Koleksi Terbaik » Kewangan

Hutang Galak Kekufuran
Hutang Galak Kekufuran

1. KEADAAN umat Islam semakin memilukan apabila aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini. Ia mungkin tidak pelik bagi yang tidak berkemampuan, tetapi menjadi kaedah dan teknik terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.

2. Maka lahirlah ramai individu yang mampu membuat pembayaran secara tunai tetapi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah, iaitu jika membayar secara tunai mereka akan rugi.  Ini satu fenomena kurang sihat, tapi dianggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat mengenai bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

3. Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramai peminjam enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta dan syarikat mereka hingga ada yang lebih rela diisytiharkan muflis asalkan tidak perlu membayar hutang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

4. Minggu ini, sama-sama kita pelajari pandangan Islam dalam hal hutang. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim, 6/38)

5. Lebih buruk lagi, ada individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana sabda Rasulullah: “Barang siapa meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya.” (Riwayat Al-Bukhari, 2/83)

6. Baginda kerap mengajar umat Islam supaya berdoa dilepaskan daripada hutang: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu baginda ditanya: “Mengapa engkau sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Riwayat Al-Bukhar, 1/214)

7. Ada juga dalam sebuah hadis lain, ertinya: “Ya Allah, aku berlindung daripada kekufuran dan hutang.” Mendengar itu, seseorang bertanya, “Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang, wahai Rasulullah?” “Benar,” jawab Rasulullah. (Riwayat An-Nasaie, 2/316; Ahmad 3/38; Al-Hakim berkata sahih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani: Dhoif)

Ini jelas aktiviti berhutang kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh.

Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan. Ia seperti berikut:

1. Kad kredit: Jauhkan diri daripada menggunakan kad kredit. Selain isu riba yang hampir dengan kad kredit, ia menggalakkan hutang secara berlebihan. Malah, jika seseorang ingin menggunakannya, dinasihatkan supaya digunakan untuk memudahkan urusan pada saat yang benar-benar terdesak. Adalah lebih baik menggunakan ‘charge card’ atau ‘debit card’ saja. Jauhkan diri daripada ketagihan penggunaan kad kredit.

2. Pinjaman peribadi: Ini satu lagi produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Perlu disedari, seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional diharamkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma hari ini, ada beberapa bank Islam dan perbankan Islam menawarkan pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam.

Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep ‘bai inah’ (jual dan beli semula antara dua pihak sama). Konsep ini sangat kontroversi dan ditolak kebanyakan ulama Timur Tengah, namun ia diterima ulama Malaysia dan Brunei.

Apapun, kebiasaannya kadar dikenakan tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang sangat mendesak perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.

3. Perumahan dan kereta: Dua item ini mungkin keperluan asas bagi kebanyakan individu. Bagi saya, seelok-eloknya hutang peribadi kita dihadkan kepada dua jenis ini saja. Itupun mesti menilai kemampuan kewangan dengan sebaik-baiknya supaya tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional disepakati haram oleh seluruh ulama dunia.

4. Umrah dan haji sunat (kali kedua): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan daripada segi fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanya sekali. Justeru, umat Islam perlu memahami keutamaan atau ‘awlawiyyat’ di dalam pengendalian wang peribadi.

Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukkan untuk ke umrah dan haji kali kedua lebih baik dan besar pahalanya jika disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi.

Malangnya, ketidakfahaman umat Islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

Tips Komunikasi Kewangan Suami Isteri
Tips Komunikasi Kewangan Suami Isteri

Percaya atau tidak, yang lebih menjamin kesejahteraan kewangan suami dan isteri adalah komunikasi. Banyak krisis yang berlaku dalam rumah tangga berpunca dari komunikasi mengenai topik kewangan yang tidak lancar.

Jika tidak mengapa yang sudah mempunyai rumah banglo & kereta mewah-mewah masih juga bercerai berai atau yang miskin tak cukup makan juga bercerai berai.

Apa yang menentukan kesejahteraan kewangan adalah perancangan kewangan ‘bersama’ yang sudah pastinya mediumnya adalah ‘komunikasi’ yang berkesan & terbuka.

PERANAN ISTERI

1. Nyatakan kepada suami pandangan anda mengenai wang dan minta dia juga melakukan hal yang sama.

2. Bincang tujuan kewangan yang ingin anda capai dan minta suami melakukan hal yang sama.

3. Selepas masing-masing tahu matlamat kewangan pasangan, buat keutamaan mengenai matlamat kewangan mana yang sebaik-baik dicapai dahulu oleh anda berdua.

