Koleksi Terbaik » Isu Semasa

Prospek Kerjaya Kursus
Prospek Kerjaya Kursus

Di sini disenaraikan prospek kerjaya untuk kursus masing-masing.

Entry ni sesuai untuk para pelajar untuk memilih kursus yg bersesuaian dengan mereka.

sumber: hmetro

1. Teknologi Maklumat

Tidak dapat dibayangkan hari ini jika hidup tanpa komputer dan rangkaian yang menghubungkan kita. Semua industri bergantung kepada teknologi maklumat (IT) dan hasilnya mewujudkan peluang kerjaya yang meluas. Lulusan IT biasanya ditawarkan pelbagai peluang pekerjaan seperti jurutera perisian, penganalisis sistem, pengaturcara, pakar pangkalan data dan pelatih komputer.

2. Kejuruteraan Elektronik

Tugasan jurutera elektronik merangkumi pelaksanaan dan pembuatan reka bentuk dari pelbagai jenis teknologi elektronik serta komunikasi. Permintaan bagi jurutera elektronik amat tinggi dan pekerjaan itu antara yang tertinggi menerima bayaran dalam sektor kejuruteraan. Lulusan kejuruteraan elektronik membuka peluang kepada pelbagai jenis kerjaya dari jurutera elektronik, jurutera reka bentuk, jurutera penyelidikan dan pembangunan (R&D), jurutera pengeluaran, jurutera sistem elektronik hingga jurutera jualan dan pemasaran.

3. Perakaunan dan Kewangan.

Pekerjaan di dalam industri perakaunan dan kewangan dijangka berkembang lebih cepat berbanding bidang kerja lain. Ini kerana keadaan pelaburan semakin kompleks dan pertumbuhan dalam jumlah keseluruhan aset yang diurus. Persaingan sengit dijangka bagi pekerjaan berstatus atau bergaji tinggi dalam bidang perbankan, perakaunan, kewangan korporat, pengurusan risiko, insurans, analisis perniagaan dan penilaian saham.

4. Pengurusan Pentadbiran

Prospek kerjaya dalam pengurusan pentadbiran antara yang diperlukan. Terutama dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, kerajaan dan kewangan. Pekerjaan ini sesuai bagi mereka yang mampu menangani tanggungjawab daripada tugasan pekerjaan yang lain kerana ia lebih tertumpu kepada kemahiran tertentu. Graduan pentadbiran berkelayakan bekerja dalam bidang pentadbiran dan sumber manusia.

5. Multimedia

Kini lebih ramai menggunakan kemudahan YouTube dalam sehari jika dibandingkan dengan laman sesawang lain seperti Google. Ini menunjukkan keperluan pengarang filem dan video yang terlatih dalam dunia multimedia adalah lebih luas. Secara tidak langsung mewujudkan lebih banyak peluang kerjaya di dalam pengiklanan, reka bentuk permainan, pengeluaran video, pembangunan web atau aplikasi digital. Graduan boleh bekerja sebagai pemaju dan pereka multimedia, pengaturcara multimedia, pereka dan pembangun laman web, juru animasi, editor filem dan video serta pembangun dan pereka permainan.

6. Pereka Grafik

Berlaku permintaan yang semakin meningkat buat pereka grafik apabila agensi kreatif mahu memperkembangkan produk dan perkhidmatan mereka dalam menghasilkan bahan cetak serta digital. Mereka yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam reka bentuk web dan animasi tentunya mudah mengecapi populariti di dalam projek digital, malah tidak mustahil dalam lingkungan yang lebih meluas. Graduan boleh bekerja sebagai pakar pereka grafik, tenaga pengajar pereka grafik, pengarah seni dan pereka pembungkusan.

7. Pengiklanan dan Komunikasi

Pertumbuhan pekerjaan didorong persaingan terhadap beberapa barangan dan perkhidmatan yang semakin meningkat dan keperluan untuk menghasilkan jenama yang lebih menonjol. Tidak hairanlah jika lebih ramai profesional di dalam komunikasi dan pengiklanan diperlukan. Ia bagi membangun serta menghasilkan idea baru di dalam dunia pengiklanan, mempromosi dan menghasilkan sesuatu menjangkaui permintaan semasa pelanggan. Pekerjaan yang ditawarkan di dalam bidang ini termasuk pengurusan akaun, perancang, penulis iklan, komunikasi korporat dan penganjur acara.

8. Pengurusan Hotel dan Restoran.

Situasi yang berlaku dalam industri pelancongan mewujudkan permintaan tinggi untuk profesional hospitaliti yang berbakat di seluruh dunia. Keadaan ini memberi kesan kepada graduan mendapat pekerjaan di mana-mana negara dan amat diperlukan di dalam mahu pun industri lain berkaitan. Graduan boleh meraih peluang pekerjaan selaku penyelia atau pengurus di hotel dan pusat peranginan yang besar dan sederhana selain dalam pelbagai syarikat restoran serta katering.

9. Kejururawatan

Prospek pekerjaan bagi graduan kejururawatan di seluruh dunia amat baik. Di negara ini, sekurang-kurangnya 130,000 jururawat perlu dilatih menjelang 2020 untuk memenuhi nisbah jururawat kepada pesakit seperti yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Jururawat mempunyai pilihan sama ada mengkhusus di dalam perbidanan, pediatrik, cardiothoracics, ortopedik, oftalmologi, perubatan dan pembedahan, geriatrik, kesihatan awam dan banyak lagi.

10. Seni Bina Landskap

Kesedaran terhadap alam sekitar yang semakin meningkat dan permintaan untuk mengindahkan lagi ruang, tempat yang dirancang baik bagi pertumbuhan bandar atau tapak dan reka bentuk landskap untuk projek komersial serta kediaman semakin mendapat perhatian. Graduan boleh meraih peluang kerjaya di dalam bidang seni bina, pembinaan, pembangunan, perunding landskap, penyelenggara landskap, tapak semaian dan taman-taman, majlis bandar raya atau bandar serta pengurusan sumber.

Intipati Bajet 2012
Intipati Bajet 2012

Jumlah bajet – RM232.8 bilion

Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion

Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion

Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.

Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.

Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012. Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.

1. Peruntukan Rancakkan Pembangunan

- Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.

