Koleksi Terbaik » Tips & Petua

Petua Bagi Mendapat Pasangan
PETUA UNTUK MENDAPAT PASANGAN

Renungan bersama – Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah -

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci

Membina Rumah Cara Islam
Membina Rumah Cara Islam

Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari budaya Cina. Padahal, tidak semuanya selaras dengan ajaran Islam. Jika tidak berhati hati dan keliru, boleh jatuh syirik karena mempercayai Feng Shui selain Allah.

Apa yang saya ingin terangkan di sini Islam ada panduan atau langkah langkah tersendiri tentang cara memilih tempat tinggal dan membina rumah.Sebagai seorang Muslim kita harus ikut cara Islam dan bukan meniru cara orang kafir buat.

Namun apa yang akan saya bentangkan ini bukan perkara wajib syarii yang perlu di tunaikan.Tanya lah Iman dan buat lah setakad mana yang mampu.

Perkara perkara berikut perlu di rancang sebelum memilih tempat tinggal dan mula membina rumah selain perancangan reka bentuk fisikal nya.Di antaranya ialah:

1.   Jiran Tetangga yang Baik

Pilihlah tempat tinggal yang jiran tetangga nya baik baik. Sebab jika jiran tetangga kita tidak baik, maka hidup kita akan rasa terganggu dan kurang senang. Bayangkan jika jiran tetangga kita adalah, kaki gaduh, atau kaki gossip, jenis yang sombong dan ego yang tidak mahu campur orang.Atau yang jenis penting diri sendiri, suka buat hal sendiri. Bila ada kematian baru nak cari orang.

Maka pilihlah jiran tetangga sebelum memilih rumah. Buat lah survey, tanya masyarakat di situ tentang bakal jiran anda itu. Yang di maksudkan jiran ialah lingkungan 40 buah rumah di sekeliling rumah anda.

(Hadis Riwayat Ibnu ‘Asakir) Tiap empat puluh rumah adalah tetangga-tetangga, yang di depan, di belakang, di sebelah kanan dan di sebelah kiri (rumahnya).

2.   Hendaknya rumah cukup luas (tidak terlampau luas tetapi juga tidak terlampau sempit).

Di antara kebahagiaan seorang muslim ialah mempunyai jiran tetangga yang soleh, rumah yang luas dan kenderaan yang sempurna. (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Hakim)

Sekiranya semua orang bina rumah rumah banglo yang terlampau besar,ini akan menghasilkan masyarakat yang hidup sendiri sendiri, di mana jiran tetangga akan jadi tidak kenal di antara satu sama lain kerana para penghuni banglo tersebut hanya asyik berseronok di dalam “Istana” mereka masing masing.

Sebaliknya rumah yang terlalu kecil dan sempit pun tak baik, kerana akan cenderung membuat penghuninya tidak selesa di rumah sehingga akhirnya banyak menghabiskan waktunya bergosip di luar.

Rumah yang paling baik dalam Islam adalah rumah yang sederhana besarnya.

3.   Jangan membina Rumah Megah

Dalam membina rumah, janganlah terlalu mewah sehingga jadi bermegah-megahan. Ini tidak disukai Allah dan merupakan satu sifat dari orang-orang yang buruk di akhir zaman.

Rumah yang di bina dengan bermegah akan menjemput mala petaka.Terutama dari orang orang yang hasad dengki, pencuri dan perompak.

“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu” [Al Quran At Takaatsur:1]

Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab: “Apabila mereka saling bermegah-megahan dengan bangunan nya” [HR Muslim]

Belum akan datang Kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dengan bangunan-bangunan yang megah. (HR. Bukhari)

Jangan membina rumah yang terlampau tinggi sehingga akhirnya mengganggu jiran tetangga hingga tidak mendapat sinar matahari atau angin.

Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab:

“Seorang hamba wanita melahirkan tuannya. Orang-orang yang berkaki ayam, setengah telanjang, melarat dan penggembala unta masing-masing berlumba membangun bangunan bertingkat.” [Hadis Riwayat Muslim]

4.   Buatlah Rumah yang Baik

Katakanlah: “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat untung.” [Al Maa-idah:100]

Rumah yang baik adalah rumah yang sehat. Yaitu tingkapnya cukup agar sinar matahari dapat masuk dan rumah tidak menjadi lembab. Selain itu ia dapat mempertingkatkan pengedaran udara bersih. Jarak antara lantai dan atap sebaiknya agak tinggi kerana ini akan mengurangkan suhu panas.

5.   Rumah juga perlu teguh dan kuat.

Misalnya dengan menggunakan dinding batu dan simen, rumah jadi lebih selamat. Jika menggunakan kayu, pilih kayu yang kuat serta beri rawatan anti serangga saperti anai anai sehingga tidak mudah reput. Elak kan sedaya upaya dari membina rumah dari bahan bahan yang mudah terbakar.

