Koleksi Terbaik » Kesihatan

Khas Utk Kaum Lelaki :- Ereksi Petunjuk Kesihatan
Ereksi Petunjuk Kesihatan

Oleh SYALMIZI HAMID

syalmizi.hamid[@]kosmo.com.my

SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi.

“Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat,” kata Teng Aik.

Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.

Jelas Teng Aik, pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah.

PASANGAN yang memiliki kualiti ereksi berasa lebih gembira dan yakin.

Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi.

“Penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan menyebabkan masalah mati pucuk.

Tahap

“Sebenarnya dalam tempoh tiga tahun selepas masalah mati pucuk dikesan, pesakit berisiko mendapat penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung selain diabetes dan obesiti.

“Merokok dan amalan sedentari atau gaya hidup tidak aktif turut memberi kesan kepada kemerosotan kekuatan ereksi zakar.

“Apa yang ramai orang tidak sedar adalah kualiti ereksi rendah merupakan petanda awal kepada penyakit jantung,” kata Teng Aik.

Terdapat empat tahap ereksi iaitu mati pucuk teruk, mati pucuk sederhana, ereksi separa optima dan ereksi optima.

ZAKAR akan menegang jika kedua-dua tisu korpus kavernosum dipenuhi darah.

Bagaimanapun, tahap tiga dan empat iaitu ereksi separa optima dan ereksi optima sahaja yang mampu untuk melakukan penetrasi dan menjayakan hubungan seksual.

Menurut Teng Aik, biarpun kedua-dua tahap itu mampu menyumbang kepada kejayaan aktiviti seksual, namun kesannya menunjukkan perbezaan yang ketara.

“Jelas sekali bahawa ereksi separa optimum boleh membawa kekecewaan dalam kepuasan seksual buat seorang lelaki. Zakar tidak menegang sepenuhnya walaupun ia berkeupayaan untuk melakukan penetrasi.

“Risiko untuk mendapat penyakit jantung iskemik bagi mereka yang menghadapi masalah ereksi tahap tiga adalah lebih tinggi berbanding mereka di tahap empat kerana faktor ketidakpuasan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Pensyarah Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Low Wah Yun berkata, tahap ereksi yang rendah mampu menjejaskan emosi dan psikologi kedua-dua pasangan.

Seorang lelaki akan berasa lebih yakin kerana keperluan emosi dan psikologinya dicapai melalui hubungan seksual.

“Sekiranya memenuhi keperluan seksual, pasangan mereka akan rasa lebih disayangi. Sebanyak 93 peratus lelaki dan 83 peratus wanita memilih kekuatan dan ketegangan zakar sebagai faktor yang memberi kepuasan seksual,” ujar Wah Yun.

Wah Yun menjelaskan, usia tidak mempunyai kaitan dengan tahap ereksi zakar.

Gangguan kepada keupayaan tersebut yang dialami oleh mereka yang berusia emas adalah dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular yang dihidapi.

“Tidak kisah tua atau muda, kesemua mereka masih boleh berereksi sekiranya tiada gangguan pada zakar,” kata Wah Yun.

Terapi Kambing
TERAPI KAMBING

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut:

1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).

2. Kolestrol daging lembu dan ayam.

3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.

4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.

5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.

6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.

7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.

8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar).

Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger.

Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing.

Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit..

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari.

Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari. Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang . Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih s ayang .

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira.

Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang . Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Khasiat Dan Kebaikan Halba
Khasiat dan Kebaikan Halba

Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda :

‘ Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ‘(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.  Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

‘ Gunakanlah Halba sebagai ubat’( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk

- Melancarkan haid

- Menghilangkan kembung,sebu dan senak

- Pencuci perut

- Menguatkan jantung

- Menghilangkan lender tekak

- Melegakan sakit kepala/ migraine

- Membuang angin

- Menyembuhkan buasir

- Senggugut

- Merangsang rahim

- Kegemukan

- Kurang berat badan

- Mengawal kencing manis

- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu

- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah

- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh

- kecergasan

- kekuatan badan

- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu

- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT Halba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.