2. Kereta hibrid

- Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

3. RM1 bilion untuk sekolah

- Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah. RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

- Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.

4. FELDA Global Ventures Holdings

- Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

- Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

- RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

5. Yuran sekolah

- Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

- Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

6. Pencen

- 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

7. Kakitangan awam

- Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

- Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

- Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

8. Polis

- RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

9. Keluarga tentera

- RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

10. Subsidi

- Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

- Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

- Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

- Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

11. Skim rumah pertama

- Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

12. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

- Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

13. Subsidi rumah

- Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

- Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

14. Teksi persendirian

- Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

- Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

- Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

- Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

15. Perlindungan kepada gelandangan

- Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

- Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250  dengan Anjung Singgah.

16. Simpanan persaraan – KWSP

-Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

17. Pinjaman TEKUN

- Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

18. Penjawat Awam

- Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

19. Meringankan Kos Sara Hidup

- Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

- Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

- Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

-Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

20. Rancangan Tebatan Banjir

-Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

-Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

-Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

-Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

p/s: alhamdulillah…

Tiada Lagi Sentuhan Kasih Sayang
‘Tiada lagi sentuhan kasih sayang’

Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid

rencana@hmetro.com.my

GURU dulu tegas dan komited sewaktu menjalankan tugas, namun di sebalik ketegasan itu ada hati yang bersih dan ikhlas mendidik pelajar menjadi anak bangsa berjaya.

Disebabkan sikap bertanggungjawab itu, mereka bukan saja dihormati malah mulia kedudukannya dalam kalangan masyarakat.

Kini, ketegasan, integriti, profesionalisme, hak bersuara serta taraf guru semakin suram dan merudum di mata masyarakat malah menyedihkan kerana golongan itu mudah diperkotak-katikkan pelajar sendiri.

Ini menjadikan hubungan antara guru-pelajar semakin jauh, dingin dan bergolak. Kesannya, semangat guru kian pudar melaksanakan tanggungjawab lebih dedikasi.

Disebabkan tidak mendapat sokongan selain bebanan tugasan semakin bertambah, motivasi sebahagian guru mulai luntur dan culas melaksanakan tanggungjawab. Mereka tidak lagi memegang falsafah ingin bertanggungjawab memberi pendidikan, tetapi lebih kepada mengajar semata-mata.

MASALAH…kegagalan guru untuk mendidik boleh mengakibatkan pelajar menjadi lebih bermasalah kerana kurang perhatian dan kasih sayang.

Mengajar lebih menjurus kepada kaedah 2M iaitu membabitkan proses penyampaian ilmu pengetahuan dari guru kepada pelajar dan lebih menumpukan kepada pembangunan intelektual atau akademik.

Manakala mendidik membentuk sahsiah atau akhlak dan memerlukan tempoh masa panjang untuk membentuk akhlak pelajar yang baik.

Persoalannya apakah beza mendidik dan mengajar?

Pensyarah Kanan Program Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Isya Awang, berkata ada perbezaan antara konsep mendidik dan mengajar dalam ilmu pendidikan.

Beliau berkata, mengajar lebih ketara berbentuk fizikal manakala mendidik sebagai ‘sentuhan’ emosi dan kasih sayang guru kepada pelajar.

“Boleh dikatakan sebahagian guru hari ini hanya menumpukan pada konsep mengajar berbanding mendidik. Mereka datang ke sekolah hanya untuk mengajar, menghabiskan silibus dan menerima gaji hujung bulan.

“Tiada lagi ‘sentuhan’ atau perasaan kasih sayang telus seperti ditunjukkan golongan guru dulu. Guru dan pelajar kurang berinteraksi, sentiasa mencipta konflik.

“Bagaimanapun, menuding jari pada guru semata-mata adalah tidak adil kerana kita terpaksa menerima keadaan itu kerana senario hari ini tidak semuanya memihak kepada mereka,” katanya.

Katanya, kadangkala guru dibebani kerenah pelajar yang pelbagai menyebabkan ada yang sukar menumpukan perhatian. Akibatnya, akan ada pelajar yang terabai terutama mereka yang bermasalah.

PENDEKATAN SEBENAR…guru perlu bijak menggunakan pendekatan betul bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar dan cemerlang.

“Tambah memburukkan keadaan, ibu bapa pula datang menyerang dan mempersoalkan kredibiliti guru. Apabila semua pihak menghentam, tidak mustahil ada yang mengambil langkah drastik bersikap sambil lewa dan enggan mengambil tahu,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan ibu bapa hanya tahu mengambil pendekatan ‘lepas tangan’ atau bertindak secara melulu tanpa usul periksa. Secara tidak langsung memberi tekanan kepada guru untuk mencorakkan gaya pembelajaran mereka.

“Jalan mudah, mereka hanya mengajar dan tidak mahu mendidik. Ironinya, guru berpendapat, tidak perlu menjalin atau mengambil berat mengenai pelajar kerana ibu bapa sendiri kurang memberi sokongan.

“ Mengapa mesti menanggung beban sedangkan ibu bapa hanya relaks. Ia seperti barah hingga akhirnya menghakis sikap profesionalisme guru yang sepatutnya bertanggungjawab penuh terhadap tugas dan tanggungjawabnya,” katanya.

Ditanya mengapakah guru zaman dulu mempunyai nilai ‘sentuhan’ ajaib hingga menerbitkan hubungan rapat dengan pelajar, beliau berkata tugas guru dulu jarang ‘diganggu’ atau digugat pelbagai tugas sampingan lain.

Menurutnya, guru dulu boleh menumpukan perhatian pada tanggungjawab hakiki kerana semua pihak faham makna pendidikan dan menuntut ilmu.

“Masalahnya hari ini guru atau pihak berkenaan kurang memahami makna itu tapi lebih mementingkan keputusan akademik . Malangnya itu bukan jaminan cemerlang sahsiah diri.

“ Secara tidak langsung, menggambarkan bagaimana proses mendidik gagal dilaksanakan sedangkan untuk berjaya, gabungan keduanya perlu seimbang supaya dapat menampung kekurangan yang ada,” katanya.

Guru pula sebaliknya ada yang tidak mampu mempunyai komitmen tinggi terhadap tugas kerana segelintirnya menjadi guru semata – mata mahu mempunyai gaji dan pendapatan samping yang lebih berbentuk material.