Sebaiknya rumah Muslim mempunyai sekurang kurangnya 3 bilik .Satu untuk suami-isteri, satu untuk anak laki-laki, dan satu lagi untuk anak perempuan.Jika ada kemampuan tambah satu lagi bilik buat tetamu.

6.   Buatlah Rumah yang cantik, Allah senang kepada kecantikan.

Manusia pun banyak yang suka akan kecantikan. Oleh kerana itu buatlah rumah yang cantik dan indah. Tapi ingat, mempamerkan kecantikan dan keindahan tidak sama dengan mempamerkan kemewahan atau kemegahan.

“Sesungguhnya Allah itu indah dan senang kepada keindahan. Bila seseorang keluar untuk menemui kawan-kawannya hendaklah menghiaskan dirinya. (Hadis Riwayat. Al-Baihaqi)

7.   Tandas Jangan Mengarah atau Membelakangkan Kiblat (Ini penting)

Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra.: “Bahawa Nabi saw. bersabda: Apabila engkau ke tandas, janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air kecil  atau buang air besar, tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat.” (Shahih Muslim No. 388)

Usahakan seboleh boleh nya agar rumah anda mengarah ke Kiblat. Jika tidak, sebaiknya tempat solat anda tidak mengarah ke tandas.

Usahakan di rumah ada paip air dan paip hujan, supaya anda boleh mandi wajib dan wudhu dengan lebih sempurna dengan air yang mengalir.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Janganlah seseorang di antara kamu mandi dalam bekas air yang tidak mengalir ketika dalam keadaan junub.” (Hadis Riwayat Muslim).

Sebaiknya tempat wudlu dipisah dari tandas supaya kita boleh membaca doa sebelum atau sesudah wudlu.(Di larang membaca doa di dalam tandas).Kalau baca doa keluar/masuk tandas sekali pun kena baca di luar tandas.

Seboleh boleh nya jangan buat tandas dalam bilik tidur.Tandas atau jamban ada lah sarang tempat tinggal syaitan.Kalau ada tandas dalam bilik tidur bererti kita sentiasa berada bersama syaitan ketika tidur.

Ada yang mengatakan tandas zaman ini adalah bersih tidak saperti tandas zaman dahulu.Ia sentiasa di besihkan bahkan di bubuh wangi wangian pula.Maka syaitan tidak akan berada di dalam tandas yang bersih.

Bagi saya bersih di sini adalah bersih pada pandangan fisikal. Ambil contoh. Air minuman saperti kopi, sirap dan lain lain itu bersih, tetapi mengapa tidak suci untuk di buat berwuduk?

Begitu juga dengan tandas atau jamban. Walaupun nampak bersih pada pandangan mata, ia tetap tempat yang tidak suci.Walaupun di wangikan dengan wangian seribu bunga.Maka jangan sekali kali kita tertipu dengan bisikan syaitan yang mengatakan tandas di dalam bilik kita itu suci!

Ramai yang kena gangguan syaitan saperti hysteria, boring dan rungsing apabila balik ke rumah,bergaduh suami isteri, bergaduh anak beranak,sakit yang tidak tahu punca nya, rumah tangga dan famili yang kucar kacir.Yang sebenarnya, di antara sebabnya berpunca dan datang dari syaitan yang mengganggu yang kita sendiri pelihara di tandas bilik tidur .

Sebaik baik (tetapi susah orang zaman sekarang nak ikut) buat tandas di luar rumah.

8.   Rumah Harus Bersih

Rumah yang kotor tidak sihat. Ini akan mengundang berbagai penyakit. Oleh kerana itu, rumah harus bersih dan mudah dibersihkan.

“Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Penjelasan: Orang-orang Yahudi suka mengumpul sampah di halaman rumah

9.   Jangan letak Patung sebagai hiasan di dalam Rumah

Rumah yang ada hiasan patung serupa macam kuil.Malaikat rahmat tidak akan masuk kerumah yang ada patung.Sebaliknya jadi sarang syaitan tempat berteduh.

Ibnu Abbas pernah solat tempat ibadah agama lain kecuali tempat ibadat mereka yang ada patung di dalamnya. [HRBukhari]

10. Jangan Memelihara Anjing

Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata : “Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa memiliki anjing selain anjing penjaga ternak dan anjing pemburu maka setiap hari pahala amalnya berkurang dua qirath.” (Shahih Muslim No.2940)

11. Peliharalah Anak Yatim

Jika anda berkemampuan, asuhlah anak yatim dan didiklah dengan baik.

“Sebaik-baik rumah kaum Muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum Muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk. (HR. Ibnu Majah)

12. Tanamlah Pokok agar Teduh dan Sejuk

Tanamlah pokok dan pokok hiasan di rumah anda sehingga rumah anda teduh dan mendapat udara segar dari oksigen yang dikeluarkan pohon tersebut.