Sila edarkan risalah ini semoga ada manafaat kepada orang ramai yang berpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya.  InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua..

Diabetes Sebabkan Mati Mengejut
Diabetes Sebabkan Mati Mengejut

Oleh SYALMIZI HAMID

BERAT badan berlebihan menjadi punca utama masalah diabetes di Malaysia.

KEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008 memeranjatkan ramai orang.

Tidak terkecuali Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom, 50, dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, pada tahun 2009.

Kesemua mereka meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.

Biarpun begitu, petanda awal kepada serangan jantung itu sudah diduga kerana masing-masing merupakan penghidap diabetes.

Perkara tersebut diakui oleh Ketua Endikronologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Nor Azmi Kamaruddin.

Jelas Nor Azmi, selain daripada kesan fizikal seperti gangren iaitu anggota tubuh mati atau membusuk akibat diabetes, penyakit itu juga menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain.

“Ramai orang yang hanya mengaitkan diabetes dengan kesan buruk yang berakhir dengan kaki pesakit terpaksa dipotong. Namun, hakikatnya ia boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi buah pinggang, katarak mata, sakit jantung dan serangan angin ahmar,” kata Nor Azmi.

Menurut kajian di Amerika Syarikat, sakit jantung yang berpunca daripada diabetes merupakan sebab utama kematian di negara itu iaitu sebanyak 55 peratus. Sebanyak 10 peratus pula kematian disebabkan angin ahmar yang berpunca daripada diabetes.

AMALAN pengambilan makanan seimbang boleh mencegah penyakit diabetes.

Obesiti

“Statistik itu hampir sama jika dibandingkan dengan pesakit di Malaysia.

“Justeru anda seharusnya mengambil langkah yang penting bagi mengelakkan kedua-dua penyakit yang boleh meragut nyawa itu,” katanya ketika membentangkan hasil kaji selidik pesakit diabetes PPUKM di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam kaji selidik tersebut, pihaknya mendapati majoriti penghidap penyakit itu terdiri daripada mereka yang mengalami obesiti.

Perkara itu dibuktikan apabila 62 peratus responden dalam kajian tersebut adalah terdiri mereka yang mengalami obesiti ketika pertama kali didiagnosis dengan diabetes.

“Pesakit yang mengalami obesiti dan berat badan berlebihan mempunyai risiko yang besar dalam menyebabkan komplikasi penyakit diabetes.

“Justeru perkara utama yang perlu dilakukan bagi mengelakkan penyakit jantung dan angin ahmar serta penyakit bahaya lain yang disebabkan oleh penyakit diabetes adalah dengan mengawal berat badan,” katanya lagi.

Kebimbangan terhadap penularan penyakit tersebut perlu diambil kira kerana kira-kira seorang daripada tujuh rakyat Malaysia merupakan penghidap diabetes.

GANGREN atau kematian sel sering dikaitkan dengan kesan penyakit diabetes.

Tambah Nor Amin, kaedah utama untuk menjauhkan diri daripada masalah diabetes adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Bukan sahaja dengan mengawal makanan yang diambil bahkan bersenam sebagai kaedah pencegahan.

“Jika kita mengubah gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sekarang, ini bermakna statistik obesiti dan penyakit diabetes di negara ini akan menurun dalam tempoh 20 tahun lagi.

“Memang payah untuk mengurangkan berat badan dan mengawal diabetes. Tetapi dengan kaunseling yang betul dan intervensi gaya hidup, hal ini boleh diatasi,” katanya.

Jelas Nor Azman lagi, ibu bapa seharusnya peka terhadap masalah obesiti dalam kalangan anak-anak kerana masalah obesiti di peringkat umur tersebut sukar dikawal kerana faktor perkembangan sel.

Berbeza pula seseorang yang mengalami kegemukan pada usia dewasa kerana ia kurang melibatkan penghasilan sel lemak baharu.