4. Rancang cara untuk mencapai matlamat kewangan tersebut. Rancangan itu haruslah praktikal dan boleh dilaksanakan oleh kedua-duanya.

5. Tulis tindakan yang akan anda berdua ambil untuk melaksanakan rancangan tersebut. Misalnya anda akan melakukan ini, pasangan anda akan melakukan itu, sehingga anda berdua berjaya melaksanakan rancangan itu bersama.

6. Bincangkan cara terbaik untuk anda berdua mengendalikan urusan kewangan setiap hari.

7. Tentukan siapa di antara anda berdua yang akan membayar bil-bil atau belanja rutin setiap bulan.

8. Tentukan jumlah had pengeluaran yang boleh dilakukan oleh anda secara peribadi (tanpa perlu Tanya terlebih dahulu kepada pasangan anda)

9. Tentukan jenis pelaburan yang akan anda lakukan untuk jangka masa panjang.

10. Pastikan adakah wang masing-masing perlu disimpan dalam akaun bersama atau akaun masing-masing.

11. Menabunglah bersama-sama untuk masa depan, terutamanya apabila anda berdua tidak bekerja lagi.

12. Kerap berbincanglah mengenai rancangan yang sudah dijalankan. Nilai semula rancangan tersebut, sekurang-kurangnya setahun sekali untuk melihat samada anda berdua masih mempunyai matlamat kewangan yang sama dan adakah rancangan itu ada menunjukkan kemajuan dalam tempoh yang sudah ditetapka.

13. Peruntukkan waktu secara rutin untuk berbincang secara terbuka mengenai masalah kewangan yang anda hadapi dalam rumah tangga.

PERINGATAN UNTUK SUAMI

Untuk para suami, adakah anda jenis suami yang enggan memberitahu jumlah gaji sebenar kepada isteri? kalau ya, mungkin anda termasuk dalam golongan ini

1. Anda ego tak tentu pasal! Anda mungkin tidak ingin isteri tahu bahawa pendapatan anda tidak besar. Sedangkan anda tidak sedar ini dapat menyukarkan perancangan kewangan yang telus!

2. Anda juga mungkin tidak mahu isteri tahu bahawa pendapatan anda sememangnya besar.

3. Menganggap persoalan pendapatan adalah peribadi walaupun terhadap isteri sendiri! Ini bukan masalah gaji besar atau kecil tapi anda rasa “ Duit saya duit saya. Duit dia, duit Dia!”

Apabila suami isteri sudah mempunyai komunikasi kewangan yang baik, maka dengan sendirinya anda akan sukarela memberitahu berapa jumlah gaji anda setiap bulan!

FAEDAH

1. Suami isteri akan lebih bijak mengatur perbelanjaan keluarga kerana dia tahu HAD sebenar.

2. Komunikasi kewangan antara suami isteri pasti akan jadi lebih mudah kerana ia menunjukan anda cukup berfikiran TERBUKA. Keterbukaan adalah salah satu syarat terjalinnya komunikasi yang baik.

3. Salah seorang dapat bertindak sebagai pengimbang kerana masing-masing tahu had sebenar.

4. Kesusahan dapat dikongsi dengan baik kerana pasangan sudah mengamalkan sifat terbuka.

Jana Pendapatan Dari Rumah
Jana Pendapatan Dari Rumah

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

izyanliyana.darif[@]kosmo.com.my

RUTIN harian Siti Sumera Deyana Sukri, 26, sama seperti wanita bekerjaya yang lain. Seawal pukul 6 pagi dia mula sibuk menguruskan anak-anak dan menyediakan sarapan pagi.

Selepas menghantar anak sulungnya, Adam El-Badri Suhaidi Badri, 6, ke tadika dia bergegas pulang ke rumah kerana perlu bersiap-siap untuk ke pejabat.

“Tetapi perjalanan ke pejabat hanya mengambil masa tak sampai seminit pun memandangkan pejabat saya terletak di luar kamar saja (ketawa),” terang Siti Sumera Deyana atau mesra dengan panggilan Mea sambil menunjukkan pejabat mininya yang kemas dan menempatkan para-para kayu yang dipenuhi koleksi fabrik serta pakaian jualannya.

Jelas Mea, meskipun pejabatnya di dalam rumah, tetapi itu tidak bermakna dia bebas melakukan apa saja terutamanya dari aspek masa. Dia menyifatkan setiap detik begitu berharga dalam menentukan untung dan rugi penjualan produknya.

