angan-angan lucah.

Yang pertama dibolehkan atas dasar pertimbangan maslahat agama manakala yang kedua diharamkan atas dasar pertentangan dengan perintah dan nilai-nilai agama.[6]

Tetapi sebelum seseorang itu dengan mudah menceburkan dirinya dalam kebolehan melakukan onani dalam saat-saat keperluan, dia seharusnya mencari alternatif-alternatif lain bagi mengelak dirinya daripada langsung menghampiri perbuatan tersebut. Melazimkan diri dengan berpuasa, atau dengan banyak berzikir mengingati Allah Ta’ala atau dengan mensibukkan diri dengan perkara-perkara kebajikan adalah antara menu sajian yang dicadangkan.

Tidak ketinggalan juga ialah doa kepada Allah Subhanahu waTa’ala agar dia terpelihara dari perlakuan atau lintasan hati yang mengarah kepada sedemikian perbuatan, mengingatkan kepada kisah Nabi Yusuf alaihi-salam dalam al-Qur’anul Karim di mana beliau walaupun selaku seorang Nabi Allah, tetap memanjatkan doa kepada Allah Azza waJalla agar terpelihara dari godaan-godaan serta fitnah wanita yang dihadapi di istana tempat kerjanya ketika itu.

(Lihat surah Yusuf 12, terutamanya pada ayat 32 dan 33). Sesiapa yang berusaha untuk menjauhkan onani atas dasar taqwa dan iman kepada Allah Subhanahu waTa’ala, nescaya Allah akan mencukupinya. Insya-Allah hidayahNya akan membimbing seseorang itu menjauhi perbuatan onani dan pada waktu yang sama akan digantiNya dengan anugerah kelazatan jiwa dan kepuasan batin yang tidak mungkin tercakup penggambarannya melalui tulisan ini.

Kesimpulan

1. Onani pada dasarnya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam lagi bertentangan dengan nilai-nilai kesyumulan ajarannya.

2. Sesetengah ahli fiqh membolehkan onani jikalau seseorang itu berkeyakinan bahawa ia akan dapat menghalang dirinya daripada terjerumus dalam kesalahan agama yang lebih besar. Kebolehan ini bukanlah sebagai menghalalkan onani.

[1] Pendapat Imam as-Shafie dinyatakan dalam Reliance of The Traveller, w37 oleh Nuh Ha Min Keller manakala pendapat Imam Malik dinyatakan dalam Halal and Haram in Islam, pg 170 oleh Prof. Dr. Yusuf Qardhawi. Walaubagaimanapun bandingkan juga dengan pendapat Imam Ibnu Hazm dalam kitabnya al-Muhalla dan Imam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya Majmu al-Fatawa.

[2] Maksud riwayat yang disandarkan kepada Nabi sallallahu-alaihi-wasallam, dikemukakan oleh Imam adz-Dzahabi dalam al-Ka’bar, ms 59 tanpa mengemukakan status kekuatannya atau sumber periwayatannya.

[3] Shah Waliallah Dahlawi – Hujjat Allah al-Baligha, 2/122.

[4] Prof. Dr. Afzalur Rahman – Ensiklopedia Sirah, 5/25-26 dengan merujukan kepada beberapa kajian ahli-ahli perubatan.

[5] Prof. Dr. Hamka – Membahas Soal-Soal Agama dan Ensiklopidi Hukum Islam, 4/1149.

[6] Shaikh Ali al-Tantawi – al-Fatawa, ms 176I ; Prof. Dr. Yusuf Qardhawi – Halal and Haram in Islam, pg 171 ; Ensiklopidi Hukum Islam, 4/1148-1149.

sumber: hafizfirdaus

Penuhi Hak Ibu Bapa dan Taatilah Ibu Bapa
PENUHI HAK IBU BAPA

Ingatlah betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada kita. Mereka memberi perhatian amat serius mengenai tempat tinggal, makan minum, pendidikan serta penjagaan kita pada setiap masa. Mereka sering bimbang ketika kita sakit hingga pekerjaan lain ditinggalkan demi merawat kita.

Wang yang mereka cari dengan susah payah rela dikeluarkan tanpa berfikir panjang. Mereka bekerja keras siang malam demi memberi nafkah kepada kita. Dengan teringat jasa mereka, kita akan mengetahui kadar penderitaan pada waktu mereka membimbing diri kita hingga beranjak dewasa.

