Koleksi Terbaik » Rahsia Pintar

Rahsia Pintar 17 – Kekuatan Terpendam Membangkitkan Tenaga Akal dan Ingatan
Rahsia Pintar 17 – Kekuatan Terpendam Membangkitkan Tenaga Akal dan Ingatan

1. Di dalam diri manusia terdapat kekuatan yang maha hebat. Sekiranya seseorang itu tahu menggunakan kekuatan ini nescaya dia mampu membunuh manusia dengan tenungannya, meruntuhkan rumah, menjatuhkan kapal terbang dan menghancurkan kereta kebal dengan mengisyaratkannya dengan tangan. Paling-paling tidak, dia mampu menukarkan lampu isyarat merah kepada lampu hijau, membengkokkan sudu dan garpu dengan sebuah renungan dan mengetahui peristiwa-peristiwa yang akan terjadi.

2. Apakah ini mustahil? Ya, memang mustahil bagi orang yang tidak tahu menggunakan kekuatan terpendam yang terdapat di lubuk fikiran bawah sedarnya. Benarlah penyataan ahli kaji minda terkini yang melaporkan bahawa kebanyakan manusia menggunakan kurang dari satu peratus daripada kemampuan dan potensi mindanya. Manusia sudah boleh melahirkan perkara-perkara yang ajaib dan pelik sekiranya dapat menggunakan hanya 10% daripada keseluruhan kekuatan mereka yang sebenarnya.

3. Anda mungkin pernah mengalami, sewaktu terdetik di hati untuk menelefon rakan anda, tiba-tiba rakan anda itu pula yang menelefon anda. Atau ketika anda sedang berbual-bual tentang seseorang yang sudah lama tidak ditemui, tiba-tiba dia muncul lalu dikatakan “panjang umur”nya. Mungkin juga hati anda rasa tidak sedap dan mengagak akan terjadi sesuatu perkara yang tidak disenangi, kemudiannya peristiwa tersebut benar-benar terjadi. Itulah sebahagian daripada bukti-bukti kewujudan kekuatan terpendam di dalam diri kita.

4. Pada asasnya, manusia mempunyai dua jenis minda iaitu minda sedar dan minda bawah sedar. Di dalam minda bawah sedar atau minda terpendam inilah terdapat kekuatan yang luar biasa, menakjubkan dan tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Kekuatan bawah sedar ini boleh digunakan dan diarahkan untuk mencapai apa jua perkara yang dihajati seperti kewibawaan, kesembuhan, kecerdasan, kekuatan daya ingatan, wang, pangkat, pengaruh, pengasih, menurunkan berat badan, berhenti merokok, menghilangkan kegelisahan dan sebagainya.

5. Kini ilmu membangkitkan kekuatan dalaman sedang berkembang pesat di beberapa bahagian tertentu di dunia terutamanya di Eropah. Ia wujud dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya dikenali dengan Ilmu Psikik, Deria keenam, Extra Sensory Power (ESP), Cosmic Power, Subconscious Mind Power, Telepathy dan sebagainya. Ilmu menggunakan kekuatan terpendam ini semakin giat dikaji oleh ahli-ahli psikologi terutamanya selepas perang dunia kedua. Terdapat pelbagai kaedah telah diamalkan oleh orang-orang yang ahli untuk melahirkan kekuatan ajaib ini. Ada melalui teknik bertapa, bermeditasi, berpuasa, bermuraqabah, ilmu pernafasan, hypnotisme, saranan diri dan sebagainya.

6. Adapun kaedah yang paling relevan dan mudah diamalkan ialah dengan melakukan saranan diri. Dinamakan juga auto-suggestion. Di sini kita menyarankan memberitahu dan menyakinkan kepada diri sendiri bahawa diri kita mempunyai kekuatan yang jauh lebih hebat dari yang disangkakan. Saranan diri mempunyai kuasa dan kekuatan dalam mempertingkatkan kemampuan minda dan memajukan diri.

7. Eksperimen ahli-ahli neurologi menunjukkan sel-sel otak boleh dikembang dan dicergaskan melalui saranan diri dan rangsangan. Sel-sel otak yang diaktifkan akan menjadi lebih subur dan cepat tumbesarannya. Bilangan sel gila akan bertambah. Manakala hubungan antara saraf-saraf semakin kemas dan mantap. Proses ini akan memperkembangkan ketrampilan dan kecerdasan mental individu.

