2,018 views
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (4 votes, average: 3.00 out of 5)
Loading ... Loading ...

Email This Post (Hantar Kepada Rakan) Email This Post (Hantar Kepada Rakan)
Print This Post (Pastikan Set A4 Pada Setting Printer)
Imej makhluk asing di Marikh
Jangan Klik !! Nanti Anda Akan Menyesal !!

[preview]http://rileks.info/foto/myPh3.photo/165–12008-mainpix.jpg[/preview]
IMEJ MAKHLUK: Inilah objek menyamai manusia, yang dirakam salah satu robot peninjau Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (Nasa), akhir tahun lalu dan didakwa sebagai makhluk asing.Gambar Nasa cetus teori hidupan di planet

LONDON: Saintis Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (Nasa) dikatakan bingung dan tergamam dengan imej makhluk menyamai manusia, yang dirakam salah satu robot peninjau di planet Marikh.

Media tempatan melaporkan, imej makhluk dengan susuk tubuhnya jelas, dengan salah satu tangannya diletakkan di atas lutut, sedang duduk di atas batu sebuah kawasan lapang seperti gurun di planet Merah berkenaan.

Ia dikatakan dirakam salah satu daripada dua robot peninjau � Spirit Nasa pada akhir tahun lalu. Nasa sememangnya mempunyai misi Planet Marikh yang beroperasi di planet berkenaan sejak empat tahun lalu.

Penemuan imej berkenaan bukan setakat mencetuskan tanda tanya, tetapi menimbulkan rasa teruja peminat astronomi dan Marikh khususnya yang berminat mengetahui misteri di sebalik planet berkenaan serta kemungkinan benar teori mendakwa wujudnya hidupan di situ.

Berita penemuan imej misteri itu turut menjadi topik utama perbincangan di internet yang kini mendakwa kemungkinan Marikh mempunyai hidupannya tersendiri.

Tonton TV dan Dengar Radio Percumal !!

Namun tidak kurang yang menganggap ia cuma satu ilusi optikal yang dipantulkan bentuk muka bumi planet itu.

Pemeriksaan awal Nasa tidak menunjukkan sebarang objek aneh, tetapi penelitian secara terperinci oleh pakar astronomi amatur mencetuskan kehadiran makhluk serba hijau itu.

“Gambar ini amat mengagumkan. Saya tidak mempercayainya apabila melihat kelibat seorang lelaki bogel di Marikh,” kata salah seorang peminat astronomi dalam komen di laman web akhbar Times.

Selain Spirit, satu lagi robot kembar peninjau adalah Opportunity yang mendarat di Marikh pada 2004 untuk merakam imej permukaan Marikh.

Misi penerokaan Nasa ke Marikh itu bernilai kira-kira AS$820 juta (RM2.7 b). Pada awal misinya, kedua-dua robot itu ditugaskan mencari kawah Gusev Crater yang saintis percaya boleh menjadi bukti bekas tasik lama yang sudah kering.

Ini mengukuhkan lagi andaian saintis yang mendakwa bukti kewujudan air sebagai petunjuk kemungkinan adanya hidupan di planet berkenaan. � Agensi
FAKTA: Planet Marikh

* Jarak dari bumi 78.3 juta kilometer.
* 95 peratus kandungannya karbon dioksida, nitrogen (3 peratus), argon (1.6 peratus) dan gas lain.
* Memiliki kutub air beku dan karbon dioksida, manakala kawasan lain adalah gurun di utara.
* Mempunyai Gunung Olympus � gunung berapi tidak aktif.



You may also like...
Wajah Mahatma Gandhi pada permukaan Marikh
Wajah Mahatma Gandhi pada permukaan Marikh ROM - Imej menyerupai pemimpin India, mendiang Mahatma Gandhi dirakam .....
Bos Bengap !!
Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah .....
Tambah Cawangan
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:_ Suami : Lelaki .....
Kecemasan
Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu...   Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk .....
Khas utk korang…..yang bernama KAWAN…
1) kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak.. 2) kawan tu .....
Comments
One comment so far, why not make it two?
  1. kiema
    January 25, 2008

    SUBAHANALLAH…………sesungguhnya Dia lah yg mnciptakan dan memahami alam semesta dan cakerawala

    Leave a reply
Leave a Comment
Add your picture!
Join Gravatar and upload your avatar. C'mon, it's free!


+ 9 = 18

CommentLuv badge