“ Dibandingkan guru dulu, mereka ikhlas dan tidak berkira mengenai bayaran, guru sekarang sebaliknya malah ada yang terus melanjutkan tugas di luar dengan harapan memperoleh pendapatan sampingan, misalnya tuisyen.

“ Itu tidak salah namun sejauh manakah guru mampu membina hubungan baik dan mesra dengan pelajar. Adakah mereka mengambil berat dengan bertanya khabar atau masuk kelas, mengajar, beri kerja rumah kemudian keluar?

“ Suasana seperti ini tidak sihat kerana perhubungan guru – pelajar hanya termaktub dalam kelas semata – mata. Guru tidak mengenali pelajar, begitu sebaliknya, justeru bagaimanakah sentuhan kasih sayang itu boleh menerbitkan hubungan yang erat,” soalnya.

Guru, katanya, perlu berusaha mengembalikan semula martabat sebagai golongan dihormati manakala masyarakat termasuk ibu bapa perlu memberi peluang golongan itu mencorakkan proses pendidikan mengikut acuan tersendiri asalkan tidak menyalahi peraturan.

“ Guru jadilah golongan bertanggungjawab, kembalikan semula maruah yang sudah lama tercalar. Proses melahirkan masyarakat dan bangsa berguna tidak boleh dizahirkan melalui satu mekanisme semata-mata.

“Boleh mengajar tapi tekankan juga kepentingan mendidik. Barulah lengkap pakej untuk melahirkan pelajar cemerlang akademik, budi dan peribadi seperti termaktub dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan,” katanya.

Tokoh Guru Kedah 2009, Sayed Mahadzir Sayed Omar pula berpendapat teknik mendidik dan mengajar guru berbeza dibandingkan guru zaman dulu.

Menurutnya, guru dulu mengajar berasaskan kasih sayang dan semangat patriotisme juga menerima kepercayaan tinggi daripada ibu bapa yang rela ‘menyerahkan’ anak untuk dididik.

“ Mereka tidak kisah anak ‘dipukul’ kerana tahu itu tanggungjawab guru menjadikan mereka berjaya. Malangnya hari ini tidak boleh kerana banyak akta atau peraturan perlu dipatuhi.

“ Bayangkan, kalau pelajar bermasalah, tapi tangan guru ‘terikat’, apakah boleh pelajar itu diasuh menjadi manusia yang baik? Justeru tidak hairanlah, ramai guru hari ini lebih senang mengajar daripada mendidik kerana tidak mahu masalah berbangkit,” katanya.

Menuntut Hak Melalui Demonstrasi
Menuntut Hak Melalui Demonstrasi

Seluruh umat Islam kini begitu mudah terpanggil menyertai demonstrasi jalanan dalam menuntut hak?

Di mana kita lihat rata rata cara mereka bertindak terkeluar dari nilai nilai agama Islam.Jika kita melihat kepada gelagat mereka dari segi i’tikad, kelakuan dan tindakkan, kita boleh bahagikan mereka kepada 3 jenis atau kelompok manusia.

Golongan Pertama:

Mereka adalah orang yang dengan terang-terang mengagungkan kebebasan berfikir dan bertindak. Mereka hanya berpegang kepada pendapat mereka sendiri dan hanya yakin pada apa yang diputuskan oleh akal fikiran mereka. Cara mereka bertindak ialah apa yang pada pandangan mereka betul.

Mereka ini tenggelam dalam kebebasan sehingga mereka tidak mengetahui sempadan yang sebenarnya. Kebebasan berfikir dan bertindak seperti ini juga merbahaya bagi sesuatu negara/ masyarakat. Kerana kebebasan berfikir ertinya seseorang itu tidak akan percaya kecuali apa yang betul menurut fikirannya dan tidak akan menurut suatu jalan kecuali apa yang ditunjukkan oleh akalnya.

Sedangkan mengikut kehendak masyarakat pula kebalikan dari itu; iaitu setiap individu yang berada didalam sesuatu masyarakat wajiblah mengikut prinsip-prinsip dan dasar-dasar pokok yang terdapat dalam masyarakat itu. Tindak-tanduknya mestilah bersesuaian dengan adat dan kebudayaan serta undang-undang yang mengatur kehidupan masyarakat.

Sesungguhnya kebebasan seperti ini sering mencetuskan sifat-sifat keakuan, keegoan dan kekacauan di kalangan individu, sedangkan masyarakat & negara menghendaki mereka supaya patuh, taat dan setia, dan mengorbankan sedikit daripada kebebasan demi keuntungan yang lebih banyak untuk negara/masyarakat.

Golongan Kedua:

Terdiri dari mereka yang zahirnya berpegang pada agama, tetapi pada hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri. Mereka tidak merujuk kepada agama sebagai pegangan dalam tindakkan.

Mereka jenis yang ikut agama suku suku, yang mana sesuai mengikut kehendak hawa nafsu dan yang selari dengan fikiran mereka sahaja.Pada hakikatnya mereka bukan ikut agama tetapi menjadikan agama pengikut hawa nafsu mereka.

Golongan ini adalah lebih buruk keadaannya dari golongan pertama. Golongan pertama hanya sesat sahaja, tetapi golongan kedua pendusta, penipu serta munafik.

Mereka jenis yang mempunyai prinsip dan tindakkan yang terang-terang menyalahi ajaran agama, namun mereka tetap menganggap bahawa fikiran mereka yang betul sedang ajaran agama itu salah, kemudian mereka cuba pula mengolah ajaran agama (menghalalkan cara) supaya sesuai dengan fikiran dan tindakkan mereka; maka mereka yang serupa ini adalah pendusta dan pembohong.

Golongan Ketiga:

Terdiri dari golongan yang tidak mempergunakan akal mereka. Lalu mereka pun merangkaklah di belakang manusia dengan mengikut mereka secara membabi-buta.Mereka adalah jenis apa yang kita panggil taklid buta.

Wallahu’alam.

(Dari blog Fitrah Islami Online)

Amri el Wahab

Kambing Betina Yang Bingung
Kambing Betina Yang Bingung

p/s: lama tak masukkan isu politik kat sini. hari ni terjumpa artikel dalam email dan sesuai utk diletakkan di sini utk kita sama-sama fikirkan..