“Kegemukan pada usia kanak-kanak melibatkan penghasilan sel. Justeru adalah begitu sukar untuk mengurangkan berat badan mereka.

“Berbeza pula bagi golongan dewasa kerana kegemukan berlaku akibat pembesaran saiz sel tersebut dan lebih mudah untuk menurunkan berat badan,” tutur Nor Azmi.

Mengelakkan Jadi Pelupa
Mengelakkan Jadi Pelupa

Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa:

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.

2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.

3. Tidur awal bangun awal.

4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu.

5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam.

6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging.

7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.

8. Buat stretching bila bangun dari tidur.

9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut .

10. Elakkan lihat kemaluan dan najis.

11. Baca Qoran dan cuba menghafal setiap hari.

12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy ).

13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).

14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar.

15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.

16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.

17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umurpun panjang. Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan side effect.

Duit tu boleh beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah pada anak-anak yatim.

sumber: email

Teknik Mengurus Stress
Teknik Mengurus Stress

Apa itu stress/tekanan ?

Tindak balas seseorang terhadap sesuatu masalah yang di hadapi dalam kehidupan.

Apakah antara punca-punca Stress/Tekanan ???

Sifat peribadi

1. Mementingkan kesempurnaan & terlalu cerewet.

2. Bercita-cita tinggi.

3. Bersikap buruk sangka, mengumpat, bergaduh dan mengadu domba.

4. Pemarah dan terlalu tegas.

5. Pendiam dan sering memendam perasaan.

6. Kekecewaan dan kegagalan.

7. kesunyiaan dan kehilanggan.

Keluarga

1. Karenah pasangan/ ibubapa/ anak2.

2. Campur tangan org ketiga.

3. Kurang berkomunikasi.

4. Masalah kewangan.

Tempat Kerja

1. Tugas yg berat.

2. Ketua yg cerewet.

3. Masalah org bawahan.

4. Membuat keputusan.

5. Huraian tugas yg kabur.

6. Masalah rakan sekerja.

7. Persekitaran tempat kerja.

Bahan Kimia

1. Pengambilan ubat-ubatan.

2. Dadah.

3. Alkohol.

Apakah Kesan-Kesan Strees/Tekanan ???

Masalah kesihatan

Sakit kepala,

Sakit belakang,

Penyakit kulit,

Darah tinggi,

Sembelit.

Konflik Diri

Putus asa,pesimis,sedih

Membenci org lain,kecewa

Merasa diri di benci, cepat letih,

Buruk sangka, dan

Tidak berdaya membuat keputusan.

Memperbaiki Kelemahan

Melahirkan daya kreatif.

Meningkatkan keyakinan diri, dpt muhasabah diri.

Meningkatkan prestasi.

Mematangkan fikiran, dan

lebih bertanggungjawab dan membaiki kelemahan.

Tips Mengurus StressTekanan

1. Kenalpastis masalah yg menyebabkan anda stress.

2. Kenalpasti dan ambil langkah mengatasi stress.

3. Tidak putus asa dengan usaha yg dilakukan.

4. Jangan menyalahkan org lain ini akan meningkatkan stress.

5. Meluahkan perasaan kepada kaunselor atau org yg dipercayai.

6. Memupuk, mendisplinkan diri- bersikap jujur pada diri sendiri dan mengakui kesilapan dan kelemahan diri.

7. Menjauhi dari org yg boleh mnyebabkan anda stress.

8. Berkawan dgn org yang berfikiran positif.

9. Berpegang kepada landasan ” bukan semua matlamat berhasil dgn sempurna”.

10. Bersikap optimis – berfikiran positif dlm melaksanakan sesuatu pekerjaan.

11. Jaga kesihatan mental dan fizikal anda.

12. Rancang cuti anda agar dpt merehatkan diri.

13. Amalkan cara hidup sihat – jaga diet anda.

14. Berpegang teguh pada ajaran agama, ia akn memberi ketenangan dan kedamaian.

Adakah anda tahu cara-cara mengurus Strees/ Tekanan ???