Kenyamanan naungan pohon ini digambarkan Allah sebagai berikut: “Dan naungan (pohon-pohon Syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. ” [Al Insaan:14]

Jika rumah anda luas mungkin anda boleh menanam pokok besar yang kuat. Jika sedang, anda boleh menanam pohon ukuran sedang seperti rambutan atau mangga.Hindar menanam pokok besar yang rapuh dan berbahaya seperti pokok sena.

13. Apabila rumah siap di bina

Di anjurkan setelah rumah siap di bina panggil Ketua kampung,Imam, jemaah Masjid atau surau dan jiran tetangga untuk sama sama berdoa kehadrat Allah agar rumah yang telah siap di bina itu akan dapat keridhaan Allah, dan perlindungan darinya dari segala kejahatan makhluk saperti jin dan syaitan dan juga minta perlindungan dari pada kejahatan manusia

Di kesempatan ini kita berpeluang juga berkenal kenal, bermesra dan mula menjalin ukhwah bersama jiran jiran baru kita.

Semoga bermanfaat … Wallahu ‘alam.

Dari laman blog Hembusan Amal4u

Apa Itu Emosi
Apa Itu Emosi

Bismilahirohmanirohim

Sesugguhnya Allah Azza wa Jalla teleh berfirman… Apabila aku menguji hambaKu dgn 2 perkara yg dicintai kemudian dia bersabar maka Aku ganti kepada nya dengan syurga baginya”(H.R Al- Bukhari)

Assalammu’alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh

Untuk Pembangunan Diri

Kebanyakan orang berfikir bahwa semua yang berlaku dalam minda kita dan tahap emosional kita adalah sesuatu yang tidak dapat dikawal bahkan terlalu susah untuk dikawal.

Sebenarnya, Anda sendiri yang membiarkan emosi menguasai Anda bila berhadapan dengan situasi meruncing. Anda tak tahu bagaimana mengawal emosi diri sendiri. Oleh sebab itu, Anda mudah marah, naik hangin tetiba, kecewa, mudah tersentuh, rasa rendah diri dan mudah jauh hati, patah hati (atau bengkok hati? alamak. .) bahkan mudah menyalahkan takdir bila sesuatu permasalahan yang maha berat menimpa Anda secara tiba-tiba.

Sebenarnya, Anda mampu mengawal emosi. Saya percaya Anda mampu menjadi orang yang bijak mengawal emosi. Macamana? Dengan mula melatih diri mengawal arus minda. Arus minda boleh dikawal dengan bertenang, kawal pernafasan dan kawal tindakan .

Anda mampu mengawal semua apa yang ada di dalam pemikiran Anda, tanggapan Anda dan mampu membiarkan emosi energetik meresap ke dalam diri Anda hingga Anda melakukan sesuatu yang penuh drastik, fantastik dan luar biasa hebat.

Rasa tertekan takde sebenornye, ia terjadi kerana Anda mencipta rasa tertekan tu dan membiarkan ia menguasai emosi Anda dan membisikkan pada hati Anda bahawa Anda yang Anda adalah seorang yang tertekan.

Lebih banyak fikiran Anda “layan” rasa tertekan, lebih teruk ia akan jadi. Law Of Attraction memainkan peranannya serta merta. Ia menarik lebih banyak situasi yang membuatkan Anda tertekan, tertekan lagi dan lagi tanpa henti. Nak ke camtu?

Kesan dari itu, anda langsung tak bermaya, lembik aja. Selain itu, Anda juga menganggap diri Anda sebagai seorang yang penuh tekanan bukannya orang yang boleh handle rasa tertekan.

Saya ada cara tersendiri bagaimana mahu belajar mengawal emosi dan bagaimana handle tekanan. Baca baik-baik, saya akan kongsikan di sini.

Terlebih dahulu, Anda perlu latih diri untuk jadi seorang yang tenang pada setiap masa, be in control. Luangkan 10 minit dalam sehari untuk melatih minda Anda bertenang melalui meditasi. Zikir, adalah cara paling baik.

Kata lain bagi meditasi ialah tafakur, duduk diam dan menutup mata lalu merehatkan badan untuk bertenang. Ia tidak bercanggah dengan mana- mana agama dan sesuai untuk semua bangsa mahupun semua golongan usia.

Senang saja, cari tempat yang tenang tanpa gangguan, duduk bersila atau menyandar, tutup mata, niatkan dalam hati Anda mahu bertenang, katakan pada diri Anda yang Anda mahu relaks, jadi semakin relaks, relaks dan terus relaks.

Beritahu minda yang Anda mahu berada dalam keadaan santai. Cuba bertenang, setenang yang mungkin, sesantai yang mungkin. Bernafas slow- slow dan jangan buat apa-apa.

Bila Anda sudah selalu mengamalkan meditasi dan selalu berlatih menenangkan diri di tempat sunyi, emosi Anda jadi lebih terkawal. Anda tidak mudah rasa tertekan dan tidak mudah menyalahkan takdir atas masalah yang menimpa.