1. WAHAI orang-orang yang beriman, renungilah maksud hadis ini. Dari Ibnu Umar RA, dari Nabi Muhammad SAW, sabdanya: Perumpamaan orang munafik, seperti seekor kambing betina yang bingung mengikuti dua ekor kambing jantan. Sekali dia hendak mengikut yang ini, kali yang lain hendak mengikuti yang satu lagi. – SAHIH MUSLIM

Siapakah orang-orang yang bersifat kambing betina yang bingung ini? Jawapannya jelas, tanpa perlu banyak berfikir dan merujuk kepada banyak pihak.

2. Dulu puak kambing betina ini mengekori dengan penuh taksub kambing-kambing jantan yang berbulu putih lebat di kepala dan berjanggut juga putih. Mengekori dengan penuh taksub. Setiap gerak dan suara yang keluar daripada kambing berserban dan berjanggut ini akan diterima bulat-bulat.

3. Disuruh makan mereka makan, disuruh duduk mereka duduk, disuruh berdiri mereka berdiri, disuruh mengembik mereka mengembik, disuruh menanduk mereka menanduk, bahkan disuruh apa sahaja mereka akan lakukan.

4. Tiba-tiba lalu di depan mereka seekor kambing jantan yang berbulu hitam lebat di kepala. Maka kambing-kambing betina melihat suatu kelainan. Suara kambing jantan berkepala hitam itu juga lebih merdu dan enak didengar daripada suara kambing-kambing jantan yang berkepala putih.

Kambing jantan berkepala hitam itu juga kelihatan lebih berketrampilan. Pandai bermadah dan berkata-kata. Pandai juga bercakap seperti kambing-kambing di negara empat musim.

5. Lalu mereka pun mengekori pula kambing jantan berkepala hitam itu. Bukan sahaja mereka, malah kambing-kambing jantan yang berkepala putih turut mengekori kambing jantan berkepala hitam. Rupa-rupanya kambing-kambing jantan berkepala putih itu tidak mahu ditinggalkan oleh kambing-kambing betina yang mengekori kambing jantan berkepala hitam.

6. Bukan main seronok si kambing jantan berkepala hitam. Bukan sahaja banyak kambing betina yang sekarang mengekorinya, bahkan kambing-kambing jantan berkepala putih juga berduyun di belakangnya. Disuruh apa sahaja, mereka akan patuh. Malah mereka mengembek lebih kuat daripada kambing jantan berkepala hitam yang sekarang menjadi ketua mereka. Mereka juga sangat garang dan bersedia menanduk sesiapa sahaja atas arahan kambing jantan berkepala hitam.

7. Memang sudah lama si kambing jantan berkepala hitam ini mengidam untuk menjadi ketua, bukan sahaja ketua kambing, tetapi ketua kepada segala haiwan. Dia percaya kononnya Tuhan telah menjelmakannya di dunia untuk menjadi ketua kepada semua haiwan.

Anugerah Tuhan

8. Sekarang semakin banyak kambing yang turut mempercayai kononnya dia adalah anugerah Tuhan untuk memimpin mereka ke padang ragut yang lebih hijau. Keyakinan mereka bertambah apabila melihat seekor singa tua dan beberapa ekor serigala turut mengekori dan berkawan rapat dengan kambing jantan berkepala hitam itu.

Dulu kambing jantan berkepala hitam itu pernah hampir-hampir menjadi ketua haiwan, tetapi perangainya yang buruk telah menyebabkan dia disingkir oleh ketua haiwan pada masa itu.

9. Oleh kerana dia percaya bahawa jawatan ketua haiwan itu adalah hak mutlaknya, maka dia sungguh marah dan tidak puas hati. Dia berdendam, terus merancang dan merancang bagaimana untuk menduduki kerusi jawatan ketua segala haiwan.

10. Sudah pelbagai muslihat digunakan, tetapi jawatan ketua haiwan itu masih belum berada dalam genggamannya. Dia tidak mengaku kalah dan akan terus berusaha sedaya upaya dengan apa cara jua sekalipun. Apatah lagi hampir semua kambing sudah seia sekata dengannya sekarang. Mereka sudah berikrar untuk sehidup semati bersamanya.

11. Disebabkan terlalu taksub dengan si kambing jantan berkepala hitam, mereka terlupa bahawa dalam kumpulan mereka ada singa dan serigala yang zahirnya berbaik-baik dengan mereka. Pada hal, si singa jantan tua dan gerombolan serigala itu hanya menunggu masa sahaja untuk membaham dan meratah kumpulan kambing yang bingung.

Para pembaca budiman. Kita tinggalkan kisah kambing ini. Kita kembali ke realiti kehidupan manusia di bumi Malaysia ini.

Tidak lama lagi, kalau tidak silap pada 9 Julai depan, akan berlangsunglah satu perhimpunan membantah sistem dan cara pelaksanaan pilihan raya di Malaysia.

12. Khabarnya perhimpunan itu dikepalai oleh seorang wanita bukan Islam. Yang ramai mahu menyertainya ialah lelaki-lelaki Islam, termasuk mereka yang berserban dan berkopiah putih. Mereka ini diperdaya dengan andaian kononnya mereka akan memperoleh kuasa memerintah negara jika pilihan raya umum benar-benar ‘bersih.’

13. Antara mereka yang percaya ialah puak yang telah lama memegang kuasa memerintah negeri Kelantan. Tidakkah mereka terfikir, bolehkah puak mereka memerintah Kelantan begitu lama jika pilihan raya di negara ini sangat kotor dan mudah diputarbelit.

14. Kalangan yang menentang puak yang mahu berhimpun dan berarak ini juga berhujah, jika pilihan raya negara ini boleh diputarbelitkan, kenapa pembangkang boleh menang di lima negeri dalam pilihan raya umum 2008?

15. Kemudian diadakan beberapa pilihan raya kecil yang juga silih berganti dimenangi oleh pembangkang. Hanya pada kebelakangan ini arus pengundian tidak memihak kepada mereka kerana rakyat mulai sedar tentang siapa yang benar. Namun dalam pilihan raya negeri Sarawak 2011, pembangkang masih berjaya menambah kerusi.