1. Rehatkan diri anda mengikut keselesaan anda.

2. meditasi.

3. Mendengar muzik atau beriadah.

4. Gunakan teknik aromatherapy – wangian.

5. Lakukan senaman dan urutan pada leher serta bahu.

6. Luahkan perasaan kepada seseorang yg memahami anda.

7. Maafkan kesalahan org yg menyebabakan anda stress.

8. Pastikan anda sentiasa senyum dan ceria.

9. Genggam jari jemari anda dgn kuat dan buka genggaman serentak dgn menghembus nafas.

10. Kunjunggi tempat-tempat yg menarik.

11. Perbanyakan minum air kosong/ mineral atau suam.

12. Makan makanan yg mengandungi vitamain c.

13. Menaggis utk menstabilkan emosi.

14. Perbanyakkan aktiviti keagamaan.

P/S : RISALAH INI HANYA SEBAGAI PANDUAN SAHAJA. ANDA ADALAH DINASIHATKAN UTK MENDAPATKAN NASIHAT PAKAR SEBELUM MENGAMBIL TINDAKAN .

SUMBER : JABATAN PEMBANGUNAN WANITA KEM. PEM. WANITA KELUARGA & MASYARAKAT.

Makanan Yang Tidak Boleh Digabung Dengan Ubat
Makanan Yang Tidak Boleh Digabung Dengan Ubat

Makanan memang menjadi sumber energi yang penting bagi tubuh. Tapi beberapa makanan diketahui boleh menimbulkan interaksi dengan ubat tertentu. Ketahui makanan apakah yang tidak boleh digabung dengan ubat.

“Kuncinya adalah tidak mengubah secara drastik pola makan saat minum ubat tertentu, tapi tanyakan pada dokter mengenai potensi interaksi yang mungkin terjadi,” ujar Dr jane Alder, pensyarah farmakologi dari University of Central Lancashire, seperti dikutip dari Dailymail, Selasa (17/5/2011).

Dr Alder akan menjelaskan beberapa makanan yang sebaiknya tidak digabungkan dengan ubat tertentu karena boleh membuat ubat jadi tidak berguna atau justru berbahaya yaitu:

Jus buah

Grapefruit mengandung senyawa yang disebut dengan furanokumarin yang boleh mencegah enzim dalam usus untuk menjaga benda asing tetap berada di luar, sehingga tidak bekerja secara optimal. Keadaan ini akan membuat lebih banyak ubat yang diserap sehingga keberkesannya boleh 2-3 kali ganda dari dos yang dianjurkan.

Sebaiknya tidak mencampur jus grapefruit dengan ubat untuk mengubati irama jantung abnormal, antidepresan, antihistamin (ubat alergik), statin dan ubat anti kejang. Sedangkan jus cranberry dan jus delima boleh memperlambat kecepatan hati untuk memecah pencairan darah ubat dan pada ubat antidepresan boleh menyebabkan penurunan keberkesanan ubat.

Makanan produk susu

Kalsium dalam susu boleh mengikat tetrasiklik dan minosiklik dari antibiotik. Jika kandungan antibiotik ini digabung dengan mineral akan membuatnya tidak larut dalam usus sehingga tidak diserap oleh tubuh. Mengambil susu setengah liter boleh mengurangi keberkesanan antibiotik hingga 80 persen. Kalsium juga boleh mengganggu penyerapan ubat osteoporosis. Hindari minum susu dalam waktu 2 jam sebelum minum ubat.

Makanan fermentasi

Makanan hasil fermentasi seperti keju yang mengandung tyramine dalam kepekatan tinggi boleh  menyebabkan ‘sindrom keju’. Tyramine akan bereaksi dengan ubat antidepresan yang disebut monoamine oxidase inhibitor (MAOIs) dengan mencegah enzim yang berfungsi mencerna senyawa. Keadaan ini akan mengakibatkan tekanan darah tinggi yang berbahaya.