Seperti yang saya katakan dulu, minda menjadi kuat jika kita selalu berada dalam keadaan tenang, relaks, be in control dan selalu mengamalkan zikir mahupun meditasi. Kebijaksanaan akan hilang jika kita berada dalam kelam kabut, tertekan dan marah.

Bila bertenang setiap masa, takkan mudah bagi emosi buruk menguasai diri Anda. Anda juga secara automatik takkan mahu mendengar kata-kata nista, caci maki, kata-kata kesat dan yang seumpama umpatan.

Mengikut Law Of Attraction, kita adalah apa yang kita fikirkan.

Untuk menjadikan diri Anda seorang yang terkawal emosinya, katakan pada diri rasa tertekan tu takde kena mengena dengan Anda dan ia hanyabersifat sementara saja. Cuba katakan..”

“Hek eleh.. mana pula bila tertekan terus lemah longlai, terus tak bersemangat. Tak de kaitan langsung. Alaaa.. mengada-ngada aje tu”

Selalulah berfikir perkara-perkara yang mendamaikan, yang indah, yang menggembirakan termasuk juga yang membahagiakan. Fikirkan apa yang selalu membuat Anda gembira. Eh, kenapa pulak?

Sebab, apa yang Anda fikir itulah yang akan jadi. Ia mungkin sekarang, lepas ni, mungkin esok atau dua hari akan datang.

Jadi berfikirlah tentang segala apa yang menggembirakan agar fikiran Anda menarik situasi-situasi yang menggembirakan, orang-orang yang boleh membuat Anda gembira dan benda-benda yang membuat anda girang setiap masa.

Jangan fikir rasa tertekan, walaupun sedikit,elak diri Anda dari pemikiran negatif. Be in control.

Bila Anda dalam keadaan tertekan, tukar segera fikiran tu. Terapkan emosi gembira dan energetik.

Cari seseorang untuk bercerita, buat sesuatu ataupun lihat keluar untuk mengambil udara segar. Dengan itu, emosi Anda menjadi lebih terkawal dari asyik memikir masalah dan menjadi lebih positif.

Latih diri Anda untuk mengawal emosi dengan menenangkan diri hari ini juga.

Relaks. Lastly, Be cool.

7 Kalimat yang Tak Boleh Didengar Anak
7 Kalimat yang Tak Boleh Didengar Anak dan Pantang Disebut oleh Ibu Bapa.

Fikirkan dulu kalimat yang Anda ungkapkan sebelum marah pada anak. Berbagai masalah rumah tangga, pekerjaan, sampai kenakalan anak membuatkan anda tidak dapat mengawal perasaan dan marah.

Bahkan tak jarang, anak-anak menjadi sasaran kemarahan Anda, sama ada melalui sikap ataupun kata-kata kasar yang keluar dari mulut Anda. Hati-hati bila Anda sering melepaskan perkataan tatkala marah sehingga tidak dapat mengawal perasaan.

“Kata-kata boleh menjadi sumber inspirasi, tetapi juga boleh melukai perasaan,” ungkap Chick Moorman, penulis buku Parent Talk dan Spirit Whisperers.

Meskipun anak Anda menimbulkan banyak masalah, sebagai orang tua tak sepatutnya Anda melontarkan kata-kata yang menyakitkan bagi anak. Kesan buruk dari ucapan kasar tersebut sering kali lebih merugikan daripada yang Anda bayangkan. Contohnya seperti ini:

1. “Kalau nakal, Ibu akan meninggalkanmu di sini.”

- Anda mengancam dan menakuti anak-anak dengan harapan agar mereka patuh pada perintah Anda. Perlu Anda ketahui, ketakutan terbesar anak-anak kecil adalah tersesat sendirian dan merasa tidak selamat. Oleh karena itu, tindakan Anda meninggalkannya sendirian akan menimbulkan trauma bagi dirinya.

Alih-alih mengancam dan menakuti anak, lebih baik katakan keinginan Anda dengan baik. Misalnya ketika anak merengek minta mainan, katakan saja padanya, “Arka, kalau kamu terus merengek seperti itu, kita akan pulang sekarang. Tapi kalau kamu tidak nakal, kita akan tetap di toko ini dan memilih belanjaan bersama.”

Alternatif lainnya adalah dengan beristirehat sejenak. Kenakalan anak dan kemarahan Anda mungkin saja merupakan tanda bahwa Anda atau anak perlu istirehat.

2. “Kamu seharusnya malu.”

- Banyak orang tua yang beranggapan bahawa dengan mengungkapkan hal tersebut, anak akan malu dan akan mengubah sikapnya sesuai dengan yang mereka inginkan. Namun, anak kecil belum dapat memahami rasa malu yang terjadi akibat kesalahan yang diperbuatnya. Oleh karena itu, hal ini belum tentu langsung berhasil. Jika terlalu sering mengatakan hal ini, maka mereka hanya akan berfikir bahwa segala sesuatu yang dilakukannya selalu salah.