Allah s.w.t memerintahkan agar manusia berbakti kepada kedua ibu bapa. Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan  agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” (Surah Al Israa’: ayat 23 dan 24)

Allah juga berfirman bermaksud: ”Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan- Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya”.(Surah An Nisaa’ : Ayat 36)

Ayat di atas menunjukkan bahawa berbakti kepada ibu bapa menduduki peringkat kedua selepas mentauhidkan (mengesakan) Allah dalam beribadah. Sebab itu tidak mungkin terjadi bagi seorang yang mengaku bertauhid kepada Allah, tetapi ia derhaka kepada kedua-dua orang tuanya. Allah yang Mencipta dan Memberikan rezeki.

Maka Allah sahajalah berhak diibadahi. Ibu bapa adalah sebab adanya anak. Maka kedua-duanya berhak diperlakukan dengan baik. Oleh itu menjadi kewajipan bagi seorang anak untuk beribadah kepada Allah kemudian diiringi dengan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.

Andai kelak kita menjadi ibu bapa, tidaklah kita akan kecewa dan bersedih hati apabila anak kita berkata kasar kepada kita – ibu bapa yang membesarkannya. Lalu, apakah kita sampai hati melakukannya terhadap ibu bapa kita saat ini? Merekalah yang selalu berusaha meredakan tangis kita ketika kecil.

Ingatlah bahawa doa orang tua terutama ibu adalah doa mustajab. Maka janganlah sekali-kali menyakiti hati mereka meskipun kita dalam pihak yang benar. Sesungguhnya hak ibu bapa kita atas diri kita lebih besar dan berlipat ganda banyaknya sehingga apapun kita lakukan dan sebesar manapun penderitaan kita rasakan ketika kita membantu mereka, hal itu tidak akan dapat membalas jasanya.

Ketika Abdullah bin Umar melihat seseorang mengendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan kemana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?” Jawab Abdullah bin Umar: ”Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”

Tidakkah kita ingin diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah? Sabda Rasullulah s.a.w: “Barang siapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali siratulrahim.” (Hadis Riwayat: Bukhari, Muslim, Abu Dawud) sesungguhnya ibu bapa keluarga terdekat kita. Mereka mempunyai hak yang lebih untuk kita dahulukan dalam masalah siltulrahim.

Mereka selalu berada di sisi kita baik ketika bahagia mahupun duka, berkorban dan selalu menolong kita lebih daripada teman kita. Lalu masih enggankah kita membalas segala pengorbanan mereka? Berbuat baik kepada ibu bapa adalah keharusan, bahkan harus didahulukan daripada fardu kifayah serta amalan sunnah lainnya-didahulukan daripada jihad dan hijrah di jalan Allah. Pun harus didahulukan daripada berbuat baik kepada isteri dan anak.

Taatilah mereka dan janganlah kita menentang kedua-duanya sedikit pun kecuali apabila mereka memerintah kita supaya berbuat maksiat. Rasullulah bersabda bermaksud : “Tidak ada ketaatan bagi makhluk apabila pada saat yang sama bermaksiat kepada Sang Pencipta.”

Firman Alah bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia (nerbuat baik) kepada orang tuanya; ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuannya mengenai itu, maka janganlah kamu mentaati keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritahukan kepadamu apa yang kamu kerjakan.”(Surah Luqman:14-15)

Ingatlah bahawa seburuk manapun ibu bapa kita, kita tetap tidak akan membalas semua jasa mereka. Yang perlu kita lakukan hanyalah tidak mentaati ibu bapa ketika mereka menyuruh kita untuk bermaksiat. Tidakkah kita ingin menikmati kebenaran dan keindahan Islam bersama mereka? Tidakkah kita inginkan kebaikan dan keselamatan bagi mereka sebagaimana mereka selalu ingin kebaikan dan keselamatan bagi kita? Tidakkah kita ingin agar Allah mempertemukan kita di jannah-Nya.

Justeru, bersabarlah dalam membimbing dan berdakwah pada mereka sebagaimana mereka selalu sabar dalam membimbing dan mengajar kita dahulu. Ingatlah bahawa satu doa mustajab adalah doa daripada seorang anak yang soleh untuk orang tuanya.