“Setiap hari tepat pukul 8 pagi saya mula bekerja. Tugasan pertama saya memeriksa senarai tempahan produk daripada pelanggan dan mengemaskini stok-stok terbaharu dalam blog.

“Kemudian saya beralih pula pada proses pembungkusan sebelum ke pejabat pos untuk proses penghantaran menggunakan perkhidmatan pos laju,” tutur Mea yang sempat melayan telatah dua permata hatinya walaupun sibuk mencatat senarai tempahan.

Selain ketepatan masa, Mea yang mengasaskan Mea Sukri Shoppe yang menjual pakaian secara dalam talian turut menitikberatkan soal penampilan diri dan pemakaian.

Jelas anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan tersebut: “Jika di pejabat pekerja berdisiplin mematuhi etika berpakaian, mengapa etika ini perlu dihapuskan apabila kita bertugas di rumah? Lagipun imej yang kemas dan cantik menyuntik semangat bekerja yang tinggi.

Berbicara tentang keputusannya bekerja di rumah, anak bongsu daripada dua adik-beradik itu memberitahu segala-segalanya selepas dia melahirkan anak pertama.

Tambah graduan Diploma Pengurusan Perniagaan, Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL): “Sewaktu menamatkan pengajian, usia anak saya baru saja mencecah setahun. Jadi, saya tak sampai hati keluar bekerja dan membiarkan si kecil dijaga pengasuh.

“Namun, saya akui duduk di rumah saja mengundang kebosanan. Sebab itu, saya meminta izin suami untuk berniaga menerusi internet dan segala perihal perniagaan dijalankan di rumah. Ini bermakna selain berniaga untuk membantu menjana pendapatan peribadi, saya juga dapat memberi tumpuan sepenuh masa kepada anak-anak.

Dalam pada itu, Mea turut menyatakan idea bekerja di rumah timbul hasil pembacaannya di internet mengenai topik konsep pejabat ringkas di rumah atau SOHO (Small Office Home Office). Dia mendapati kebanyakan wanita di negara-negara maju memperoleh pendapatan lumayan menerusi konsep kerja SOHO.

“Lagipun sekitar 2009, peluang pekerjaan di luar amat terhad gara-gara krisis ekonomi,” terang Mea yang merujuk kepada kegawatan ekonomi dunia yang mengakibatkan seramai 17,126 pekerja wanita di Malaysia hilang dan berhenti kerja.

SOHO 30 tahun

Tahun ini hampir tiga dekad terma SOHO digunakan. Sejak kehadiran teknologi canggih seperti komputer dan internet lewat 1990-an, negara maju dilihat semakin rancak mempraktikkan konsep SOHO. Kebiasaannya trend kerja itu menjadi pilihan individu atau syarikat yang menjalankan bisnes kecil-kecilan.

Lazimnya, konsep SOHO dipraktikkan kelompok individu yang menjalankan bidang perkhidmatan seperti perakaunan, perhubungan awam, penulisan, penterjemah atau pun konsultasi berkaitan kertas kerja bagi sesebuah syarikat.

Konsep SOHO dilihat bukan saja menjimatkan kos pengangkutan malah, turut mengurangkan pencemaran udara dan bunyi di jalan raya. Secara tidak langsung mengalakkan orang ramai menjana ekonomi negara tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS), setakat ini di negara berkenaan sebanyak 75 peratus rakyat tempatan selesa bekerja di rumah. Ekoran daripada itu, pihak kerajaan menjangkakan pada tahun 2013, jumlah individu yang bekerja di rumah akan mencecah 119.7 juta orang, manakala 1.19 bilion di serata dunia.

Jimat perbelanjaan harian

Bagi Fatmawati Abdullah, 30, dalam tempoh enam bulan bekerja dari rumah dia tidak terlepas berhadapan dengan cabaran-cabaran tertentu.

Dia yang bertugas sebagai perunding perhubungan awam di sebuah agensi perhubungan awam swasta mengakui pada dua bulan pertama, dia berasa janggal dan sunyi kerana melakukan tugasan tanpa dikelilingi rakan sepejabat. Akui Fatmawati ia sedikit sebanyak menyukarkan dirinya melakukan tugasan dengan baik.

Enggan membiarkan situasi berkenaan berterusan maka Fatmawati atau mesra disapa Bee, mengambil keputusan bekerja di luar rumah untuk sementara waktu.