16. Sebenarnya kumpulan ini hanya mahu mengambil kesempatan untuk mengapi-apikan rakyat Malaysia supaya turun ke jalan raya seperti yang berlaku di Mesir, Yemen, Libya dan Syria. Padahal keadaan di Malaysia amat berbeza daripada negara-negara itu sama ada dari segi pengagihan pendapatan dan kebebasan yang dirungutkan.

17. Sebenarnya puak yang mahu berhimpun itu sudah hilang kepercayaan terhadap sistem demokrasi berpilihan raya kerana mereka tahu bahawa peluang mereka untuk menang dan memerintah negara tidak akan tercapai melalui kotak undi.

18. Soal keamanan tidak penting lagi bagi mereka. Yang penting hanyalah merampas kuasa dan memartabatkan ketua mereka menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan apa jua cara sekalipun. Musuh-musuh Islam dari kalangan manusia dan syaitan-syaitan juga sedang bekerja untuk membantu mereka. Wahai pihak berkuasa, jangan sesekali tunduk kepada tekanan mereka.

Wahai orang-orang beriman. Berwaspadalah dan jangan biarkan mereka beraja di hati dan di mata. Marilah kita menadah tangan kepada Illahi.

19. Ya Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Kepada-Mu kami berserah diri terhadap musuh-musuh-Mu yang juga musuh-musuh kami. Bantulah kami dalam menghadapi kegawatan ini. Selamatkanlah negara kami daripada segala angkara manusia durjana dan syaitan-syaitan yang mahu menyesatkan umat manusia daripada jalan yang benar. Perkenankanlah permintaan kami.

Siapa Kita Sebenarnya?
Siapa kita sebenarnya?

Oleh Harussani Zakaria ( 03/10/2010 )

SAYA agak terpempan membaca pandangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdasarkan laporan akhbar arus perdana mutakhir ini bahawa beliau tetap tidak bangga dengan Melayu kerana baginya setiap bangsa adalah sama. Saya menghormati pandangan beliau dalam hal ini. Namun saya juga punyai pandangan tersendiri yang agak berbeza.

Kita perlu berbangga dengan nikmat-nikmat Allah SWT kepada kita, dan antara nikmat yang banyak itu termasuk juga nikmat dijadikan kita sebagai seorang Melayu dan dimuliakan pula dengan Islam. Hikmah dan kebijaksanaan Allah SWT yang telah menjadikan kita berbangsa Melayu dengan pelbagai keistimewaan yang barangkali tidak wujud pada bangsa yang lain.

Kebijaksanaan Allah SWT jualah yang menjadikan pelbagai bangsa dengan matlamat yang jelas supaya dapat meraih manfaat dari kepelbagaian tersebut seperti Firman Allah SWT dalam surah Al Hujurat ayat 13 yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman! Sungguh kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertakwa, sungguh Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Teliti.”

Secara prinsipnya, menurut Islam ketaksuban kepada bangsa tidaklah ditolak secara keseluruhan, namun ia perlu menurut acuan syarak. Cuma, yang ditegah adalah berbangga dengan bangsa sendiri sehingga merendahkan dan memanipulasi bangsa lain. Biarpun begitu, saya sama sekali tidak mengajak masyarakat supaya membuta tuli kepada semangat terlalu bangga dengan rumpun bangsa sendiri sehingga menjatuhkan bangsa selain daripada Melayu.

Dalam hal ini, saya agak tenang bila merujuk kepada pernyataan As Syahid Hassan Al Banna dalam kitabnya Majmu`ah Rasail As Syahid Hassan Al Banna yang menyatakan bahawa semua bangsa adalah sama iaitu dari Adam dan mereka semua adalah bersaudara. Perbezaan antara mereka adalah berdasarkan amalan yang dilakukan. Namun, di sini bukanlah bermakna kita langsung tidak perlu menghargai bangsa kita sendiri dan menolak segala keistimewaan semulajadi yang dimiliki.

Ini disebabkan setiap bangsa dijadikan Allah SWT punyai kelebihan dan keistimewaan semulajadi, kelainan dan perbezaan antara mereka seperti mana bangsa Arab yang memiliki keistimewaan yang baik. Asasnya ialah bagaimana untuk menggunakan segala keistimewaan tersebut untuk membangun dan menaikkan martabat bangsa dan umat manusia berdasarkan keistimewaan yang dimiliki.

Seharusnya perlu kita sedari bahawa bangsa Melayu sebenarnya terlalu istimewa untuk ditelusuri susur galurnya yang amat sinonim dengan Islam. Ini dapat dilihat dengan perkembangan sejarah peradaban perkembangan Islam di Tanah Melayu dan sejarah yang agak hampir dengan kita ialah bagaimana peranan cendekiawan berbangsa Melayu termasuk para ulama dan guru-guru pondok seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Al Hadi, Syeikh Abbas Taha, Dr Burhanuddin Al Helmy, Abu Bakar Al Baqir dan yang seangkatan dengan mereka bertungkus lumus berjuang meraih kemerdekaan.

Siapakah mereka jika tidak dari kelompok orang Melayu yang ingin merubah anak bangsa Melayu dari bertuankan penjajah kepada mempunyai jati diri sebagai bangsa yang berdaulat. Sayugia berbanggalah kita sekiranya kita juga dapat memainkan peranan bilamana kita dapat mencurahkan tenaga dan fikiran untuk kebaikan bangsa kita sendiri dan Islam terutamanya.

Oleh yang demikian, saya berpandangan bahawa dengan membela bangsa Melayu bererti membela kepentingan Islam kerana begitu sinonimnya perkataan “Melayu” itu dengan “Islam”. Tambahan pula tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa perkataan “Melayu” didefinisikan sebagai seseorang yang menganuti Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.

As Syeikh Jurji Zaidan menerusi karangan beliau Tarikh Al Tamaddun Al Islami menegaskan bahawa sikap taksub dan ekstrem terhadap bangsa tidaklah dapat dihilangkan secara keseluruhan, cuma dicanaikan kembali menurut acuan agama. Oleh kerana itu, maka diiktiraf Quraisy itu sebagai semulia-mulia bangsa dan dilebihkan dalam segenap hal ehwal kehidupan disebabkan hampir dan hubungkait dengan junjungan besar Nabi SAW.