8. Dr. Joseph Murphy, pakar Ilmu Pemikiran Bawah Sedar menceritakan perihal seorang wanita berusia 75 tahun, mempunyai tabiat memberi saranan yang negatif kepada dirinya. Dia selalu berkata, “Kekuatan ingatanku semakin melemah sekarang”. Memang benar, lama-kelamaan ingatannya menjadi betul-betul lemah. Selepas belajar menggunakan kekuatan minda terpendam, dia mula membuat saranan diri yang positif.

9. “Ingatanku bertambah baik dari hari ke hari. Aku mampu mengingati apa sahaja yang aku kehendaki pada sebarang masa dan tempat. Aku tidak akan lupa. Apa sahaja yang aku cuba ingatkan akan dapat diingati dengan tepat dan segera. Sekarang daya ingatanku meningkat dengan cepatnya pada setiap hari. Dalam tempoh yang singkat ingatanku akan bertambah baik, bahkan lebih baik daripada sebelum ini.”

10. Dia melakukan saranan diri dengan penuh keyakinan dan hasrat yang menyala-nyala pada setiap hari. Pada akhir minggu ketiga, ingatannya pulih seperti sediakala. Dia begitu gembira. Begitulah besarnya kesan kuasa saranan diri. Dalam melakukan saranan diri, anda bebas memilih ayat dan perkataan sendiri. Gunakan apa jua ayat yang dirasakan berkesan untuk mempergaruhi dan menyakin diri sendiri bahawa kita mampu memperolehi apa yang dihajatkan.

TEKNIK SARANAN DIRI YANG BERKESAN

11. Hajat atau matlamat yang hendak diperolehi mestilah jelas dan tepat. Dilakukan dengan hasrat yang menyala-nyala, bersungguh-sungguh dan penuh harap. Yakin sepenuhnya bahawa akan memperolehi apa yang kita sarankan kepada diri sendiri.

12. Berimanigasi bahawa kita sedang mendapat apa yang dihajati. Lakukan secara Konsisten, amalkan pada setiap malam sebelum tidur dan pagi selepas bangun dari tidur secara berterusan 6-7 minggu atau sehingga berjaya.

Rahsia Pintar 16 – Komputer Muhammad
Rahsia Pintar 16 – Komputer Muhammad

1. Nama ‘MUHAMMAD’ seolah-olah kunci segala ilmu pengatahuan dan maklumat. Apabila terlupa sesuatu perkara, ilmu, maklumat atau fakta; berselawatlah kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. beberapa kali dengan khusyuk. Insya’Allah anda segera dapat mengingatkan kembali perkara yang diperlukan. Amalan ini biasa dilakukan oleh orang-orang tua, lebai-lebai dan ustaz-ustaz.

2. Umpamanya, anda terlupa nama jalan, nama kenalan, lupa fakta di dalam dewan peperiksaan atau lupa di mana anda telah meletakkan sesuatu barang, maka anda bolehlah menggunakan petua ini. Ia diibaratkan seperti komputer yang menganalisa, mencari dan mengeluarkan kembali maklumat yang pernah disimpan olehnya.

3. Rasullullah bersabda,” Sesiapa yang hendak menceritakan sesuatu (hadis atau sebagainya) lalu terlupa, maka hendaklah dia berselawat kepadaku. Sesungguhnya berselawat kepadaku (ada kekuatan kerohanian yang) boleh mengingatkan hadis (dan sebagainya. Semoga dia akan teringat.”

Rahsia Pintar 15 – Bergaul Dengan Orang Cerdas
Rahsia 15 – Bergaul Dengan Orang Cerdas

1. Bergaul dengan orang cerdas menyebabkan anda turut menjadi cerdas. Sebagaimana bergaul dengan orang yang berani menyebabkan anda turut berani. Kalau anda bergaul dengan orang yang berjiwa besar, jiwa anda turut besar. Kalau bergaul dengan jutawan, hati anda turut merasa kaya lalu timbul keinginan untuk berusaha untuk menjadi sepertinya.