3. “Seandainya kamu tidak pernah ada.”

- Kalimat ini punya makna: “Ayah dan ibu tidak pernah menginginkanmu.” Karenanya, kalimat ini tidak seharusnya diucapkan oleh orangtua. Kalimat ini akan sangat menyakitkan, baik bagi si anak maupun orang lain yang mendengarnya. Terlepas dari kenakalan yang telah dilakukan anak, ia hadir karena kehendak Anda dan suami. Maka, bersikaplah sebagai orangtua yang bertanggung jawab dengan mengasuh dan mendidik anak dengan baik, bukannya menyalahkannya karena lahir di dunia.

4. “Kamu yang membuat Ibu bercerai.”

- Tidak ada anak yang menjadi penyebab orang tuanya bercerai. Ketika kalimat ini diucapkan, maka secara tak langsung Anda membuat anak-anak menanggung beban emosional seumur hidupnya. Bahkan ketika Anda menjelaskan dengan penuh kehati-hatian tentang perceraian, anak-anak akan merasa sangat bertanggung jawab atas keputusan Anda untuk bercerai. Anak akan beranggapan bahwa jika dia bersikap lebih baik, maka Anda tidak akan bercerai. Meski tak terucapkan oleh anak, masalah ini sering jadi masalah yang serius.

5. “Kenapa kamu tidak seperti saudaramu yang lain?”

- Dengan mengatakan hal ini, maka secara tidak langsung Anda membandingkan anak-anak dengan saudaranya yang lain bahwa anak tidak cukup pintar, cukup baik, ataupun cepat belajar dibanding saudaranya. Pembanding ini juga akan meningkatkan persaingan antara saudara meningkat, yang kelak akan merusak hubungan persaudaraan dan mengembangkan keterpisahan. Terima setiap anak dalam keluarga Anda karena mereka memiliki keunikan dan keistimewaan sendiri. Bantu anak untuk melihat keistimewaan mereka dengan berfokus pada masing-masing individu tanpa menggunakan perbandingan.

6. “Biar Ibu yang menyelesaikan.”

- Mungkin, maksud hati ingin membantunya menyelesaikan pekerjaan rumah yang sulit dikerjakan. Namun, jika terlalu sering melakukan hal ini, maka Anda telah mengambil alih pekerjaan anak yang seharusnya boleh dikerjakannya sendiri. Hal ini justru malah akan melemahkannya. Mengambil alih pekerjaan anak mungkin boleh menjimatkan waktu Anda di masa sekarang, tetapi Anda meninggalkan beban di masa depan karena anak jadi tak terbiasa mandiri.

7. “Ibu cakap begitu, ikuti saja.”

- Kalimat ini memang terdengar seperti perintah keras bagi anak. Namun, arti yang terdalam dari kalimat ini adalah, “Saya orang dewasa, dan kamu anak-anak”, atau “Saya pintar, dan kamu bodoh”, atau “Saya berkuasa, dan kamu tidak”, atau “Saya yang mengatur, dan kamu yang harus mengerjakan.” Penegasan ini akan menciptakan jurang yang lebar antara Anda dan anak.

Gaya bicara seperti ini menimbulkan rasa kesal pada anak, bahkan mungkin rasa benci dan persaingan untuk berebut kekuasaan dalam rumah. Cubalah untuk menggunakan bahasa yang lebih baik untuk mengungkapkan ketidaksetujuan anak sehingga mereka lebih menghormati dan mengerti apa yang Anda rasakan.

Senarai Keperluan Sebelum Bersalin Di Hospital
Senarai Keperluan Sebelum Bersalin Di Hospital

Dibawah ini disenaraikan keperluan-keperluan yg perlu dibawa ke hospital oleh bakal ibu dan bapa sebelum si ibu selamat bersalin.

Semoga senarai dibawah dapat memberi panduan kepada bakal-bakal ibu/bapa muda utk menghadapi saat-saat bahagia. Tahniah..

Senarai keperluan bayi di hospital.

* 2 helai tuala mandi.

* 2 helai selimut.

* 20 helai kain lampin / pampers.

* 2 pin besar.

* 4 helai seluar kalis air.

* 4 helai baju / baju sejuk.

* 4 pasang seluar panjang.

* 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan.

Senarai keperluan ibu di hospital.

* 1 helai tuala mandi.

* 1 helai tuala muka.

* 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali.

* 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi).

* 1 helai pakaian biasa.

* 2 pasang stokin.

* 1 pasang selipar.

* 3 helai coli khas untuk menyusu.

* 2 pasang pelapik coli.

* 5 helai seluar dalam pakai buang.

* sikat yg sesuai.

* berus gigi dan ubat gigi.

* barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll).

* pakaian untuk pulang ke rumah.

* bahan bacaan.

* susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2.

Senarai yang perlu dibawa oleh bapa.