Sabda Rasullulah bermaksud: “ Apabila manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah pasti mengangkat darjat bagi hamba-Nya yang boleh ke syurga.” Maka ia bertanya: “Ya Allah, bagaimana itu boleh terjadi? Allah menjawab: “Berkat istigfar anakmu untukmu.”

Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda:”Kelak akan dating kepada kamu sekalian seorang bernama Uwais bin Amir, anak muda yang belum tumbuh janggutnya, keturunan Yaman dari kabilah Qarn. Pada tubuhnya terkena penyakit kusta, namun penyakit itu sembuh daripadanya kecuali tersisa seukuran wang dirham. Dia mempunyai ibu yang yang dia sangat berbakti kepadanya. Apabila dia berdoa kepada Allah nescaya dikabulkan, maka jika engkau bertemu dengannya dan memungkinkan minta padanya memohonkan ampun untukmu maka lakukanlah.”

Menyedari hakikat ini, janganlah kita enggan untuk berdoa demi kebaikan orang tua kita. Sekeras apapun usaha kita lakukan, apabila Allah tidak berkehendak, nescaya tidak akan terjadi. Hanya Allah lah yang mampu memneri petunjuk dan membukakan pintu hati kedua orang tua kita. Mintalah pada-Nya kerana tidak ada yang tidak mungkin bagi-Nya. Bermohonlah terus pada-Nya dan janganlah bosan meskipun kita tidak tahu bila doa kita akan dikabulkan.

Seandainya Allah tidak berkehendak untuk memberi mereka petunjuk hingga ajal menjemput mereka, ingatlah bahawa Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Janganlah berhenti berdoa kerana sesungguhnya doa anak soleh untuk ibu bapanya tidaklah terputus amalannya meskipun mereka sudah meninggal.  Semoga Allah menyelamatkan kita dan keluarga kita daripada api neraka serta mengumpulkan kita dalam jannha-Nya.

Bersikap Adil Nilai Utama Akhlak Islam
Bersikap ADIL nilai utama akhlak Muslim

ADIL menurut pengertian umum bererti tidak berat sebelah. Dengan kata lain, adil memperlakukan atau menimbang sesuatu dengan cara serupa. Ia menyangkal soal sikap hidup atau perilaku serta mempunyai hubungan erat dengan soal kejiwaan.

Dilihat dari sudut pembahagian kerangka pokok ajaran Islam, adil termasuk dalam ruang lingkup akhlak. Syed Qutub merumuskan pengertian adil sebagai sikap mutlak, tidak menunjukkan kecondongan cinta atau marah, tidak mengubah ketentuan oleh kerana kasih sayang atau benci.

Adil itu tidak mempengaruhi pandangan kerana pertimbangan kekeluargaan, tidak menaruh kebencian antara kaum. Dan tidak membezakan manusia kerana bangsanya, keturunannya, hartanya, pangkatnya dan lain-lain. Antara satu dengan yang lain diperlakukan secara sama.” (Al-’Adalatul Ijtima’iyyah fil Islam)

Islam sudah memperjuangkan keadilan, memberikan hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Banyak ayat al-Quran dan hadis yang mengajak supaya selalu menjaga keadilan itu. Sementara kezaliman pula harus dikikis habis-habisan dan wajib dilemparkan jauh-jauh.

Perintah berkenaan kezaliman ditegaskan dalam al-Quran. Allah berfirman bermaksud: “Janganlah kamu berbuat zalim dan jangan pula dizalimi.” (Surah al-Baqarah, ayat 270)

Ahli falsafah dan sasterawan, Abul A’la al-Maududi membahagikan kezaliman kepada tiga kategori iaitu:

1- Zalim terhadap Allah, rumpun semua kezaliman. Zalim terhadap Tuhan bererti tidak mentaati-Nya dan mengerjakan perkara dilarang-Nya,

2- Zalim terhadap makhluk atau terhadap orang lain seperti menyakiti, merampas dan memperkosa haknya,

3- Zalim terhadap diri sendiri. Setiap orang mempunyai hak peribadi yang harus dipeliharanya dan kewajipan mesti dipenuhi. Tidak melaksanakan hak peribadi bererti merosakkan diri sendiri.

Allah menggunakan nama `Al-Adlu’ untuk Zat-Nya sendiri. Memang jelas sekali bahawa tujuan utama Allah menurunkan kitab suci-Nya, memerintahkan segenap manusia menjalankan syariat-Nya, semata-mata untuk melaksanakan hak dan konsep keadilan.