2. Dek kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Kalau anda bergaul dengan penjual minyak wangi, badan anda akan harum kerana terkena wangi-wangiannya. Kalau anda bergaul dengan tukang besi, badan akan busuk kerana terkena wap besi yang busuk.” Demikian juga diformulakan oleh Imam Syafie, “Ada tiga perkara yang boleh mencerdaskan mental; selalu berdamping dengan ulama’, bergaul dengan orang-orang soleh dan meninggalkan perkataan yang sia-sia.”

3. Abdullah bin Mas’ud mempetuakan, “Ada empat perkara yang menggelapkan hati; perut yang selalu kenyang, bergaul dengan orang yang berbuat dosa, tidak insaf dengan dosa-dosa lalu, dan panjang angan=angan.” Kalau anda mengenali individu-individu yang pintar dan baik akhlaknya, jangan lepaskan kesempatan untuk berkawan dengannya.

Rahsia 14 – Pengaruh Bau-Bauan dan Wangi-Wangian Terhadap Mental
Rahsia 14 – Pengaruh Bau-Bauan dan Wangi-Wangian Terhadap Mental

1. Menurut kaedah perubatan Nabawi (Nabi Muhammad s.a.w.) dan perubatan orang dari tamadun Yunani; bau-bauan terutamanya wangi-wangian amat besar pengaruhnya terhadap kecerdasan mental, kesihatan badan dan anggota batin keseluruhannya. Wangi-wangian adalah makanan roh dan akal. Sebagaimana kekuatan badan bertambah kuat dengan makanan lahiriah, begitulah juga dengan roh dan akal bertambah kuat dengan makanan rohaniah iaitu wangi-wangian.

2. Kaedah ini terbukti berkesan dengan kemunculan sebuah sistem perubatan dengan menggunakan bau-bauan dalam dunia saintifik yang dikenali sebagai “Sistem Perubatan Aromatheraphy”. Kaum sufi Islam terutamanya yang berpusat di India, Khurasan dan Timur Tengah banyak menggunakan bau-bauan dan wangi-wangian untuk mengubati penyakit jantung, hati, gila, penyakit yang berjangkit pada alat kelamin dan saluran kencing, mengurangkan ketegangan (stress dan tension), memperbaiki emosi dan mood, MENINGKATKAN KECERDASAN MENTAL, meninggikan maqam kerohanian dan menyembuhkan pelbagai penyakit lain.

3. Ahli-ahli kebatinan seperti orang yang bertapa, pawang, bomoh dan ahli sihir juga menggunakan bau-bauan seperti kemenyan, kayu gaharu, colok dan sebagainya. Ia dipercayai menjadikan sesutau amalan lebih mujarab. Orang-orang Buddha juga menggunakan colok dalam upacara sembahyang mereka. Orang-orang Hindu pula menggunakan bunga-bungaan di kuil mereka.

Di antara bau-bauan dan wangi-wangian yang boleh diamalkan untuk meninggikan kecerdasan mental ialah :-

KASTURI

~ Letakkan di dalam bilik dan sentiasa menciumnya.

AMBAR

~ Diperolehi dari pokok pain. Dijual di kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu. Diminum airnya.

KAYU GAHARU

~ Dibakar dan asapnya disedut. Boleh meningkatkan minda, menguatkan deria pendengaran dan penglihatan.

BIJI SESAWI

~ Tumbuk halus-halus, masukkan ke dalam kain kemudian dicium setiap hari.

TANDUK KAMBING

~ Bakar dan sedut baunya.

RAMBUT MANUSIA

~ Imam As-Sya’rani menyatakan faedahnya untuk kecerdasan. Bakar dan sedut baunya.

4. Perkara yang paling penting sekali ialah tubuh badan, tempat dan pakaian anda haruslah wangi. Jaga kebersihan badan, dalam bilik, rumah dan kereta. Gunakan wangi-wangian yang anda sukai. Wangi-wangian memiliki kuasa semulajadi yang kuat dalam menghasilkan ketajaman intelek, memelihara kesihatan badan dan emosi serta menolak perlbagai penyakit. Elakkan dari terdedah kepada bau yang sangat busuk kerana ia boleh menumpulkan fikiran dan melemahkan tubuh.

RAHSIA 13 – BERSUGI UNTUK CERDAS
RAHSIA 13 – BERSUGI UNTUK CERDAS

Tabib-tabib Islam berpendapat bahawa menjaga kebersihan gigi dengan menggunakan kayu sugi memberi kesan terhadap kecerdasan seseorang.