* surat rujukan doktor.

* kad pengenalan anda.

* kad pengenalan suami anda.

* surat nikah.

* wang yg mencukupi.

Semoga Bermanfaat ..

p/s: Info berguna utk bakal ibu, anda boleh lakukan urutan Antenatal Perineal utk kurangkan risiko luka semasa bersalin.

kredit:- roslan mohd (klakar group)

Air Garam Penawar Racun
Air Garam Penawar Racun

Oleh SYALMIZI HAMID

syalmizi.hamid[@]kosmo.com.my

BAZAR Ramadan tidak pernah gagal menarik pengunjung dengan variasi juadah buka puasanya. Namun, seorang murid perempuan di Meru, Klang, Selangor, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas makan makanan yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di situ.

Selain Nurdini, ahli keluarganya yang lain turut mengalami simptom keracunan makanan setelah menikmati hidangan berbuka puasa yang sama.

Makanan yang dijual di tempat terbuka seperti bazar Ramadan dan pasar malam adakalanya mendedahkan pengguna kepada keracunan makanan lebih-lebih lagi apabila peniaga kurang mementingkan kebersihan dan kesegarannya.

Justeru, Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Wendy Lim menasihatkan orang ramai agar berhati-hati memilih makanan yang dibeli di luar.

“Saya tahu apabila berdepan dengan pelbagai hidangan yang lazat kadang-kadang kita terlupa untuk memeriksa tahap kebersihannya.

“Sebenarnya tidak susah untuk menilai kualiti sesuatu makanan berdasarkan bau dan rasanya. Jika ia berasa dan berbau masam, elakkan memakan makanan tersebut.

“Sebahagian makanan yang dijual di bazar Ramadan selalunya dimasak dan dijual lebih awal dari waktu berbuka puasa dan ia mudah rosak,” ujarnya kepada Jurnal.

AIR garam mengembalikan keseimbangan bendalir badan.

Menurut Wendy, keracunan makanan adalah disebabkan oleh beberapa jenis virus, bakteria dan parasit yang akhirnya menjadi toksik berbahaya kepada perut.

Virus

“Organisma tersebut mudah merebak melalui cecair dan makanan yang kotor.

“Antara jenis virus, bakteria dan parasit yang terlibat termasuklah rotavirus, adenovirus, E. Coli, salmonella, shigella dan giardia,” ujarnya.

Disebabkan organisma tersebut mudah merebak melalui minuman dan air, Wendy menyarankan agar pengguna memilih gerai minuman yang mengamalkan kebersihan.

“Contoh makanan yang kurang bersih adalah minuman air tebu. Selalunya batang tebu yang dilonggokkan itu akan terus diperah bersama-sama kulitnya untuk mendapatkan jus.

“Cuba bayangkan bagaimana ia dihidangkan dalam keadaan begitu sedangkan virus dan bakteria mudah merebak?

“Selain itu, air batu juga sering menyebabkan masalah keracunan makanan kerana kebanyakannya disediakan dengan air yang tidak dimasak terlebih dahulu,” katanya lagi.

MAKANAN yang terdedah senang dicemari.

Jelas Wendy, antara golongan berisiko kepada kematian setelah mengalami keracunan makanan adalah kanak-kanak berusia di bawah lima tahun, golongan warga emas dan mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan.

“Golongan itu sangat berisiko untuk mengalami dehidrasi yang melampau akibat keracunan makanan. Kanak-kanak mudah mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa,” jelas Wendy.

Justeru apabila berdepan dengan simptom keracunan makanan seperti cirit-birit, muntah dan keletihan akibat dehidrasi selepas beberapa jam menikmati juadah, Wendy menyarankan agar pesakit menjalankan rawatan sendiri sebelum berjumpa doktor.

Jelasnya, minum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat akibat muntah dan cirit-birit.

“Garam penting kerana ia dapat mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh.

KANAK-KANAK lebih berisiko mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa.

“Anda boleh melakukannya sendiri. Campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk untuk diminum. Tidak salah untuk meletakkan sedikit perasa kepada minuman itu.

“Namun, sebaik-baiknya anda harus bersedia dengan ubatan berkaitan seperti larutan garam dehidrasi yang boleh didapati di farmasi dan minum banyak air masak,” katanya sambil menambah, kaedah tersebut tidak mengubati keracunan makanan sebaliknya bagi mengembalikan kandungan garam dalam badan.

Tips Kaki Pancing
Tips memancing udang galah:

Kkalau nak pakai umpan hati or jantung ayam pastikan campur belacan sket. baru kaw.

Pantang larang ms mancing udang galah:

- Tak boleh bakar udang galah di tempat kita mancing udang tu. Kononnya kalau buat jugak, nanti lepas tu udang dah tak makan pancing.

- Kalau mancing di sungai asik naik jer udang di spot yg sama berturut turut tanpa henti, cepat cepat la blah.

- Jangan bawa limau kasturi kat tempat udang.