Justeru itu, sebarang tugasan, kedudukan, pemberian dan seumpamanya didahulukan golongan tersebut daripada orang lain apatah lagi zahirnya hadis Nabi SAW bahawa, “Para Imam dari golongan Quraisy”. Berdasarkan hal tersebut, memang tidak terdapat sebarang perbalahan tentang mendahulukan kepimpinan terhadap bangsa Quraisy.

Pada pengamatan saya, sekiranya hitungan bangsa tidak ada nilaian mengapa berlakunya sikap mendahulukan bangsa Quraisy terhadap bangsa yang selain darinya. Berlakunya hal ini disebabkan kerana nilaian kemuliaan dan ketinggian didasarkan kepada kelebihan bangsa tersebut.

Saya amat berharap agar perbalahan tentang hal ini tidak mengganggu umat Melayu Islam kerana kita punya tugasan yang lebih besar dari itu iaitu berusaha mencantumkan bangsa Melayu Islam ini agar lebih kuat dan bersatu padu. Marilah kita bersama-sama renungi firman Allah SWT dalam surah Al Anfal ayat 46 yang bermaksud,

“Dan taatilah Allah SWT dan Rasul Nya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah,Sesungguhnya Allah SWT beserta dengan orang yang sabar. ”

Terlalu banyak isu dan permasalahan yang masih belum selesai yang memerlukan kepada kerja keras dari bangsa Melayu yang dianggap majoriti dalam negara ini. Hindarilah perkara yang boleh membawa kepada perpecahan dan merosakkan hubungan silaturrahim.

Mudahan dengan kehadiran cahaya Syawal ini lebih menzahirkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT.

p/s: harap dapat membukakan pintu hati mereka-mereka itu…

Sponsored Links:

FREE Debit Card!

Everyone Connects!Win a trip to Black Eyed Peas Live in London

Hadiah Untuk Remaja. Nak Tahu Klik!.

Join DiGi’s The Next Level Reality TV Show!

Letak Iklan Anda Di Sini

Proton :- Pandangan Jauh Tun Mahathir Mohammad
Proton :- Pandangan Jauh Tun Mahathir Mohammad

Bila Dr Zambery kata akan lelong kereta Toyota Camry dan akan beli cara berhemah Proton Perdana saya setuju sangat dan beri sokong 100%.

Kalau kita tak tolong industri kita sendiri siapa lagi nak tolong. Tgk lah syt besar Korea dan Jepun mana kepala syarikat nya nak guna kereta lain selain kereta negara sendiri.Lain lah di rumah dgn wang sendiri , beli lah apa kereta pun kalau mahu.

Di Jerman kalau pekerja syarikat kereta volswagen nya menguna kereta lain maka kereta itu harus di park di luar kawasan pagar. Di kira menceroboh kalau kereta buatan lain berjaya “park” di kawasan kilang kereta itu.

Baru baru ni Toyota telah memanggil kembali – Safety Recall beberapa jenis kereta nya kerana ada di jumpai “fault” malah fault ini boleh membawa maut. Antara sebab recall pertama dulu “floor Mat Entrapment” dan recall kedua kerana “pedal” semua nya kena mengena dgn nyawa. Beberapa kematian di America Selatan kerana “fault” ini.

Antara yg di recall ada lah Camry (kebangaan DAP sebab salesman nya kawan Ronnil Liu agak nya).Dan yg lain ada lah Avalon, Corrola, Highlander Prius dan Tundra.

Honda pun ada recall antara model nya Accord , Odyssey, Civic dan Acura. Antara sebab safety recall nya ada lah “air bag Inflation”.

Ini smeua gergasi dalam dunia pemotoran. Di kira Big players , dan Proton belum kecapi level mereka ini.

Pelik jugak Camry dan Honda Malaysia tak di recall atas jenama sama Ada kah ini kerama isi kandungan spesifikasi nya lain. Ada kah kerana model di sana kena ikut piawaian lebih bagus lalu penguna kedua kereta ini di Malaysia dapat inferior model?

Saya pernah lihat Proton Satria di jual di Turkey, warna nya sangat cantik tak di jual di Malaysia, tapi ia nya tak di panggil Proton Satria.Bermakna kerana Turkey ikut spek Europe maka kena ubah suai berat dan piawian lain lalu tidak di panggil lagi Satria.Look lika Satria but not Satria.

Kereta Honda dan Toyota kini sudah terguris nama nya. Ada kepala bakal di pancung nanti kerana telah mencemar kan nama kereta ini.Tunggu sahaja lah.Semalam di bloomberg Tv President Toyota memohon maaf atas perkara ini.

Dalam org ramai duk sebuk perli Proton , perkara ini belum terjaid lagi. Kalau dulu komplen yg ada pun kalau jenama tertentu semua tahu automatik window nya dan jenama lagi satu Gear box nya ,itu pun setelah beberapa tahun di guna kan , boleh di kira sebab “wear and tear”.

Tengku Mahaleel pernah membuat bising ttg kontraktor kelas 3 yg supply power window ini.Kerana nak murah sikit maka benda ini terjadi. Allhamdullilah sekarang ini sudah naik taraf maka kurang lah komplen tentang ini.

Masalah konon servis Proton perdana mahal, maka saya pernah kerja di admin dept sebuah syt besar saya tahu lah kerja driver main mark up ni.Kerjasama dgn workshop maka tu lah maintenance cost nya tinggi.Namun ada valid jugak ttg komplen gear box nya itu.

Apa pun Proton masih belum kena safety recall lagi , kena lah jaga nama ini.Proton lubok pekerjaan kpd 250,000 rakyat Malaysia .

Menjana ekonomi dari pembuat cermin di balakong sampai pembuat getah lilit di Nilai semua mendapat hasil dgn kilang Proton ini.

Tun Dr. Mahathir pernah berkata “its not about making cars, but more of creating industries”.Jauh betul otak mantan ini. Bersepah lah warga negara mendapat pekerjaan dgn akal nya termasuk lah golongan anak pembangkang.

p/s: selama ni kita dok kutuk-kutuk proton… kononnya mahal .. kononnya kurang berkualiti..tapi kita tak sedar.. banyak kebaikan yang kita dapat dari support barang buatan sendiri.. Korea.. mengapa lebih maju?? sebabnya rakyat mereka lebih sukakan guna barangan buatan sendiri.. untuk capai sesuatu tahap  tertinggi dan terbaik serta setanding pemain utama pembuat kenderaan ..bukannya belasan tahun tapi puluhan tahun.. jadi tidak adil jika menyalahkan proton 100%. bagilah masa untuk produk kebangaaan negara bergerak dan maju  dengan sama-sama menyokong bukan menghentam membuta tuli seperti pembangkang..