Saidina Ali bin Abi Talib r.a. berkata, “Ada tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham (lendiran dalam tubuh yang menyebabkan kelupaan dan kemalasan) iaitu bersugi gigi, berpuasa (seperti Isnin dan Khamis pada setiap minggu) dan membaca al-Quran.

Terdapat beberapa buah hadis yang menerangkan faedah-faedah membersih gigi dengan menggunakan kayu sugi. Pakar-pakar perubatan Islam dan ulama’ pula telah menyenaraikan lebih 70 faedah dan kelebihan bersugi atau bersiwak.

Antaranya ialah MEMPERTAJAMKAN INGATAN, MENAMBAHKAN KECERDASAN, menghilangkan balgham, menerangkan mata, memutih dan mencahayakan gigi, ubat kepada kebanyakan penyakit jika menggunakan secara tetap, menahan gigi dari reput, memberi nur kepada wajah orang yang selalu menggunakannya, menghilangkan kekuningan gigi.

Selain itu, ia juga melawaskan suara, menimbulkan selera makan, menolong menghadamkan makanan, menghilangkan sakit gigi dan menambahkan kefasihan lidah.

Itulah rahsia bersugi yang jarang diketahui.Walau bagaimana pun, kelebihan-kelebihan ini hanya diperolehi sekiranya kita mengamalkan bersugi dengan cara yang betul dan konsisten.

Kayu sugi boleh diperolehi dengan harga yang murah. Pilihlah yang lurus batangnya. Kemudian bertanyalah kepada orang tahu cara-cara menggunakannya mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dan kaedah yang betul.

Buku yang bertajuk “Fadhilat Miswak” terbitan Darul Nu’man, diterjemahkan oleh Abdul Aziz mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda.

RAHSIA 12 – KETENANGAN MEMPERGARUHI KEUPAYAAN MENTAL
RAHSIA 12 – KETENANGAN MEMPERGARUHI KEUPAYAAN MENTAL

Kuasa minda berada pada tahap mak simum apabila kita berada dalam keadaan tenang dan bebas dari ketegangan. Gelombang otak bergerak dalam kadar pusingan yang rendah. Pada tempo ini, prestasi kerja otak adalah cemerlang.

Kita sangat mudah mengingati sesuatu, berfikir dengan cekap dan pantas manakala idea-idea kreatif mengalir mencurah-curah.

Waktu pagi terutamanya pada hari cuti adalah contoh terbaik di mana gelombang fikiran adalah rendah. Fikiran anda begitu tenang, nyaman dan lapang. Anda tentu mengalami, pada waktu ini fikiran anda dalam keadaan segar, ingatan cukup baik serta otak sungguh lincah dan cergas.

Bahkan semasa anda mandi, mengosok baju atau mencukur misai, anda tentu diterjahi dengan pelbagai idea atau gagasan yang bermutu dan menarik sekali. Kedatangannya adalah secara mendadak dan sementara, tanpa terfikir terlebih dahulu.

Begitulah keadaannya apabila fikiran berada dalam gelombang ‘alpha’ iaitu gelombang yang bertekanan rendah dan bebas dari ketegangan dan tekanan; kuasa minda kita menjadi begitu bertenaga.

Di Bulgaria, Dr. Georgi Lozanoz mengasaskan kaedah ‘Pembelajaran Suggestopedia’. Melalui kaedah ini, pelajar-pelajar yang mengikuti kelas bahasa asing iaitu bahasa Sepanyol di institutnya mampu menghafal 1,000 perkataan baru pada setiap hari.

Dengan hanya belajar 10 hari sahaja, di mana setiap harinya 4 jam sahaja, mereka mampu belajar apa yang dapat dipelajari selama satu tahun di institut-institut bahasa lain. Kaedah ini sangat popular dan sedang berkembang pesat di Amerika Syarikat dan Eropah. Apakah rahsia kejayaan kaedah Suggestopedia ini?

Rahsia kejayaannya ialah KETENANGAN DAN KEREHATAN semasa belajar (tension-free). Kelasnya terdiri daripada 14 – 15 orang pelajar. Kerusi di dalam kelas adalah ‘kerusi malas’. Semasa sesi pembelajaran, muzik yang boleh membangkitkan ketenangan kepada jiwa dimainkan dengan sangat perlahan terutama muzik klasik oleh komposer-komposer baroque.