“Bayangkan selama sedekad saya sudah terbiasa bekerja di pejabat dan dikelilingi rakan sekerja. Jika tertekan atau pun kepenatan menyelesaikan kerja menimbun, rakan-rakan menjadi tempat mengadu. Tetapi situasi ini sukar didapati apabila bersendirian bekerja di rumah. Semuanya perlu diuruskan sendiri tanpa bantuan teman-teman.

“Namun, lama-kelamaan saya dapat membiasakan diri bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. Kini, rutin kerja harian kembali normal. Setiap hari selepas bersiap, saya akan duduk di pejabat yang diletakkan berhampiran meja makan. Selain mengemaskini e-mel, saya akan menghubungi majikan untuk bertanyakan tugasan terbaharu dan mengurusnkan temu janji bersama pelanggan,” ujar Bee kepada Kosmo!.

Tambah graduan Ijazah Hiasan Dalaman, Universiti Sains Malaysia (USM), biarpun konsep kerja sebegitu masih baru dilaksanakan oleh warga tempatan, tetapi Bee menyifatkan SOHO membantu mengurangkan kos perbelanjaan bulanan dan masa.

Bukan itu saja, kini anak kelahiran Kuala Terengganu tersebut gembira kerana tidak perlu lagi tertekan dengan kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan ke pejabat. Pada masa yang sama berjimat RM800 sebulan daripada membayar caj parkir, minyak kereta dan tol.

“Saya keluar rumah sekali-sekala itupun berjumpa pelanggan, menguruskan acara dan menghadiri mesyuarat bulanan bersama majikan.

“Hakikatnya, tidak sukar untuk bekerja di rumah, asalkan pejabat mini dilengkapi komputer, mesin faksimili, mesin cetak, internet dan telefon. Kelengkapan ini memudahkan urusan komunikasi,” ujar Bee.

Merancang kewangan keluarga
Merancang kewangan keluarga

Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF

IBU kepada empat orang cahaya mata, Fazuliana Wari Dali, 36, tidak pernah gagal daripada tanggungjawab menguruskan perbelanjaan keluarganya.

Meraih pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan lukisan, dia tahu cara yang betul menguruskan kewangan. Menyedari anak-anak semakin membesar dan sesi persekolahan juga bakal bermula tidak lama lagi, Fazuliana lebih selesa menabung untuk kegunaan pada saat diperlukan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, dia masih membeli tiga pasang seragam dan kasut sekolah untuk tiga orang anaknya yang bersekolah. Sungguhpun isu kegawatan ekonomi sudah mula diuar-uarkan, Fazuliana masih belum merancang mengurangkan perbelanjaan isi rumah dan sekolah anak-anak.

Sebaliknya, dia sentiasa menasihati anak-anak agar sentiasa menjaga perilaku supaya kelengkapan sekolah boleh digunakan sepanjang tahun. Menerusi kaedah ini, dia boleh berjimat tanpa perlu membeli baju sekolah yang baru.

“Amalan berjimat cermat ini perlu diamalkan memandangkan harga barang kini semakin naik. Memang terasa apabila melihat harga barang tidak menentu. Jika sebelum ini peruntukan RM100 dapat memenuhi troli tetapi kini untuk mendapatkan barang yang sama, saya perlu berbelanja sebanyak RM250.

“Situasi ini bukan sahaja berlaku di pasar raya besar malah perang harga juga boleh dilihat di pasar borong. Jika masalah ini berterusan saya akan mengurangkan sedikit perbelanjaan supaya peruntukan perbelanjaan yang diberi suami setiap bulan sentiasa mencukupi,” luahnya yang menjalankan perniagaan melalui Internet.

Pengalaman selama 14 tahun bekerja di bank membuatkan Fazuliana memahami cara terbaik untuk menguruskan kewangan peribadi.

Tahun ini penuh dengan berita kurang enak mengenai ekonomi dunia. Malaysia dikatakan tidak terkecuali merasai tempias itu.

Menyedari perkembangan tersebut, kerajaan menyarankan supaya masyarakat mengambil langkah berjimat cermat. Pengguna perlu hanya membeli barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu.

“Benar, jika diperhatikan di Internet dan media, kebanyakan berita yang disajikan menyatakan negara kita bakal menempuh situasi ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Tapi, orang ramai jangan mudah panik dan bimbang kerana semuanya bergantung pada gaya hidup anda sendiri.