Penawar Resdung, Buasir dan Ubat Mata, Klik Sini!!

Kamasutra Bergambar Bahasa Melayu!!

Rahsia Puaskan Isteri, Praktikkan Malam Ini Juga!

Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kini DiBongkar!!

Petua Memuaskan Isteri (Dewasa Sahaja)

Letak Iklan Anda Di Sini

Kelantan Akan Muflis ??
Kelantan Akan Muflis

RM800 Juta Tidak Boleh Diwarisi Dari UMNO BN

Maaf, saya bukan mahu membela UMNO tetapi seperti yang pernah saya tulis diblog ini sebelum ini, jangan salahkan UMNO jika kita tidak boleh kawal nafsu buas kita.

Saya ingin mengulas tajuk berita Harakahdaily yang berbunyi, “RM800 juta: Kelantan Warisi Kes UMNO BN”.

Tajuk berita dan intipati berita tersebut seolah-olah pemberian konsesi balak kepada Timbermine Sdn Bhd dan pembatalan konsesi itu dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Pemberian kawasan balak yang teramat luas pada tahun 1964 dibuat oleh Menteri Besar PAS iaitu Dato’ Ishak Lotfi.

Manakala pembatalannya pula di buat oleh Menteri Besar PAS BN pada tahun 1974, ialah Dato’ Muhammad Nasir.

PAS telah menyertai Barisan Nasional selepas penubuhannya pasca Mageran akibat rusuhan kaum 1969. Dalam pilihanraya 1974 PAS telah bertanding seiring dengan UMNO menentang pimpinan PAS yang menyisihkan diri kerana tidak bersetuju menyertai BN. PAS menang lebih kurang 22 kerusi dan UMNO menang lebih kurang 13 kerusi (harap dapat pembaca membetulkan jumlah kerusi ini kerana saya belum dapat membuat semakan).

PAS masih dominan didalam kerajaan BN yang memerintah Kelantan. Diantara sebab pembatalan perjanjian dengan Timbermine Sdn Bhd ialah kerana rakan kongsi baru PAS didalam BN iaitu UMNO merasa amat tidak selesa dengan pemberian tanah balak seluas itu seolah-olah PAS mahu menggadai Negeri Kelantan.

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PAS kemudiannya telah mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar mereka sendiri kerana antara sebabnya mereka merasakan Dato’ Muhammad Nasir adalah pilihan BN dan bukan kehendak Parti PAS. Muhammad Nasir tumbang dan berlaku rusuhan di Kota Bharu. Dharurat kemudiannya diisytiharkan.

PAS kemudiannya disingkirkan daripada BN.

PAS berusaha mencadangkan nama baru untuk jawatan Menteri Besar sebaliknya permohonan mereka di tolak dan satu pilihanraya negeri di panggil pada tahun 1978.

Didalam pilihanraya 1978, UMNO telah habis-habisan menggunakan isu pemberian kontrak balak sebagai bukti bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Keputusan pilihanraya itu cukup menyedihkan bila PAS hanya tinggal 2 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Menteri Besar baru, Tan Sri Muhammad Yaacob diangkat mewakili Barisan Nasional. Saya dimaklumkan satu rundingan diadakan diantara Kerajaan Negeri Kelantan ketika itu dengan Timbermine Sdn Bhd yang melibatkan tanah yang kemudiannya diberi kepada Kerajaan Persekutuan untuk dimajukan oleh KESEDAR. Pihak Kerajaan Negeri membayar sejumlah pampasan untuk kepada Timbermine Sdn Bhd bagi kawasan tersebut.

Berhubung senario dan isu-isu menyelubungi insiden tahun 1964 hingga 1978, saya amat berharap sahabat saya, Sdr. Hj. Hydzelan dapat berkongsi dengan kita di ruang blognya kerana saya tahu beliau mempunyai maklumat-maklumat yang tepat disamping boleh menghubungi sumber-sumber kredibel, apatah lagi ayahandanya adalah salah seorang ADUN sewaktu tempoh 1974 hingga DUN Kelantan di gantung.

Manakala berhubung berhubung fakta dan rentetan kejadian demi kejadian diantara Timbermine Sdn Bhd dengan Kerajaan Negeri Kelantan adalah diharap pihak Kerajaan Negeri ataupun pihak Timbermine Sdn Bhd sendiri dapat mengemukakannya. Rakyat Kelantan sudah pasti ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi dan lebih penting bagaimana tanah sebegitu luas di berikan kepada pihak swasta.

Semoga rakyat Kelantan dapat mengambil iktibar dari sejarah ini. Bajet tahunan Kerajaan Negeri adalah sekitar RM400 juta sahaja setahun. Perintah bayaran pampasan berjumlah RM800 juta adalah bersamaan 2 tahun bajet Kerajaan Negeri.

Kalaupun rayuan diterima dan tetapi Kelantan tetap diarah membayar pampasan dengan jumlah pampasan dikurangkan kepada RM200 juta, ia masih jumlah yang amat-amat besar bagi sebuah negeri seperti Kelantan. Dengan defisit terkumpul yang dikatakan hampir mencecah RM1 Billion, apakah Kelantan diambang kemuflisan?

Saya berharap apapun tindakan Kerajaan Negeri ianya tidak akan bersandarkan keputusan yang diusulkan oleh mesyuarat meja bulat di kediaman peribadi Menteri Besar di Pulau Melaka.

sumber: kickdefella

Setiap Minit Dapat Duit !!

Penawar Resdung, Buasir dan Ubat Mata, Klik Sini!!

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kini DiBongkar!!

Ubat Mata Qurrotaaini!!

Hosting Murah!! RM65/Year,2GB Space,25GB Bandwidth!

Letak Iklan Anda Di Sini

Indonesia: Ibarat Melepas Anjing Tersepit
Ibarat melepaskan ‘anjing’ tersepit!