Muzik baroque sangat disukai kerana detakannya 60 kali seminit, sama dengan dengupan jantung manusia ketika berada dalam keadaan tenang dan rehat.

Selepas setiap 30 minit belajar, mereka berhenti rehat sambil mendengar muzik dan bersantai. Guru-guru adalah mesra. Tidak pernah marah, merungut, menyindir atau berleter apabila pelajar melakukan kesilapan.

Kaedah ini benar-benar berasaskan prinsip ‘tension-free’ iaitu bebas dari tekanan dan ketegangan serta penuh dengan istirehat dan ketenangan.

Eksperimen Dr. Lozanov mendapati ketenangan mempengaruhi daya ingatan dan kecerdasan fikiran. Apabila melakukan aktiviti istirehat, denyutan jantung berkurang 5 – 10 denyutan, tekanan darah menurun, gelombang beta menurun, ketegangan berkurang, dapat mengawal stress, membaiki kesihatan otak, tubuh badan serta emosi, pernafasan semakin perlahan, meningkatkan daya konsentrasi seterusnya meningkatkan kecerdasan dan ingatan.

Beberapa tahun lalu pula, dunia digemparkan dengan penemuan saintis bahawa pokok yang hidup dalam suasana muzik keras (Rock) lambat membesar berbanding pokok yang hidup dalam suasana muzik perlahan.

Dari penemuan ini dapat disimpulkan bahawa suasana persekitaran mempengaruhi bukan sahaja terhadap perkembangan otak manusia bahkan terhadap tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Suasana persekitaran yang penuh dengan ketegangan boleh melambatkan perkembangan fisiologi, emosi dan akal.

Ketenangan jiwa ialah ‘pokok’ kesihatan rohani dan jasmani. Manakala ketegangan, kebimbangan dan kegelisahan adalah ‘pokok’ segala penyakit rohani dan jasmani termasuk kelembabpan dan kelumpuhan fikiran.

Antara penyakit yang kerap melanda orang yang selalu mengalami stress dan tension ialah sakit perut, sakit kepala, kekejangan otot, kerosakan gigi, lemah urat saraf, lemah pancaindera penglihatan dan pendengaran, wajah muram dan cepat tua, PELUPA, KELEMAHAN DALAM BERFIKIR dan LEMAH DAYA PENUMPUAN.

Pada peringkat yang lebih kronik ia kana menyebabkan lelah, darah tinggi, kencing manis, mati pucuk, sakit pinggang, lemah jantung, lumpuh, kanser dan penyakit-penyakit jiwa.

Semasa mengalami ketegangan seperti marah, cemas, gelisah dan sedih; pernafasan menjadi semakin kuat dan tekanan darah bertambah tinggi. Ini menyebabkan banyak darah dipam dengan kuat ke arah jantung, urat saraf dan otot-otot.

Manakala darah kurang mengalir ke tempat-tempat yang sepatutnya iaitu perut dan usus. Akibatnya proses-proses di usus terhenti.

Limpa mengecut sambil melepaskan darah-darah yang ada padanya. Zat-zat gula pula yang belum diolah dan tersimpan di dalam hati yang berbentuk lemak haiwan dialirkan ke pembuluh darah. Ini pula menyebabkan kadar gula di dalam darah menjadi berlebihan.

Semua proses ini berlaku kesan dari utusan dan isyarat marah, sedih dan gelisah yang sampai ke otak. Selanjutnya hormon-hormon adrenalin dihasilkan dengan banyaknya. Ini semua menimbulkan kelemahan-kelemahan biologi, fizikal dan mental.

Jadi untuk mendapat memori yang baik dan minda yang cergas, anda perlulah menjadi seorang yang berjiwa tenang dan jauh dari keluh-kesah. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh membantu mengekalkan ketenangan jiwa :-

- Selalu bersolat dengan khusyuk.

- Sentiasa berwudhu’ terutamanya semasa tension.

- Berzikir, beristighfar, berselawat dan membaca Al-Quran.

- Berpuasa dan bersolat sunat.

- Beribadah di tengah malam seperti bertahajjud dan membaca Al-Quran.

- Tidur yang mencukupi.