Daging panggang

Penderita asma harus menghindari daging panggang karena kandungan karbonnya boleh  membentuk senyawa yang mencegah ubat asma dengan teofilinn bekerja secara optimal. Selain itu karbon ini juga boleh memicu serangan asma meskipun sudah mengambil obat.

Sayuran hijau

sebagian besar sayuran hijau termasuk bayam, kobis dan teh hijau mengandung kadar vitamin K yang tinggi dan boleh memicu pembekuan darah. Jika diambil dengan ubat pencair darah akan membuatnya menjadi tidak berguna.

Makanan berserat

Makanan yang tinggi serat boleh memperlambat penyebaran banyak ubat termasuk digoxin yang digunakan untuk mengatur detak jantung tidak teratur, ubat diabetes metformin dan mencegah penyerapan ubat penurun kolesterol statin. Tapi bukan berarti makanan berserat harus dihilangkan dari menu makanan, tapi hindari mengambilnya dalam waktu 2 jam sebelum minum ubat.

semoga bermanfaat..

Lelaki lebih terdedah pada diabetes jenis 2
Lelaki lebih terdedah pada diabetes jenis 2

SEORANG pengkaji dari Universiti Glasgow, Scotland, Profesor Naveed Sattar berkata lelaki lebih terdedah kepada penyakit diabetes jenis 2 berbanding wanita disebabkan faktor biologi dan pemakanan.

Kenyataannya itu berdasarkan kajian terhadap 51,290 lelaki dan 43,137 wanita di Scotland dengan mengambil kira berat badan, faktor kegemukan serta indeks jisim badan (BMI) mereka.

Kata Sattar dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Diabetologia itu, kebanyakan lemak lelaki tersimpan di dalam organ seperti limpa dan buah pinggang manakala wanita di pinggul dan muka.

LELAKI lebih terdedah dengan diabetes peringkat 2 kerana faktor biologi dan pemakanan.

Diabetes jenis 2 terjadi disebabkan terlalu banyak gula dalam badan hingga merosakkan buah pinggang dan organ lain.

Katanya lagi, penyakit itu dapat dicegah dengan mengurangkan berat badan berlebihan, makan makanan yang sihat dan seimbang selain selalu bersenam

5 Langkah Untuk Meningkatkan Kadar Metabolisme Badan.
5 Langkah Untuk Meningkatkan Kadar Metabolisme Badan.

1.Memakan Secara Lebih Kerap

Anda perlu makan secara sedikit tetapi kerap. Kekerapan yang sesuai adalah 5-6 kali sehari. Ini akan membuatkan anda sentiasa fikir yang anda sentiasa kenyang disebabkan banyak kali makan. Ini akan membuatkan kadar metabolisme badan anda meningkat disenbabkan proses penghadaman anda sentiasa berjalan berbanding dengan hanya 3 makan berat dalam sehai.

Dianggarkan sebanyak 10% daripada Kalori yang diambil dalam pemakanan anda akan digunakan untuk proses pencernaan dan penyerapan makanan. Kesimpulannya, semakin kerap anda makan, semakin meningkat kadar metabolisme anda.

2.Memakan Makanan Yang Pedas

Makanan yang peddas mengandingi capsaicin yang mana akan meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 50% dalam tempoh 3 jam selepas makan. Ini adalah disebabkan juga oleh meningkatnya kadar degupan jantung.

3.Memakan Ikan

Dengan hanya memakan ikan, anda berupaya untuk membakar hingga 400 kalori makanan. Protein dalam makanan menyebabkan badan anda terpaksa meggunakan kalori yang banyak untuk mencernakannya. Selain itu juga, kandungan Omega-3 dalam ikan juga amat bagus untuk jantung anda.

4.Memakam makan yang Berunsurkan Fiber

Makanan yang berunsurkan fiber akan menyebabkan badan anda banyak menggunakan kalori untuk mencernakannya.