Hak wajib dipenuhi dan keadilan wajib dibela. Allah berfirman bermaksud: “Demi sesungguhnya, Kami telah mengutus Rasul Kami dengan membawa bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan.” (Surah al-Hadid, ayat 25)

Dalam ayat lain Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat baik.” (Surah An-Nabl, ayat 90)

Konsep keadilan Islam tidak berbentuk diskriminasi, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi untuk manusia sejagat. Keadilan bukan hanya dalam sosial dan politik, tetapi juga dalam ekonomi yang memakai ukuran berbeza dalam konsepnya. Mungkin sesuatu ukuran itu adil bagi kapitalisme dan zalim bagi pandangan sosialisme dan begitu juga sebaliknya.

Keadilan adalah nilai utama akhlak Muslim. Bersikap adil kepada siapa saja tidak mengira tempat dan masa. Apabila adil menjadi pakaian akhlak, maka orang yang berakhlak akan menjadi orang yang bertakwa.

Menegakkan keadilan adalah satu tugas Rasulullah SAW yang perlu dicontohi seperti firman Allah bermaksud:

“Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang di perintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka: sebaliknya katakanlah: Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil antara kamu. Allah jugalah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kamu amal kami dan bagi kamu amal kamu.” (Surah asy-Syuara, ayat 15)

Ada pelbagai jurusan mengenai keadilan ini yang boleh dikategorikan seperti berikut:

1- Keadilan melaksanakan hukum.

2- Keadilan memutuskan perkara.

3- Kewajipan berlaku adil antara isteri.

4- Berlaku adil dengan anak.

5- Berlaku adil dalam ucapan, penyaksian dalam catatan

6- Keadilan antara golongan bertengkar.

7- Berlaku adil dengan musuh.

Pentadbiran sistem pengadilan dalam Islam diasaskan kepada beberapa prinsip yang unggul. Ia adalah tugas kolektif mukmin untuk melaksanakannya sebagai satu ummah. Melaksanakan pengadilan dan tugas pemerintahan adalah dua perkara tidak dapat dipisahkan dalam syarat Islam.

Oleh sebab pengadilan dalam Islam ialah menyampaikan hukum syarak, ini bermaksud kesalahan yang menyangkut segala lapisan dan bidang kehidupan manusia. Sistem pengadilan Islam merangkumi urusan munakahat, muamalah dan jenayah.

Urusan munakahat meliputi perkara seperti nikah, hadanah (penjagaan anak), nafkah, perkahwinan wasiat, faraid, wakaf, nazar dan hibah. Bagi urusan muamalah pula terdiri daripada jual beli, perwakilan, perkongsian, hutang piutang, gadai, sewa menyewa dan penggunaan tanah.

Pengadilan kes jenayah membabitkan penetapan hukuman mati mandatori bagi kesalahan hudud, takzir dan qisas, hukuman sebat bagi sebahagian kesalahan hudud dan takzir. Hukuman penjara pula adalah bagi kesalahan yang tidak memenuhi prasyarat bukti.

Kadi atau hakim disyaratkan mempunyai pengetahuan luas mengenai hukum Islam, kuat imannya dan seorang yang taat kepada Tuhan. Antara syarat kelayakan seseorang kadi ialah kemampuannya melakukan ijtihad. Seorang hakim harus bersifat adil dalam menghuraikan perselisihan serta mengembalikan semua hak kepada yang empunya hak.

Allah berfirman bermaksud: “Hai orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah menjadi saksi yang adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk berlaku tiada adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Maidah, ayat 8)

Menegakkan keadilan menurut ajaran Islam tidaklah hanya terbatas terhadap kaum Muslimin saja, tetapi terhadap seluruh umat manusia walaupun berlainan agama, bangsa dan warna kulit, malah terhadap musuh sekalipun harus diperlakukan dengan cara adil, harus dihormati haknya serta tidak boleh diseksa atau dianiaya.

Islam mengajarkan tidak boleh membalas dendam. Keadilan itu tidaklah boleh dipengaruhi oleh kebencian, sentimen kerana lawan ataupun musuh. Dalam rentetan sejarah silam, banyak sekali contoh mengenai keadilan terhadap musuh Islam.

Kesimpulannya sama-samalah berusaha untuk menegakkan keadilan dalam setiap jurusan kehidupan kita supaya dikasihi Allah.