- Suasana dan kediaman yang teratur.

- Menyaksikan keindahan alam, berkelah, melancong dan bersiar-siar.

- Menziarahi sahabat-sahabat lama kerana ia boleh mengingatkan pengalaman lampau yang mengembirakan.

- Elok pergaulan dengan keluarga, jiran-jiran dan orang ramai.

- Melangsaikan semua hutang.

- Atasi segera masalah-masalah yang merungsingkan hati.

- Lakukan hobi dan perkara-perkara yang diminati.

- Lakukan senaman atau gerak badan sekitar 30 minit setiap hari. Semakin tegang perasaan, semakin banyak gerak badan diperlukan untuk melepaskan ketegangan tersebut.

- Elakkan hiburan yang haram dan melalaikan serta pergaulan bebas kerana ia membawa kepada kekosongan jiwa dan keserabutan fikiran.

- Banyak makan makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu menghadapai tekanan(stress). Ia mengandungi kimia serotonin yang boleh mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan.

- Percaya kepada Qadha’ dan Qadar iaitu segala perkara yang berlaku yang telah ditentukan oleh Allah, sama ada baik atau buruk yang mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Sponsored Links:

Ashida and Ask Me Again in action!!

Be The Commentables. You Write, We Act, And You Could Win A Prize!

Jangan Klik Sini!.

Earth Day Every Day!

Letak Iklan Anda Di Sini

RAHSIA 11 – SENAMAN DAN GERAK BADAN MEMBANGUNKAN AKAL DAN JASMANI
RAHSIA 11 – SENAMAN DAN GERAK BADAN MEMBANGUNKAN AKAL DAN JASMANI

1. Sebuah pepatah yang amat popular berbunyi “Otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat”. Salah satu cara untuk membina badan yang sihat ialah melalui kegiatan-kegiatan yang boleh mengeluarkan peluh. Misalnya bersenam dan sebarang aktiviti gerak badan seperti bersukan, seni mempertahankan diri, berbasikal, mengcangkul, berkebun dan sebagainya. Berpeluh boleh membuang racun-racun di dalam darah, mengawal suhu badan, menstabilkan kandungan air di dalam badan dan membuang bahan buangan yang tidak diperlukan oleh badan.

2. Berat otak cuma 3 paun atau merupakan 2 hingga 3 peratus dari berat badan keseluruhannya. Walaupun begitu, otak memerlukan jumlah oksigen yang banyak iaitu di antara 20 hingga 25 peratus oksigen yang diterima oleh tubuh untuk berfungsi dengan optimum. Kekurangan bekalan oksigen akan menjejaskan kecergasan dan keaktifan otak. Kekurangan oksigen menyebabkan anda menjadi mudah mengantuk, otak menjadi lembab, pelupa dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

3. Dengan melakukan senaman dan gerakan badan, menjadikan anda bernafas daalam-dalam dan kadangkala mencungap. Kebiasaannya kita bernafas dengan menggunakan hidung dan dada sahaja. Sedangkan pernafasan yang mendalam melibatkan hidung, dada dan perut. Ini memastikan sel-sel otak anda menerima bekalan oksigen dalam kuantiti yang mencukupi untuk beraksi dengan cemerlang.

4. Faedah senaman dan aktiviti gerak badan sudah lama diketahui oleh bangsa-bangsa yang bertamadun. Bangsa Yunani beranggapan seni gimnastik merupakan kaedah yang sangat berkesan untuk menambahkan kecerdasan individu. Masyarakat Timur memperkembangkan kecerdasan melalui aktiviti badan seperti yoga (India), tai chi (China) dan aikido(Jepun). Di Jepun, syarikat-syarikat yang ternama menyediakan masa rehat untuk semua pekerjanya melakukan senaman. Menurut Islam, tubuh badan mempunyai haknya sendiri. Haknya ialah menjaga setiap anggota tubuh termasuk otak supaya sihat dan cergas. Sabda Rasullulah s.a.w “Badanmu juga memerlukan hak yang mesti engkau jaga”.