Beberapa fakta penting berkenaan fiber dan kalori adalah:

a)Untuk sesetengan makanan yang mengandungi fiber, badan memerlukan lebih ataupun hamper sama kalori untuk mencernakan makanan tersebut.

b)Sayuran yang mempunyai daun hijau yang gelap adalah sumber fiber yang bagus. Selain itu, buahan yang dikeringkan juga adalah merupakan sumber fiber yang sangat bagus. Contohnya adalah Aduki, Fava beans, whole wheat, pasta, raspberries, bran dan barli.

c)Gunakan air yang secukuonya bila memakan makanan yang berunsurkan fiber. Jika tidak, fiber akan mengumpulkan air dan nutrient lain dalam badan anda.

5. Meminum air yang secukupnya.

Meminum air yg secukupnya akan membolehkan badan anda bekerja seo ptimum yang mungkin. Bila proses pencernaan berlaku semaksimum mungkin , tubuh anda akan menggunakan banyak kalori.

Anda boleh mencampurkan sepotong lemon dalam air anda bagi memverikan sedikit rasa.

Sindrom Mengantuk Melampau
Mengapa Selalu Mengantuk Di Siang Hari

Saya menegur seorang rakan yang memesan secawan lagi Nescaffe setelah baru menghabiskan secawan. Saya cuba menduganya. “Dalam satu hari berapa cawan minum nes?”

“Saya tidak merokok doktor. Jadi saya minum nescaffe ini untuk hilangkan rasa mengantuk”

“Teruk sangat ke rasa mengantuk?”

“Mana tak teruk, doktor. Kadangkala rasa berat je kelopak mata ini. Tak boleh buka mata langsung. Pernah sekali hampir berlaku kemalangan jalanraya kerana terlalu mengantuk. Satu ketika pula, saya tertidur bila berhenti di simpang lampu isyarat. Saya terjaga bila terdengar bunyi hon kuat dari kereta di belakang”

Saya mengangguk-angguk kepala. Saya percaya bahawa keadaan rakan saya ini memang teruk. Keadaannya dinamakan sebagai “hypersomnia”.

Mengikut penulisan bertajuk “Hypersomnia — causes, adults, drug, person, people, used, effect, Definition, Description, Causes and symptoms, Demographics, Diagnosis, Treatments, Prognosis”, oleh laman web Minddisorders.com (ditulis pada 15 februari 1999), keluhan biasa yang selalu diadukan ialah rasa sangat mengantuk di siang hari walaupun telah cukup tidur di malam hari melebihi 8 jam. Mereka juga rasa sukar untuk bangun pagi.

Akibat rasa mengantuk, mereka akan rasa mudah marah, rasa tidak bertenaga, lambat berfikir, ada kalanya rasa tiada selera makan (dia lebih suka tidur daripada mengisi perutnya), daya ingatan yang terjejas, tidak dapat memberi fokus pada pekerjaan dan ada kalanya ‘melihat perkara yang ganjil’ (hallucinations).

Biasanya masalah ini dihadapi oleh remaja atau lelaki yang berusia 20an. Jika tidak dirawat, mereka mungkin akan menghadapi masalah ini berbulan-bulan lamanya, malah bertahun-tahun. Ada juga sembuh dari masalah ini dengan sendirinya namun ia berulang.

Oleh itu pemeriksaan oleh doktor perlulah dilakukan, kerana terdapat penyakit saraf yang dinamakan *Kleine-Levin Syndrome*(PLS) yang memerlukan rawatan khas kerana penghidapnya akan menghadapi masalah mengantuk secara melampau.

Pesakit PLS hanya bangun untuk makan dan ke bilik air saja. Ketika dia dalam keadaan jaga, sifat dan perangainya menjadi liar dan menyusahkan orang di sekeliling.

Hypersomnia juga tanda-tanda bagi masalah yang lain seperti *narcolepsy* atau *sleep apnea*. Narcolepsy ialah masalah mengantuk yang dihadapi oleh seseorang akibat kerosakan saraf di otaknya akibat kekurangan protein hypocretin. Sleep apnea pula adalah keadaan di mana seseorang itu berdengkur ketika tidur di waktu malam, sehingga menyebabkan pernafasannya terhenti untuk beberapa saat.