Tips mancing pompuan:

-kalau nak pakai umpan duit pastikan duit kepok2, jgn banjer pompuan je tp member2 lupa.

Pantang larang masa mancing pompuan:

-Tak boleh tukar2 pasangan dlm masa 2 bln, kononnye klu wt cmtu nnt kna sifilis.

-klu mancing asyik dpt pompuan gemuk je, tukar taktik lah.

-jgn bwk pompuan g hotel2 pnas, nnt kna tgkp basah. nk senang angkut g genting je.

nasihat kome : jangan wat dosa…

Rahsia Pintar 17 – Kekuatan Terpendam Membangkitkan Tenaga Akal dan Ingatan
Rahsia Pintar 17 – Kekuatan Terpendam Membangkitkan Tenaga Akal dan Ingatan

1. Di dalam diri manusia terdapat kekuatan yang maha hebat. Sekiranya seseorang itu tahu menggunakan kekuatan ini nescaya dia mampu membunuh manusia dengan tenungannya, meruntuhkan rumah, menjatuhkan kapal terbang dan menghancurkan kereta kebal dengan mengisyaratkannya dengan tangan. Paling-paling tidak, dia mampu menukarkan lampu isyarat merah kepada lampu hijau, membengkokkan sudu dan garpu dengan sebuah renungan dan mengetahui peristiwa-peristiwa yang akan terjadi.

2. Apakah ini mustahil? Ya, memang mustahil bagi orang yang tidak tahu menggunakan kekuatan terpendam yang terdapat di lubuk fikiran bawah sedarnya. Benarlah penyataan ahli kaji minda terkini yang melaporkan bahawa kebanyakan manusia menggunakan kurang dari satu peratus daripada kemampuan dan potensi mindanya. Manusia sudah boleh melahirkan perkara-perkara yang ajaib dan pelik sekiranya dapat menggunakan hanya 10% daripada keseluruhan kekuatan mereka yang sebenarnya.

3. Anda mungkin pernah mengalami, sewaktu terdetik di hati untuk menelefon rakan anda, tiba-tiba rakan anda itu pula yang menelefon anda. Atau ketika anda sedang berbual-bual tentang seseorang yang sudah lama tidak ditemui, tiba-tiba dia muncul lalu dikatakan “panjang umur”nya. Mungkin juga hati anda rasa tidak sedap dan mengagak akan terjadi sesuatu perkara yang tidak disenangi, kemudiannya peristiwa tersebut benar-benar terjadi. Itulah sebahagian daripada bukti-bukti kewujudan kekuatan terpendam di dalam diri kita.

4. Pada asasnya, manusia mempunyai dua jenis minda iaitu minda sedar dan minda bawah sedar. Di dalam minda bawah sedar atau minda terpendam inilah terdapat kekuatan yang luar biasa, menakjubkan dan tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Kekuatan bawah sedar ini boleh digunakan dan diarahkan untuk mencapai apa jua perkara yang dihajati seperti kewibawaan, kesembuhan, kecerdasan, kekuatan daya ingatan, wang, pangkat, pengaruh, pengasih, menurunkan berat badan, berhenti merokok, menghilangkan kegelisahan dan sebagainya.

5. Kini ilmu membangkitkan kekuatan dalaman sedang berkembang pesat di beberapa bahagian tertentu di dunia terutamanya di Eropah. Ia wujud dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya dikenali dengan Ilmu Psikik, Deria keenam, Extra Sensory Power (ESP), Cosmic Power, Subconscious Mind Power, Telepathy dan sebagainya. Ilmu menggunakan kekuatan terpendam ini semakin giat dikaji oleh ahli-ahli psikologi terutamanya selepas perang dunia kedua. Terdapat pelbagai kaedah telah diamalkan oleh orang-orang yang ahli untuk melahirkan kekuatan ajaib ini. Ada melalui teknik bertapa, bermeditasi, berpuasa, bermuraqabah, ilmu pernafasan, hypnotisme, saranan diri dan sebagainya.

6. Adapun kaedah yang paling relevan dan mudah diamalkan ialah dengan melakukan saranan diri. Dinamakan juga auto-suggestion. Di sini kita menyarankan memberitahu dan menyakinkan kepada diri sendiri bahawa diri kita mempunyai kekuatan yang jauh lebih hebat dari yang disangkakan. Saranan diri mempunyai kuasa dan kekuatan dalam mempertingkatkan kemampuan minda dan memajukan diri.

7. Eksperimen ahli-ahli neurologi menunjukkan sel-sel otak boleh dikembang dan dicergaskan melalui saranan diri dan rangsangan. Sel-sel otak yang diaktifkan akan menjadi lebih subur dan cepat tumbesarannya. Bilangan sel gila akan bertambah. Manakala hubungan antara saraf-saraf semakin kemas dan mantap. Proses ini akan memperkembangkan ketrampilan dan kecerdasan mental individu.