“Sekiranya amalan jimat cermat sudah diamalkan sejak dulu lagi dan menabung, maka isu kegawatan ekonomi bukanlah suatu masalah yang besar. Malah, tatkala krisis berlaku pun kita tidak akan terasa keperitan itu,” jelas Pengarah Urusan Life Specialist Financial Planners Sdn. Bhd., Laila Johari yang menyatakan setiap individu wajar mengamalkan sikap menabung.

Justeru, Laila menyifatkan tahun ini merupakan tahun yang paling sesuai untuk orang ramai belajar menabung.

Jika sebelum ini sejumlah wang diperuntukkan membeli barangan berjenama, melancong ke luar negara atau menikmati hidangan di restoran adalah lebih wajar kita mengubah tabiat sedemikian.

Orang ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada. Sebaik-baiknya bertukarlah membeli produk tempatan dan mengunjungi destinasi percutian dalam negara. Daripada membazirkan wang yang banyak untuk makan di luar, lebih baik sekiranya wang itu digunakan membeli bahan mentah dan makan di rumah. Dengan cara ini, sambil berjimat kita dapat meningkatkan keharmonian keluarga.

Mempunyai foto percutian yang hebat? Bolehkah ia memenangi pertandingan foto ini?

Selain menghakis sikap boros, obses menggunakan kad kredit juga harus dikawal.

Elakkan memiliki kad kredit lebih daripada satu kerana penggunaan kad kredit bakal membuatkan si pengguna terpaksa membayar hutang yang tinggi.

“Saya juga tidak bersetuju sikap pengguna yang gemar membayar hutang kad kredit sebanyak lima peratus pada setiap bulan. Hutang yang selebihnya tertunggak dan beralih pada bulan seterusnya. Semakin banyak hutang kad kredit, semakin tinggilah kadar faedahnya.

“Bagi golongan ibu bapa yang memakai kad kredit, disarankan supaya mereka menggunakan kad itu untuk hal-hal kecemasan atau kesihatan yang melibatkan ahli keluarga saja. Elakkan membeli barang menggunakan kad kredit kerana kesannya amat buruk,” ujarnya kepada Kosmo!.

FAZULIANA (tengah) sentiasa menasihati anak-anak supaya bijak menjaga kelengkapan sekolah.

Laila mengakui sistem pengurusan kewangan keluarga terletak pada kebijaksanaan isteri dalam merancang perbelanjaan setiap bulan.

Setiap Minit Dapat Duit !!

Penawar Resdung, Buasir dan Ubat Mata, Klik Sini!!

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kini DiBongkar!!

Ubat Mata Qurrotaaini!!

Hosting Murah!! RM65/Year,2GB Space,25GB Bandwidth!

Letak Iklan Anda Di Sini

5 Kesilapan Kewangan
Lima Kesilapan Kewangan

Hampir semua orang pernah melakukan kesilapan berhubung isu wang. Ketahuilah beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa ketika mendidik anak tentang kewangan dan cara membetulkannya. Berikut adalah antara kesilapan yang kerap dilakukan ibu bapa.

1. Menjadi mesin pengeluar wang versi manusia

Menguruskan segala urusan jual beli anak membuatkan anda kelihatan seperti menjadi mesin pengeluar wang versi manusia. Sepatutnya, berikan anak elaun dan ingatkan mereka untuk membuat pembayaran bagi apa-apa yang ingin mereka miliki. Sama ada untuk membeli buku dari kedai atau mendapatkan barangan permainan kegemaran, anak seharusnya bijak membuat pembayaran sendiri. Tindakan itu boleh mengurangkan mereka daripada merungut sekali gus membolehkan mereka mengasah kemahiran mengira atau matematik. Menerusi cara itu juga, anak-anak boleh belajar daripada kesilapan mereka. Dengan membuat pembayaran sendiri, anak-anak akan lebih menghargai barangan yang diperoleh atau dibeli.

2. Terlepas pandang pengajaran harian

Jangan lepaskan peluang untuk berbincang dengan anak tentang isu-isu berkenaan ekonomi yang ringkas dalam persekitaran berbeza setiap hari. Sewaktu membeli-belah, ibu bapa boleh menerangkan mengapa tindakan memilih bungkusan produk berkos lebih rendah lebih baik. Terangkan juga mengapa menambah stok barangan dapur ketika musim jualan murah merupakan satu tindakan yang baik. Berikan penjelasan kepada anak bahawa dengan menjimatkan RM10 setiap minggu, jumlah yang dijimat dalam tempoh sebulan boleh mencecah RM40 atau sekitar RM480 setahun. ANDAINYA terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada anak bagaimana duit itu bertambah.