Hypersomnia juga harus dibezakan dengan keadaan di mana seseorang merasa mengantuk akibat tidurnya terganggu (sebagai contoh menjaga anaknya yang sakit) atau disebabkan tidak tidur malam (kerana bertugas sebaga polis yang berkawal di waktu malam) atau rasa terlalu penat akibat melakukan banyak kerja yang melibat fizikal atau mental. Rasa mengantuk sebegini dikira normal.

“Mata saya tidak dapat dibuka selepas makan tengah hari. Walaupun saya sudah tidur sebentar, namun rasa macam tidak puas”

“Doktor, suami saya itu sudah tahap kronik. Kadangkala ketika kami sedang berbual-bual dia boleh tertidur..”

Rungutan di atas adalah tanda-tanda seseorang itu mengalami hypersomnia. Mereka merasa mengantuk ketika bertugas, ketika makan, ketika berbual-bual dengan rakan-rakan dan dalam mesyuarat. Tidur sebentar (nap) tidak akan dapat membantu mereka rasa segar dari rasa mengantuk.

Jadi bagaimana hendak memastikan bahawa hypersomnia yang dialami bukanlah penyakit yang bahaya? Tidak lain, dengan menjalani pemeriksaan klinikal dan makmal oleh doktor.

Pemeriksaan doktor akan membezakan sama ada hypersomnia ini disebabkan oleh keadaan yang biasa atau keadaan yang agak merbahaya.

Ini kerana hypersomnia juga boleh disebabkan oleh kerosakan saraf dalam otak atau masalah kemurungan yang agak kronik, dan kepekatan toksik urea dalam darah terlalu tinggi (uremia).

Menurut National Sleep Foundation United State of America, hypersomnia juga boleh disebabkan oleh fibromyalgia. Yang menariknya, kesakitan otot akibat fibromyalgia akan berkurang dengan ‘rawatan’ tidur berlebihan.

Doktor juga akan bertanya jika pesakit sedang mengambil apa-apa rawatan untuk kemurungan (depression), yang selalunya mempunyai kesan sampingan iaitu rasa mengantuk keterlaluan.

Pesakit yang pernah mengalami kecederaan kepala yang melibat otak juga boleh mendapat masalah yang sama. Selain itu penyakit saraf multiple sclerosis juga akan menyebabkan saraf akan menjadi rosak. Pesakit biasanya mengalami keletihan dan rasa sangat mengantuk.

Orang yang bersaiz obese juga mudah mengalami masalah yang sama. Banyak kajian menunjukkan jika seseorang mula melakukan riadah dan dapat mengurangkan berat badannya, masalah hypersomnia ini akan dapat dirawat tanpa sebarang ubat.

Dan ramai juga tidak menyedari yang mereka menghadapi masalah kelenjar tiroid. Hormon thyroid amat penting bagi metabolisma tubuh dan memberikan tenaga pada badan. Jika mereka menghadapi kekurangan hormone thyroid (hypothyroidism), masalah yang mula mereka rasakan ialah rasa cepat letih dan rasa sangat mengantuk di siang hari.

Selain itu, diabetes mellitus dan hypercholestrolemia juga menyebabkan penghidapnya menjadi sangat letih dan mudah merasa mengantuk. Adakalanya pantang letakkan kepala di atas bantal, mereka akan terus tidur. Tidak hairanlah jika mereka merasa terlalu penat ketika sampai di rumah dan terus melelapkan mata ketika di kerusi sofa.

Jadi jika kita mendapati diri kita selalu mengantuk di siang hari walaupun telah mendapat cukup tidur, haruslah menjalani pemeriksaan. Rasa mengantuk itu mungkin  disebabkan oleh penyakit yang lebih merbahaya. Amalkanlah ayat-ayat Ruqyah agar Allah melindungi kita dari musibah penyakit-penyakit yang kita sendiri tidak mampu hadapi.

Walllahu a’lam