1. TINDAKAN segelintir rakyat Indonesia, ibarat ‘melepaskan‘anjing yang tersepit, sesudah lepas dia menggigit’. Walaupun ia membabitkan sebilangan kecil mereka yang ‘bodoh sombong’ namun perkara sedemikian tidak wajar berlaku apatah lagi di saat negara mereka dilanda bencana.

2. Agak melucukan melihat gelagat penduduk yang bertekad untuk berangkat ke Malaysia kononnya untuk berperang sedangkan tambang untuk ke Malaysia pun belum tentu mampu dibayar. Keluhuran dan keikhlasan Malaysia menghulurkan bantuan tidak disambut dengan hati yang terbuka, sebaliknya pesawat bantuan angkatan tentera disambut dengan balingan batu oleh sebilangan rakyat Indonesia yang tidak tahu erti berbudi, susu yang kita bagi tuba yang dibalas.

3. Rakyat Indonesia perlu membuka mata seluas-luasnya untuk menerima hakikat bahawa jangkaan beribu-ribu orang telah terbunuh manakala lebih 100,000 buah rumah musnah sama sekali akibat gempa bumi yang melanda Sumatera, Rabu minggu lalu.

4. Media Indonesia juga perlu ‘celik’ berita dan fakta bahawa Malaysia telah memainkan peranan yang amat besar dalam membantu Indonesia. Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Mercy Malaysia misalnya telah menghantar ramai anggota perubatan untuk membantu mangsa gempa bumi.

5. Kita percaya banyak pihak di Malaysia akan tampil untuk membantu rakyat di Indonesia tanpa memikirkan apa yang diperlakukan terhadap kita kerana rasa kemanusiaan mengatasi pertimbangan emosi rakyat Indonesia.

6. Walaupun terdapat hanya beberapa kerat penduduk yang ‘bodoh sombong’ kononnya ingin menyerang kedutaan Malaysia dan Malaysia, perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan Indonesia. Media Indonesia tidak harus sama sekali menyiarkan berita tersebut seolah-olah menyimbah minyak petrol ke dalam api yang kecil sedangkan sebilangan besar rakyat Indonesia di Padang amat memerlukan bantuan dari Malaysia sebagai jiran yang paling dekat dan akrab.

7. Media dan rakyat Indonesia perlu bersyukur kerana hati orang Malaysia begitu murni untuk membantu. Semua bantuan yang dihulurkan atas dasar semangat 1 rumpun, 1 rantau, semangat setiakawan dan semangat kejiranan serta berlandaskan hubungan sesama manusia. Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya.

8. Kita mungkin boleh sedikit berlapang dada dengan adanya sebilangan rakyat Indonesia yang menzahirkan ucapan terima kasih dan mengakui bahawa mereka selama ini salah tanggapan kerana dipesongkan oleh fahaman songsang tentang keluhuran rakyat Malaysia.

9. Ini bukanlah kali pertama Malaysia membantu rakyat Indonesia, mereka tidak sepatutnya lupa bencana tsunami yang melanda Aceh satu ketika dulu. Namun ibarat kacang lupakan kulit, budi yang kita tabur dilupakan walaupun di saat rakyat mereka berada dalam kesusahan.

10. Bendera Malaysia yang dibakar walaupun cetakan internet boleh menaikkan api kemarahan rakyat Malaysia. Perkara ini sepatutnya disedari oleh media, rakyat dan pemerintah Indonesia. Akal yang waras pastinya tidak dapat menerima gelagat mereka, dalam suasana sebilangan besar rakyat senegara menderita sengsara kehilangan ahli keluarga dan tempat tinggal.

11. Rakyat Indonesia perlu sedar bahawa Malaysia dan Indonesia adalah 1 rumpun dan 1 rantau serta saling memerlukan antara satu sama lain. Gagasan inilah yang direncanakan oleh Perdana Menteri untuk mencapai matlamat keamanan sejagat.

12. Dalam keadaan Sumatera masih bersedih akibat gempa bumi, mereka di Indonesia tidak seharusnya memikirkan isu remeh yang menampakkan seolah-olah mereka ‘membodohkan’ diri menolak bantuan dengan memusuhi orang yang ingin membantu kita.

13. Media Indonesia perlu melupakan sejenak agenda ‘politik peribadi’, mereka perlu mendidik segelintir rakyat yang masih berada di dalam ‘tempurung’ untuk keluar melihat kebenaran yang berlaku dan menyaksikan keikhlasan, kemurnian, ketelusan, ketabahan, keberanian, kegigihan serta pengorbanan rakyat Malaysia menggadaikan nyawa meninggalkan keluarga tercinta untuk membantu rakyat Indonesia.

14. Walaupun pemberian kita ikhlas tanpa mengharapkan balasan, cukuplah sekadar berterima kasih dan menghargai keikhlasan yang dihulurkan bukannya menyerang membuta tuli orang yang berbudi.

15. Kalau di Malaysia kita sudah tertanam dengan sikap mengenang jasa orang yang berbudi, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Di Indonesia barangkali mereka tidak punya peribahasa sebegitu sebab itulah mungkin rakyatnya bersikap kurang bahasa? – UM

Suara Politik,

Taminsari

sumber:belantan.blogspot.com

Kamasutra Bergambar Bahasa Melayu!!

Rahsia Puaskan Isteri, Praktikkan Malam Ini Juga!

Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kini DiBongkar!!

Petua Memuaskan Isteri (Dewasa Sahaja)

Letak Iklan Anda Di Sini

16 produk plum, prun diharamkan
16 produk plum, prun diharamkan

KUALA LUMPUR – Kerajaan semalam mengharamkan 16 jenama produk buah kering yang diimport dari China, Taiwan dan beberapa negara Asia kerana mengandungi logam plumbum melebihi paras yang dibenarkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, produk buah kering antaranya plum dan prun itu mengandungi paras plumbum yang agak tinggi iaitu antara 0.11 dan 30.3 bahagian sejuta (ppm) atau miligram (mg)/kilogram (kg).

Beliau berkata, paras plumbum yang ditetapkan di negara ini ialah dua bahagian sejuta ppm atau mg/kg di bawah Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan jika kandungan logam melebihi paras tersebut, tindakan undang-undang akan dikenakan.

“Mana-mana pihak yang terlibat, jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 13(1), Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Kementerian Kesihatan 2009 di sini.

sumber:kosmo