5. Senaman membantu meningkatkan kesihatan badan secara menyeluruh. Ia menolong mengurangkan stress, meningkatkan daya imbangan dan tindakbalas di dalam sistem saraf pusat dan sistem saraf pinggir. Mengurangkan kadar nadi dan meningkatkan kadar nadi pemulihan dalam sistem jantung. Menambahkan muatan dan edaran gas di dalam paru-paru. Meningkatkan aliran darah, meningkatkan saiz, kekebalan dan kekuatan otot-otot. Menambahkan kekuatan tulang dan ligamen serta meningkatkan tisu sendi kedua-duanya.

6. Semasa membuat senaman, hormon endorphine dikeluarkan dalam sistem badan. Hormon ini bertindak mengurangkan kesakitan, menimbulkanperasaan girang (gembira) dan istirehat kepada tubuh. Penyelidikan menunjukkan individu yang mengamalkan aktiviti gerak badan, contohnya berjalan kaki selama satu jam yang diamalkan sebanyak tiga kali seminggu boleh meningkatkan daya ingatan, imaginasi, pemikiran dan pendengaran.

CIRI-CIRI SENAMAN YANG TERBAIK

- Diamalkan pada setiap hari.

- Dilakukan antara 30 hingga 40 minit sahaja.

- Dilakukan sehingga berpeluh.

- Melakukan senaman yang menyeluruh iaitu senaman yang menggunakan berbagai-bagai otot dan urat seperti berjalan, berjogging, solat, berenang, seni mempertahankan diri dan sebagainya.

Sponsored Links:

Genius Xtra AFTL,Produk Minda Bestseller!! Teknologi Sains!

Penawar Resdung, Buasir dan Ubat Mata, Klik Sini!!

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kini DiBongkar!!

Rahsia Meggi Sedap.Nak Tahu Klik!.

Letak Iklan Anda Di Sini

Rahsia 10 – Penjagaan Saraf Untuk Kesihatan Akal
RAHSIA 10 – PENJAGAAN SARAF UNTUK KESIHATAN AKAL

Untuk memelihara prestasi akal supaya tidak berkurangan dan melemah, kita harus benar-benar menjaga kesihatan urat saraf. Urat saraf yang lemah menyebabkan akal fikiran turut menjadi lemah dan buntu.

Kesihatan urat saraf pada tahap yang terlalu lemah dan kronik menyebabkan seseorang akan hilang akal dan kesiumannya. Kelemahan urat saraf menyebabkan kelemahan akal fikiran dan kebinasaan urat saraf menyebabkan kebinasaan akal fikiran.

Berikut adalah panduan penjagaan urat saraf :-

1- Kurangkan meminum kopi dan teh. Kopi tidak bagus untuk saraf. Meminum kopi secara berlebihan menimbulkan ketegangan saraf, darah gemuruh, sukar tidur, jantung berdebar-debar, membuang air kecil dengan berlebihan, merosakkan buah pinggang, mempercepatkan penuaan, gastrik, darah tinggi, peluh yang berlebihan dan sebagainya. Teh juga menganggu fungsi sistem saraf. Tukarkan minuman kepada susu.

2- Tidur haruslah mencukupi. Elakkan tidur yang berlebihan. Elakkan tidur selepas Subuh dan Asar.

3- Penjagaan makanan : Amalkan pemakanan seimbang, berzat dan berjadual. Makanlah secara sederhana iaitu tidak terlalu kenyang atau tidak terlalu lapar.

4- Rehat apabila badan memerlukan. Jangan melakukan sesuatu pekerjaan fizikal/mental secara berlebihan. Sekiranya badan atau fikiran terasa letih sewaktu bekerja atau membaca, berilah sedikit kerehatan padanya.

5- Elakkan ketegangan fikiran, sedih, berlarut-larutan dengan emosi dalam tempoh yang lama. Ikhtiarkan untuk memulihkan kedamaian jiwa dengan sentiasa berwudhu’, membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa dan bersolat sunat, membaca buku-buku agama atau berjumpalah dengan seseorang yang boleh menenangkan anda.

6- Kurangkan memakan makanan yang mengandungi bahan awet, bahan perasa, pewarna dan ubat tahan seperti makanan ringan, minuman bergas atau sebagainya.

7- Jangan sesekali Melakukan onani. Onani akan melemahkan akal fikiran dan melemahkan badan. Elakkan dari melakukan persetubuhan yang terlalu kerap.Ini untuk memastikan badan sentiasa bertenaga.