8. Dr. Joseph Murphy, pakar Ilmu Pemikiran Bawah Sedar menceritakan perihal seorang wanita berusia 75 tahun, mempunyai tabiat memberi saranan yang negatif kepada dirinya. Dia selalu berkata, “Kekuatan ingatanku semakin melemah sekarang”. Memang benar, lama-kelamaan ingatannya menjadi betul-betul lemah. Selepas belajar menggunakan kekuatan minda terpendam, dia mula membuat saranan diri yang positif.

9. “Ingatanku bertambah baik dari hari ke hari. Aku mampu mengingati apa sahaja yang aku kehendaki pada sebarang masa dan tempat. Aku tidak akan lupa. Apa sahaja yang aku cuba ingatkan akan dapat diingati dengan tepat dan segera. Sekarang daya ingatanku meningkat dengan cepatnya pada setiap hari. Dalam tempoh yang singkat ingatanku akan bertambah baik, bahkan lebih baik daripada sebelum ini.”

10. Dia melakukan saranan diri dengan penuh keyakinan dan hasrat yang menyala-nyala pada setiap hari. Pada akhir minggu ketiga, ingatannya pulih seperti sediakala. Dia begitu gembira. Begitulah besarnya kesan kuasa saranan diri. Dalam melakukan saranan diri, anda bebas memilih ayat dan perkataan sendiri. Gunakan apa jua ayat yang dirasakan berkesan untuk mempergaruhi dan menyakin diri sendiri bahawa kita mampu memperolehi apa yang dihajatkan.

TEKNIK SARANAN DIRI YANG BERKESAN

11. Hajat atau matlamat yang hendak diperolehi mestilah jelas dan tepat. Dilakukan dengan hasrat yang menyala-nyala, bersungguh-sungguh dan penuh harap. Yakin sepenuhnya bahawa akan memperolehi apa yang kita sarankan kepada diri sendiri.

12. Berimanigasi bahawa kita sedang mendapat apa yang dihajati. Lakukan secara Konsisten, amalkan pada setiap malam sebelum tidur dan pagi selepas bangun dari tidur secara berterusan 6-7 minggu atau sehingga berjaya.

Rahsia Pintar 16 – Komputer Muhammad
Rahsia Pintar 16 – Komputer Muhammad

1. Nama ‘MUHAMMAD’ seolah-olah kunci segala ilmu pengatahuan dan maklumat. Apabila terlupa sesuatu perkara, ilmu, maklumat atau fakta; berselawatlah kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. beberapa kali dengan khusyuk. Insya’Allah anda segera dapat mengingatkan kembali perkara yang diperlukan. Amalan ini biasa dilakukan oleh orang-orang tua, lebai-lebai dan ustaz-ustaz.

2. Umpamanya, anda terlupa nama jalan, nama kenalan, lupa fakta di dalam dewan peperiksaan atau lupa di mana anda telah meletakkan sesuatu barang, maka anda bolehlah menggunakan petua ini. Ia diibaratkan seperti komputer yang menganalisa, mencari dan mengeluarkan kembali maklumat yang pernah disimpan olehnya.

3. Rasullullah bersabda,” Sesiapa yang hendak menceritakan sesuatu (hadis atau sebagainya) lalu terlupa, maka hendaklah dia berselawat kepadaku. Sesungguhnya berselawat kepadaku (ada kekuatan kerohanian yang) boleh mengingatkan hadis (dan sebagainya. Semoga dia akan teringat.”

Rahsia Pintar 15 – Bergaul Dengan Orang Cerdas
Rahsia 15 – Bergaul Dengan Orang Cerdas

1. Bergaul dengan orang cerdas menyebabkan anda turut menjadi cerdas. Sebagaimana bergaul dengan orang yang berani menyebabkan anda turut berani. Kalau anda bergaul dengan orang yang berjiwa besar, jiwa anda turut besar. Kalau bergaul dengan jutawan, hati anda turut merasa kaya lalu timbul keinginan untuk berusaha untuk menjadi sepertinya.

2. Dek kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Kalau anda bergaul dengan penjual minyak wangi, badan anda akan harum kerana terkena wangi-wangiannya. Kalau anda bergaul dengan tukang besi, badan akan busuk kerana terkena wap besi yang busuk.” Demikian juga diformulakan oleh Imam Syafie, “Ada tiga perkara yang boleh mencerdaskan mental; selalu berdamping dengan ulama’, bergaul dengan orang-orang soleh dan meninggalkan perkataan yang sia-sia.”

3. Abdullah bin Mas’ud mempetuakan, “Ada empat perkara yang menggelapkan hati; perut yang selalu kenyang, bergaul dengan orang yang berbuat dosa, tidak insaf dengan dosa-dosa lalu, dan panjang angan=angan.” Kalau anda mengenali individu-individu yang pintar dan baik akhlaknya, jangan lepaskan kesempatan untuk berkawan dengannya.