3 Punca Kesesatan
Tiga punca kesesatan

Tiga punca kesesatan ialah, Diri Sendiri, Nenek Moyang dan Patuh Bukan Kepada Allah s.w.t.

Al-quran memberitahu, kejahatan muncul melalui tiga jalan iaitu mengikut kemahuan sendiri, nenek moyang dan tanpa berfikir kepatuhan bukan kepada Allah.

1. Jalan pertama ialah kemahuan diri sendiri. “Kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu; dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsu dengan tidak mendapat petunjuk Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. (surah al-Qasas: Ayat 50)

Maksud ayat di atas memberikan erti faktor terbesar penyebab kesesatan manusia adalah dorongan hawa nafsu sendiri. Sama sekali tidak mungkin bagi seseorang untuk menjadi hamba Allah, sedangkan dia masih menuruti hawa nafsunya. Dia akan terus memikirkan pekerjaan yang mendatangkan wang, usaha yang membawa kemasyhuran dan penghormatan kepada dirinya, bahkan mengejar apa saja memberikan kesenangan dan kepuasan.

Pendek kata, orang terbabit sanggup menempuh segala rintangan dengan pelbagai cara untuk mencapai tujuan terbabit, tanpa mempedulikan larangan Allah.

Mereka  tidak teragak-agak menipu, rasuah dan memanipulasi asalkan kehendak nafsunya tercapai. Bagi orang ini, perintah tinggal perintah. Jadi, Tuhan bagi orang seperti itu ialah dirinya sendiri, bukannya Allah Yang Maha Agung. “Adakah engkau nampak orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami. Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi.” (al-Furqan:Ayat 43-44)

Menjadi hamba hawa nafsu adalah lebih jelek daripada  menjadi haiwan. Jika melihat alam haiwan, tiada seekor pun yang mahu melanggar batas ditetapkan, bahkan rantaian kehidupannya hanya melaksanakan peranan yang ditentukan Allah. Tetapi manusia yang mempunyai segala-galanya apabila sudah menjadi hamba nafsu akan melakukan tindakan yang lebih ‘hebat’ bahkan membuatkan syaitan ‘gementar’.

2. Jalan kedua menuju kesesatan ialah menuruti adat kebiasaan, kepercayaan dan pemikiran, malah amalan dan upacara kuno nenek moyang secara membuta tuli dan menganggap ia lebih penting daripada Allah. Apabila perintah Allah dibacakan, orang yang suka menjadi pak turut nenek moyang akan bersikap keras dan hanya melakukan amalan biasa.

Bagaimana orang yang terkena penyakit ini akan menjadi hamba Allah? Tuhannya adalah nenek moyang, kaum keluarga dan suku bangsanya. Apakah hak bagi dirinya untuk mendakwa yang dia adalah hamba Allah? “Dan apabila dikatakan kepada mereka:Turutlah apa yang telah diturunkan oleh Allah, mereka menjawab (tidak), bahkan kami hanya menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami lakukannya. Patutkah (diikut) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham suatu apapun.” (al-Baqarah: Ayat 170)

Jahatnya kesesatan itu adalah sedemikian rupa, sehingga semua orang menjadi dungu di setiap zaman akibat terkena cengkamannya. Kepada anak cucu diingatkan menjaga pantang larang, kononnya mengelak musibah. Tetapi sebenarnya kesesatan menuruti kepercayan karut nenek moyang itulah musibah  terbesar, Cuma ia tidak dimengertikan. Kesesatan mencegah mereka menerima petunjuk dari Allah, sehingga yang terang lagi bersuluh tidak kelihatan.

Ketika Nabi Musa a.s mengajak kaumnya mengikuti syariat Allah mereka menjawab: “Apakah kamu datang kepada kami untuk memalingkan kami dari apa yang kami dapati dari nenek moyang kami mengerjakannya?” (Surah Yunus:Ayat 78).

3. Jalan ketiga menuju kesesatan ialah kepatuhan kepada selain Allah, seperti mengikuti setiap kata dan perintah manusia yang jelas menyisihkan perintah Allah. “Dan jika engkau menurut kebanyakan orang di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.” (Surah al-An’am:Ayat 116). Maksud ayat diatas memberikan penjelasan bahawa manusia hanya boleh berada dijalan lurus apabila kita menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan yang satu.