PEMULIHAN SARAF

Amalkan sekiranya mengalami kelemahan saraf :-

1. Berehat dan berbaring di tempat tidur.

2. Banyak minum air susu. Kurangkan meminum teh dan kopi.

3. Mandi dengan air hangat.

4. Banyak minum air oren, lemon atau segala jenis limau.

5. Makan makanan yang berselera.

6. Makan tomato secara mentah.

7. Kunyah dua atau tiga ulas bawang putih pada setiap pagi.

8. Makan telur separuh masak yang dicampur dengan madu dan beberapa biji buah badam pada setiap malam.

Sponsored Links:

Penawar Resdung, Buasir dan Ubat Mata, Klik Sini!!

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kini DiBongkar!!

Rahsia Meggi Sedap.Nak Tahu Klik!.

Bisnes T-Shirt, Panduan Yang Perlu Diketahui!.

Letak Iklan Anda Di Sini

RAHSIA 9 – TIDUR YANG MELEMAHKAN AKAL
RAHSIA 9 – TIDUR YANG MELEMAHKAN AKAL

1) Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi.

2) Tidur selepas Asar.

3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.

4) Tidur yang terlalu banyak.

Tabib – tabib amat tidak menyukai tidur terutamanya selepas Subuh dan Asar kerana dipercayai boleh melemahkan akal dan pengamalnya akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf. Anda mungkin pernah mengalami, selepas terbangun dari tidur pada waktu senja, otak anda menjadi bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja !

Setiap Minit Dapat Duit !!

Penawar Resdung, Buasir dan Ubat Mata, Klik Sini!!

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kini DiBongkar!!

Letak Iklan Anda Di Sini

RAHSIA 8 – RAHSIA AIR ZAMZAM
RAHSIA 8 – RAHSIA AIR ZAMZAM

Air Zam Zam boleh mendatangkan apa jua hajat kita dengan izin Allah apabila meminumnya. Ini termasuk menerang dan melapangkan hati, cerdas, kuat ingatan, kreatif, kaya, mulia, pandai, terhormat, membaiki akhlak dan lain-lain lagi.

Rasullah s.a.w. bersabda, maksudnya : “Air Zam Zam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya (akan tercapai).” Dengan kata lain, barangsiapa yang meminumnya untuk sebarang hajat, dia akan mencapainya. Orang – orang soleh telah mencubanya untuk mendapatkan hajat-hajat dunia dan akhirat.

Air ZamZam ialah penghulu segala air, sebaik-baik air di muka Bumi, air yang paling mulia, paling berharga dan paling bernilai. Telaganya digali oleh Jibril a.s untuk diminum oleh Nabi Allah Ismail a.s.

Potensi air ZamZam untuk seribu satu hajat ini dieksploitasi oleh para ulama’, misalnya Imam Jalaluddin As-Sayuti. Sewaktu mengerjakan haji, beliau meminum air Zamzam dengan berniat dan berdoa semoga Allah menjadikan beliau seorang yang melaut ilmu agamanya atau seorang yang tersangat alim. Allah telah mengabulkan hajat beliau ini. Beliau telah menjadi seorang ulama’ yang paling alim pada kurun ke-10 hijrah. Ibnu Abbas, bapa saudara nabi juga menjadi seorang yang mendalam ilmunya berkat air ZamZam.

Imam At-Tirmizi, salah seorang dari enam tokoh hadis yang terulung di dunia berkata, “Orang yang meminum air ZamZam itu:

Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.

Jika dia minum untuk minuman, maka Allah memberinya minuman.

Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit.

Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya.

Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkannya.

Jika dia minum untuk mengkayakan hatinya, maka Allah akan mengkayakannya.

Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan memakbulkannya.

Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah melindunginya.

Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya.

Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah akan membantunya.

Demikianlah kata Imam At-Tirmizi yang dipetik dari kitab ‘Mukjizat Perubatan Dengan Air Zam Zam’ karangan Sheikh Majdi Fathi Al-Sayyid Ibrahim. Sebenarnya, apa jua niat semasa meminum air ZamZam, asalkan niat itu baik dan halal, Insya’Allah ianya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.Amin.

Setiap Minit Dapat Duit !!

Penawar Resdung, Buasir dan Ubat Mata, Klik Sini!!

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kini DiBongkar!!

Letak Iklan Anda Di Sini