3. Tidak melibatkan anak dalam matlamat jangka masa panjang

Pengurusan wang yang kukuh melibatkan dua perkara penting. Pertama, membuat perancangan awal dan kedua, membuat pilihan. Jika anda merancang sebuah percutian, beritahu anak tentang isu bajet yang melibatkan kos tiket penerbangan, hiburan dan penginapan. Andainya terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada anak bagaimana duit itu bertambah.

4. Terlepas peluang untuk memberi anak motivasi tentang tabiat menabung

Jika ada peluang, tunjukkan kepada anak bagaimana sesuatu pelan kewangan berfungsi dan mengapa sumbangan atau tabungan wang yang sedikit adalah penting dalam jangka masa panjang.

5. Tidak menerangkan bagaimana kad kredit berfungsi

Seorang pelajar firma pinjaman wang, Nellie Mae pernah menganggarkan, purata hutang yang ditanggung oleh seseorang pelajar universiti ialah sekitar RM5,000. Jumlah tersebut berkemungkinan besar berganda apabila mereka tamat pengajian di menara gading. Dari situlah bermulanya satu masalah sebenar. Anak remaja yang gagal memahami atau menguruskan hutang kad kredit seawal usia 18 tahun, lebih cenderung berdepan dengan masalah besar di kemudian hari. Benarkan anak berlatih menggunakan kad pra-bayar atau kad debit terlebih dahulu. Kad-kad seperti itu menawarkan kemudahan bagi menetapkan had tunai mingguan yang terhad. Ibu bapa juga boleh mendapatkan status penggunaan wang itu menerusi e-mel dan menentukan sama ada perlu atau tidak perbincangan lanjutan untuk mendidik anak agar mereka lebih berhemah ketika berbelanja.

Setiap Minit Dapat Duit !!

Web Hosting, From Only RM50/year!!

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kini DiBongkar!!

Web Hosting, From Only RM50/year!!

Hosting Murah!! RM65/Year,2GB Space,25GB Bandwidth!

Letak Iklan Anda Di Sini

Risiko Tidak Melabur
Risiko Tidak Melabur

1. Risiko pelaburan, khasnya dalam unit trust salah satunya adalah kejatuhan harga bagi unit-unit yang dibeli. Adakah ini mungkin terjadi? Ya, ini kerana saham amanah turut sama menerima kesan dari perubahan keadaan ekonomi. Namun sekeras mana kesan yang diterima mungkin tidak sama berbanding industri lain, oleh kerana adanya langkah-langkah alternatif dan proses pemulihan oleh pengurus dana, serta kesan diversifikasi yang dijalankan.

2. Pendek kata, asalkan ianya pelaburan, maka disitu ada risiko. No pain, no gain. Tetapi sudah pasti pain yang diambil diuruskan dengan baik oleh pengurus dana yang diiktiraf bukan sahaja di peringkat tempatan, malah di peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun, risiko pelaburan mungkin tidak sehebat ‘risiko untuk tidak melabur’. Maksud saya, sekiranya pelaburan berisiko melalui kejatuhan harga, tidak membuat pelaburan pula berisiko kejatuhan nilai wang melalui inflasi.

3. Inflasi adalah keadaan dimana nilai wang semakin berkurangan, contohnya RM10,000 hari ini mungkin bernilai RM9,000 pada masa depan.

Bagaimana mengetahui anda berdepan risiko inflasi? Jika:

- Anda tidak membuat sebarang pelaburan.

- Anda membuat pelaburan yang memberi pulangan sangat sedikit, kurang dari nilai inflasi tahunan negara.

Contohnya, akaun simpanan. Sekiranya anda menyimpan dalam akaun simpanan yang menawarkan kadar dividen 2-3% setahun, manakala nilai inflasi negara pula pada kadar 3.x%, maka lama-kelamaan, nilai wang simpanan anda akan menyusut. Ia sangat terbalik dengan pelaburan saham amanah yang menggunakan konsep compounding. Selain saham amanah, pelaburan pada property atau emas adalah cara mengatasi inflasi.

Kamasutra Bergambar Bahasa Melayu!!

Rahsia Puaskan Isteri, Praktikkan Malam Ini Juga!

Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kini DiBongkar!!

Petua Memuaskan Isteri (Dewasa Sahaja)

Letak Iklan Anda Di Sini