Semoga bermanfaat..

Doa Ketika Duduk Antara 2 Sujud
Doa Ketika Duduk Antara 2 Sujud

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN – semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon didalam solat kita.. tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

1. Rabbighfirli ~ (Tuhanku, ampunilah daku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil . Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

2. Warhamni ~ (Rahmati daku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya . Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima .

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

3. Wajburnii ~ (Tutuplah aib-aibku)

4. Warfa’nii ~ (Angkatlah darjatku)

5. Warzuqnii ~ (Berilah daku rezeki)

6. Wahdinii ~ (Berilah daku petunjuk)

7. Wa’Aafinii ~ (Sihatkanlah daku)

8. Wa’fuannii ~ (Maafkan lah daku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita . Betapa besarnya nilai sebuah doa ini.. sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain . (Hadis riwayat Al-Qudhi)

p/s: insyallah .. semoga kita semua dirahmati allah dan diberi petunjuk .

sumber: email

10 Amalan Yang Terbalik dan Salah
10 Amalan Yang Terbalik Yg Kita Lakukan Tanpa Sedar

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.

Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam…

Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng’forward’ kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2.  Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain.  Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: ‘Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.’ (Riwayat Bukhari)

sumber: email dari yahoogroups

Siapakah Orang Itu?
Siapakah Orang Itu?

1. Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

2. Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata ‘Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.’ Lalu sambil berkata,’Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini’, sambil mengukir senyuman.

3. Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

4. Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

5. Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

6. Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

7. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

8. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

9. Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

10. Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak cuba menyampaikan pula pada org lain .

Amalan Elak Hati Jadi ‘Batu’
Amalan elak hati jadi ‘batu’

Oleh Mohd Fadly Samsudin

fadly[@]hmetro.com.my

SESEORANG yang keras hatinya akibat terlalu kotor menghitam pasti tidak lagi merasakan kemanisan dan keseronokan beribadat.

Lebih membimbangkan ialah apabila hati ke tahap tidak ‘bernyawa’ lagi (mati), pasti tiada lagi perasaan insani dalam diri mereka.

Akibatnya, mereka tidak dapat lagi membezakan antara kebaikan dan keburukan. Hatinya terpadam sifat manusia yang bertamadun, mempunyai peraturan hidup, belas ihsan dan perasaan takutkan kemurkaan Allah s.w.t.

Melakukan kemungkaran dan kejahatan tidak sedikit pun memberi perasaan bersalah dalam diri. Maka sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja bentuk jenayah atau kekejaman di dunia ini.

Hati ialah organ paling utama dalam tubuh manusia. Ia kelak akan menjadi penilaian terpenting Allah terhadap hamba-Nya. Bayangkan, setiap kemungkaran dan kejahatan menerbitkan satu titik hitam pada hati manusia jika dilakukan tanpa bertaubat.

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Allah berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin ayat 14)

Oleh itu, manusia perlu sentiasa menjaga hati mereka sama seperti anggota badan yang lain supaya sentiasa sihat dan mendorong mereka melakukan kebaikan.

Hati kotor dan keras perlu dibersihkan kerana kegagalan memulihkannya berfungsi dengan baik kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada hari akhirat kelak.

Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah az-Zumar ayat 22)

Sucikanlah ia dengan banyak mengingati Allah iaitu berdoa meminta keampunan daripada-Nya setiap hari serta menghitung kesilapan diri. Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)

Jika seorang berasa senang, berbangga melakukan maksiat selain tiada langsung penyesalan selepas melakukan dosa, itu adalah tanda hati mereka bermasalah. Renungilah kehidupan di dunia ini pasti ada penamatnya. Sudahkah kita bersiap sedia menghadapi fasa seterusnya?

Pendakwah bebas, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata empat perkara utama yang perlu dijaga untuk memastikan hati sentiasa sihat ialah menjaga amal ibadat, sibuk mencari ilmu, berkawan dengan orang yang boleh memberi bimbingan serta banyak berdoa kepada Allah.

“Jika solat lima waktu tidak dijaga ia menyebabkan hati jauh daripada mengingati Allah. Ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak supaya tidak sesekali meninggalkan solat.

“Begitu juga dengan tuntutan mencari ilmu, ia penting kerana amalan yang dilakukan dengan ilmu itu mempunyai kualiti dalam memastikan hati terdorong melakukan kebaikan.

“Bermohonlah kepada Allah untuk apa saja permintaan dan hajat kita kerana ia senjata orang mukmin selain memohon taubat supaya dosa silam diampunkan Allah,” katanya.

Menurutnya, hati adalah raja yang mengawal tubuh badan sama ada untuk melakukan kebaikan atau kemungkaran.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya dan jika rosak daging itu, rosaklah seluruh tubuhnya serta ketahuilah ia adalah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Setiap Muslim perlu bermujahadah melawan nafsu kerana syaitan tidak akan berhenti menggoda dan memesongkan hati manusia daripada segenap sudut sehingga ke hari kiamat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Diskusi Addin sempena Karnival Gegaria Harian Metro di Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh, Pahang baru-baru ini.

Turut hadir, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood yang membincangkan topik ‘Hati Mati, Keluarga Sengsara’, Ia dipengerusikan Eksekutif Agama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Ustaz Zamanuddin Jusoh.

Siti Nor Bahyah berkata, baik atau sebaliknya seseorang itu bergantung kepada hatinya.

“Lihat hikmah yang terdapat daripada kisah Luqman al-Hakim apabila tuannya memerintahkan supaya menyembelih seekor kambing dan membawa bahagian terbaik dan bahagian yang terburuk.

“Kemudian Luqman membawa kepada tuannya seketul hati. Berkata tuannya: “Wahai Luqman sembelih seekor kambing dan bawa seketul daging paling tidak baik.” Lalu Luqman juga membawa seketul hati.

“Ia membawa maksud baik atau tidak seseorang itu bergantung kepada hatinya. Maka bersihkan hati dengan membuang empat ‘racun’ dalam diri iaitu berlebihan dalam berbicara, berlebihan melihat sesuatu, berlebihan dalam makan dan berlebihan dalam pergaulan.

Menurutnya berlebihan dalam berkata-kata menyebabkan seseorang itu banyak melakukan dosa.

“Dalam sebuah kisah ketika Huzaifah bertemu nabi dan meminta diberi petua kepadanya apa yang patut dia cakap supaya isterinya senang mendengar. Nabi menjawab: “Beristighfar dahulu sebelum bercakap.”

“Jika makanan terisi dengan banyaknya menyebabkan ia akan menjadi racun yang mengotorkan hati. Luqman al-Hakim berkata kepada puteranya: “Janganlah engkau banyak tidur dan makan. Barang siapa banyak melakukan kedua-duanya, pada hari kiamat dia miskin amal soleh.”

“Luqman memberi petua, perut sepatutnya diisi dengan satu pertiga makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan,” katanya.

Siti Nor Bahyah mengingatkan kepada suami supaya memastikan mereka membawa rezeki halal lagi bersih kepada keluarganya.

“Kisah seorang lelaki yang bertanyakan kepada Rasulullah kenapa Allah tidak makbulkan doanya kerana dia tidak mendapat isteri dan anak yang soleh.

Rasulullah berkata: “Perbaiki makanan dulu (halal dan baik) nescaya doa akan dikabulkan.”

“Justeru, setiap pagi sebelum suami melangkah keluar mencari rezeki salam dan cium tangannya serta berpesan kepada suami supaya mencari rezeki yang halal kerana tidak sanggup dibakar api neraka jika ia daripada sumber haram,” katanya.

Beliau berkata, tiga ramuan atau petua yang dapat membantu menyuburkan hati ialah bermuhasabah diri, menimbulkan perasaan khauf (takut) kepada Allah serta banyakkan beristighfar.

“Sebagai suami, contohnya mereka perlu bertanya diri mereka adakah sudah menjaga amanah (isteri dan anak) dengan sempurna? Binalah keluarga sehingga ke syurga apabila menjadikan solat berjemaah bersama-sama sebagai amalan.

“Melakukan solat berjemaah dapat menambah keberkatan serta merapatkan hubungan kekeluargaan. Maka akan lahirlah ‘keluarga syurga’ yang diidam-idamkan.

“Melalui istighfar juga mampu membersihkan diri manusia daripada dosa. Nabi yang dijamin syurga sekalipun tetap meminta keampunan kepada Allah setiap hari,” katanya.

Kiamat – Untuk Renungan & Panduan Semua Muslim
Kiamat – Untuk Renungan & Panduan Semua Muslim

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

sumber: yahoogroups